http://www.youtube.com/watch?v=mRVn9R5DIcE
Khamis, 31 Mei 2018
Latar Belakang Tun Seri Lanang
LATAR BELAKANG TUN SERI LANANG
v Tun Sri Lanang adalah nama timang-timangan yang diberikan kepada Tun
Muhammad, anak Tun Ahmad Paduka Raja yang merupakan seorang Bendahara Kerajaan
Johor pada kurun ke-17 Masihi. Beliau telah dilahirkan di Bukit Seluyut, Batu
Sawar, Johor pada tahun 1565.
v Beliau adalah Bendahara Johor pada ketika itu dan setelah Johor kalah
dalam peperangan dengan Aceh yang pada ketika itu diperintah oleh Sultan
Iskandar Muda Aceh.
v Beliau kemudiannya telah dibawa ke Aceh pada tahun 1613 dan telah
menetap di negeri Samalanga. Pada ketika itu, ramai bangsawan dan rakyat Johor
yang mengikut beliau ke Aceh dan dikatakan seramai ribuan orang yang mengikut
beliau ke sana.
v Sultan Iskandar Muda telah melantik beliau sebagai penasihat utama
Baginda dan diberi delaran ‘Orang Kaya Datuk Bendahara Seri Paduka Tun
Seberang’. Beliau telah mendirikan pusat penyebaran agama Islam dan pendidikan
terutamanya di negeri-negeri pesisir timur Aceh.
v Beliau kemudiannya telah di angkat menjadi raja di negeri Samalanga
pada tahun 1615. Beliau telah mangkat pada tahun 1659 di Lancok dan telah
dimakamkan di sana.
v Pada waktu itu, beliau telah berjaya menjadikan negeri Samalanga
sebagai sebuah pusat penyebaran agama Islam di timur Aceh dan sehingga kini pun
kawasan tersebut masih lagi menjadi tumpuan bagi sesiapa sahaja yang ingin
mendalami ilmu agama.
v Tun Sri Lanang sangat dikenali oleh kerana karyanya iaitu Sulalatus
Salatin (Sejarah Melayu)yang merangkumi pelbagai sejarah masyarakat Melayu,
Jawa, Brunei, Patani dan Campa.
v Kebenaran tentang beliau sebagai penulis asal atau sekadar penyunting
kitab tersebut tidak dapat dipastikan dengan tepat. Namun menurut Syeikh
Nuruddin al-Raniri dalam susunan Suzana Othman, 2008 telah memperakukan Tun Sri
Lanang sebagai pengarang dan penyusun Sulalatus Salatin kerana beliau kenal
rapat dengan Tun Sri Lanang. Kitab tersebut telah dapat disiapkan penulisan dan
penyuntingannya oleh Tun Sri Lanang dalam masa dua tahun iaitu pada tahun 1614
selepas tarikh penulisannya yang dimulai pada tahun 1612 Masihi.
v Sulalatus Salatin adalah diperakui sebagai satu sumber terkaya dan
lengkap yang menceritakan tentang sejarah bangsa-bangsa di Nusantara.
Mengarang Sejarah Melayu
v Tun Sri Lanang mula mengarang karya Sulalatus Salatin bermula pada
tahun 1612 dan lebih terkenal sebagai pengarang dan penyusun Sejarah Melayu di
samping jawatannya sebagai Bendahara Kerajaan Johor.
v Beliau disifatkan sebagai seorang yang kreatif, berpengetahuan luas
dalam aspek penggunaan gaya bahasa dan penulisan, peraturan dan adat istiadat
Melayu.
v Karya terunggul beliau ini berkait rapat dengan Sejarah Kesultanan
Melayu Melaka dan karya tersebut seringkali dijadikan rujukan sejarah bagi
mengkaji peradaban Tamadun Islam Beraja.
v Karya Sulalatus Salatin yang merangkumi pelbagai aspek penceritaan
menjadikan ianya sebagai sumber rujukan utama tentang kebudayaan dan
ketamadunan masyarakat Melayu awal.
v Karya ini juga dianggap sebagai karya yang begitu indah dan menarik
dari segi gaya bahasa dan persuratannya.
v Kandungannya yang meliputi unsur kelucuan, kebijaksanaan, sindiran,
perlambangan, peribahasa, bidalan, pantun seloka, dan gurindam yang dikarang
dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu, Arab, Jawa dan lain-lain dengan
begitu teliti dan kemas.
v Namun, ia juga tidak terlepas daripada ‘Polemik Sejarah’ kerana naskhah
tersebut didakwa bukan naskhah asal karangan Tun Sri Lanang tetapi kandungannya
adalah daripada Hikayat Melayu yang diberikan oleh Tun Bambang Sri Narawangsa,
anak Sri Askar Raja, Patani.
v Hikayat itu dikatakan telah dikarang dan disusun semula oleh Tun Sri
Lanang atas titah Raja Abdullah, iaitu adinda Sultan Alauddin Riayat Shah III
yang akhirnya menjadi Sulalatus Salatin.
v Sejarah penting berkaitan arahan dan galakan oleh Raja Abdullah kepada
Tun Sri Lanang untuk menulis dan mengarang tentang Sejarah Melayu ada tercatat
dalam kitab tersebut sebagai mukadimahnya.
v Dengan titah Raja Abdullah tersebut, dapat disimpulkan bahawa penulisan
kitab Sulalatus Salatin telah dimulakan pada 12 Rabiul Awal 1021 Hijrah bersamaan
Mei 1612 ketika itu Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Pasir Raja.
v Karya Sulalatus Salatin ini juga cuba dinafikan oleh sesetengah pihak
tentang penulis sebenarnya termasuk seorang penulis barat iaitu R. O. Winstedt.
Namun, pendapat beliau di bantah oleh ramai sarjana tempatan dan luar Negara.
v Menurut Teuku Iskandar dalam bukunya Kesusasteraan Melayu Klasik
Sepanjang Abad berkata bahawa Tun Sri Lanang bukan penulis asal Sulalatus
Salatin.
v Walaupun begitu, menurut beliau berdasarkan penyelidikan-penyelidikan
yang dibuat menunjukkan bahawa penyalin naskhah Melayu itu bukanlah penyalin
dalam erti kata yang sebenarnya seperti mana yang berlaku di Bali.
v Penyalin juga boleh dianggap pengarang kerana banyak memperbaiki
kesalahan dan menambah sebarang kekurangan dalam karya, mengurangkan apa yang
dirasakan lebih, serta mengubah struktur dan gaya bahasa karya asal bersesuaian
dengan keadaan pada zaman itu.
v Jika dilihat semula pada mukadimah yang ditulis oleh Tun Sri Lanang dalam kitab Sulalatus Salatin,
Teuku Iskandar berpendapat bahawa Tun Sri Lanang bukan sekadar penyalin bahkan
merupakan penulis asal karya tersebut.
Peranan Dan Sumbangan
v Tun Seri Lanang telah mengarang sebuah karya yang menjadi rujukan dan
peringatan bagi bangsa Melayu, iaitu Kitab Sejarah Melayu.
v Pada tahun 1612, Raja Abdullah menitahkan Tun Seri Lanang menulis
Sejarah Melayuadalah untuk memastikan masyarakat dapat memperolehi manfaat
daripada penulisan beliau.
v Berikut ialah bukti yang terdapat di dalam karya tersebut, iaitu
Sulalatus Salatin;
“Bahawa hamba minta diperbuatkan hikayat pada hari
pertuturan segala raja-raja Melayu dengan isti`adatnya supaya dedengar oleh
anak cucu kita yang kemudian dari kita dan diketahuinyalah segala perkataan
syahadan beroleh faedahlah mereka itu daripadanya”
(Sejarah Melayu, 1998: 65-66)
v Kitab ini telah dikatakan sebagai Sejarah Melayu yang penting, dan
telah menjadi sebagai sumber pensejarahan Melayu dan dokumen kebudayaan Melayu
yang penting di Malaysia.
v Sejarah Melayu penuh dengan pelbagai sejarah masyarakat Melayu, Jawa,
Brunei, Patani dan Campa serta bangsa-bangsa di Nusantara.
v Terdapat berbagai-bagai peristiwa yang telah tercatat dalam karya ini
seperti salasilah raja-raja, kepahlwanan, kasih sayang dan sebagainya yang
menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu pada zaman dahulu.
v Sejarah Melayu menggambarkan sejarah Melaka daripada zaman
pertumbuhannya, mengalami zaman keemasan dan akhirnya diruntuh oleh Portugis.
v Isi ceritanya mengandungi pelbagai catatan raja dan undang-undang
bernegeri dan berkerjaan, asal usul raja, asal-usul nama tempat dan adat
istiadat. Sejarah Melayu juga menggambarkan kebesaran, ketinggian dan kegemilangan
sebuah negara kota atau kerajaan Melayu seperti kerajaan Pasai dan Singapura.
v Menurut Mohamad Daud Mohamad (1987: 123), Tun Seri Lanang juga seorang
artis, seorang pemimpin. Perasaannya halus, jiwanya terbuka dan otaknya cepat
menangkap segala kesan yang lihat dan dengar di sekitarnya.
v Tun Seri Lanang telah dianggap sebagai “Bapa Kesusasteraan Melayu”,
beliau telah menyalin dan menyusun semulaSejarah Melayu dan membuat banyak
perubahan, menambah nama yang kurang, memperbaiki nama yang buruk sehingga buku
itu dijadikan sebuah buku klasik yang amat indah baik dalam isi dan sususan
kata-katanya
Ringkasan Sinopsis Setiap Bab Teks Sulalatus Salatin
Sinopsis Sulalatus Salatin Mengikut Topik.
Bab 1 :
Bismillah-Rahmannir-Rahim.
Buku dimulakan
dengan memuji Allah dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w..
Menjunjung
Titah Raja.
Pada 12 Rabiul awal
tahun 1221H, Tun Muhamad @ Tun Seri Lanang, Bendahara Paduka raja telah
diperintahkan oleh Sultan Abdullah Ma’ayah Syah, Yang Dipertuan Di Hilir supaya
mengarang sebuah buku mengenai kisah raja-raja Melayu dan istiadatnya supaya
dapat diingat dan diambil faedah daripadanya.
Kitab ini dinamai
Sulalatus salatin yang bermaksud “Pertuturan segala raja-raja”. Namun ia lebih
dikenali sebagai Sejarah Melayu.
Penaklukan
Iskandar Zulkarnain.
Raja Iskandar
Zulkarnain, berkerajaan di Makaduniah, Rom telah berusaha meluaskan tanah
jajahannya ke arah timur, arah matahari terbit.
Baginda berjaya
sampai ke Benua Hindi dan mengalahkan Raja Kida Hindi.
Perkahwinan Puteri Syahrul Bariyah,
v Iskandar Zulkarnain telah mengahwini Puteri Syahrul Bariyah.
v Perkahwinannya diakadkan oleh Nabi Khidir dengan mas kahwin sebanyak
300 ribu dinar emas.
v Setelah kahwin Iskandar Zulkarnain telah meneruskan pengembaraan untuk
melihat matahari terbit.
v Dalam perjalanan pulang baginda singgah untuk mengambil isterinya
pulang ke Rom tetapi diminta tinggalkan oleh Raja Kida Hindi.
v Jadi Puteri Syahrul Bariyah ditinggalkan di negeri Kida Hindi.
Zuriat
Iskandar Zulkarnain.
v Puteri Syahrul Bariyah melahirkan seorang anak bernama Aristun Syah,
hasil perkahwinannya dengan Iskandar Zulkarnain.
v Aristun Syah menggantikan datuknya Raja Kida Hindi memerintah kerajaan
selama 355 tahun.
Perjalanan
hendak menakluk negeri Cina.
v Dari keturunan Iskandar Zulkarnain
itu juga lahirlah Raja Suran.
v Beliau menakluki semua negara kecuali negara Cina, jadi baginda mahu
menakluk pula negara Cina.
v Dalam perjalanan itu, baginda sempat menawan negara Gangga Negara. Raja
Gangga Syah Johan dikalahkan dan saudara perempuan raja yang bernama Puteri
Dara Segangga dikahwini.
v Raja Suran juga mengalahkan negeri Langgiu, di hulu Sungai Johor.
Rajanya bernama Raja Chulan berjaya di
bunuh.
v Anak Raja Chulan iaitu Puteri Onang Kiu telah dikahwininya. Baginda meneruskan perjalanan hinggalah
sampai ke Temasik.
v Usaha Raja Suran untuk menyerang Cina telah diketahui oleh Raja Cina.
v Baginda menghantar satu rombongan untuk menipu raja Suran. Negara Cina
dinyatakan sangat jauh dari Temasik.
v Untuk sampai ke negara Cina seorang yang berumur 12 tahun akan menjadi
tua, hingga gugurlah giginya.
v Besi sebesar lengan akan haus menjadi seperti sepucuk jarum sahaja.
Pepohon yang dimakan kiranya ditanam akan berbuah.
v Mendengar tipu muslihat itu Raja Suran membatalkan hasratnya untuk
menyerang negara Cina.
Hendak
mengetahui isi laut.
v Raja Suran masuk ke dalam laut dengan menggunakan peti kaca yang
berpesawat. Baginda tiba di negeri Dika.
v Kaumnya berbangsa Bu Sum. Setengah Islam dan setengah kafir. Kaum itu
kehairanan melihat Raja Suran.
Zuriat Raja
Suran.
v Berjumpa Raja Aktabul Ardh dan menikahi Puteri Mahtabul Bahri.
v Hasil perkahwinan mendapat 3 orang anak lelaki iaitu Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila
Utama.
v Raja Suran telah menyuruh raja jin Asmaghiah Peri mendapatkan 3 mahkota
dari perbendaharaan Nabi Sulaiman untuk diberikan tanda kepada anak-anaknya itu
sebagai keturunan Raja Islandar Zulkarnain.
v Raja Suran telah keluar dari dalam laut dengan menunggang kuda
semberani jantan bernama Farasul Bahri.
v Baginda mendarat di Pantai Baniras. Selepas itu Raja Suran kembali ke
Benua Keling dan membina negara bernama Bijaya Negara.
BAB 2:
KISAH BERMULA DI BUKIT SI GUNTANG.
v Tiga orang anak Raja Suran telah naik ke bumi dan turun di Bukit Si
Guntang dengan menaiki seekor lembu jantan berwarna putih.
v Kedatangan mereka ditemui oleh Wan Empuk dan Wan Malini. Mereka telah
melihat puncak bukit bercahaya terang pada malam itu. Tanahnya berubah menjadi
warna keemasan.
v Pohon padi berbuahkan emas, berdaunkan perak dan berbatangkan suasa.
v Ketiga-tiga mereka dijemput oleh Demang Lebar Daun ke istana Palembang.
v Setibanya di Palembang, lembu kenaikan mereka memuntahkan buih dan terdapat
seorang lelaki di dalamnya yang dinamai Batala.
Asal raja
Minangkabau dan Tanjung Pura.
v Raja Minangkabau iaitu Patih Suatang telah datang ke Palembang memohon
seorang anak raja Suran itu untuk dirajakan di Minangkabau.
v Untuk itu Nila Pahlawan atau Sang Si Perba dihantar ke sana.
v Penduduk Tanjung Pura pula datang dan Krisyna Pandita pula dihantar.
v Nila Utama pula dirajakan di Palembang dan bergelar Seri Teri Buana.
v Seri Teri Buana mahu beristeri. Malangnya semua anak raja yang
ditidurinya mendapat penyakit kedal. Sehingga habislah anak-anak raja yang baik
dalam negeri Palembang itu.
v STB telah mendapat tahu akan kecantikan Radin Ratna Cendera Puri
anakanda Demang Lebar daun dan ingin mengahwininya.
Bersumpah
Berteguh Janji.
v Sebelum berkahwin Demang Lebar Daun telah mohon diadakan perjanjian
dahulu.
v Dia mahu anaknya itu tidak dikeluarkan dari istana kalau dia mendapat
penyakit kedal setelah ditiduri Seri Teri Buana.
v Biarlah dia menjadi tukang masak di dapur atau tukang sapu di istana.
v Demang Lebar Daun juga mahu supaya raja jangan berlaku zalim dengan
memalukan rakyat yang bersalah.
v Seri Teri Buana pula mahu rakyat jangan derhaka kepada raja.
v Jikalau rakyat derhaka rumahnya akan dibalikkan, kaki tiang ke langit
dan kiranya raja berlaku zalim kerajaannya akan dimusnahkan oleh Allah.
v Bagaimanapun setelah ditiduri Seri Teri Buana, Radin Ratna Cendera Puri
tidak kedal. Jadi perkahwinan antara merekapun dilansungkan.
v Selepas perkahwinan itu berlaku satu peristiwa pelik berlaku, telah
hanyut di sungai buih-buih yang besar dan satu dari antaranya mengandungi
seorang budak perempuan.
v Dia telah dijadikan anak angkat STB dan dinamakan Puteri Tanjung Buih.
Membunuh Ular
Sakti Mona.
v Penduduk di Minangkabau mahu menguji kesaktian Sang Si Perba dengan
meminta baginda membunuh ular Sakti Mona.
v SSP telah meminjamkan curiknya yang bernama curik Si Mandang Kini
kepada seorang hulubalang bernama Permasku Mambang.
v Beliau berjaya membunuh ular tersebut. Namun curik itu sendiri sumbing
190. Bagindapun kekallah berkerajaan di Minangkabau.
v Tajitram Syah iaitu salah seorang dari keturunan Raja Suran yang telah
keluar istana untuk membina empayarnya sendiri telah dilanggar ribut di tengah
laut.
v Angkatannya musnah dan dia sendiri terdampar di Belambang Majut
(Bangkahulu). Tanah Andalas, sebelah Laut Selbu.
v Dia dijumpai oleh Demang Kebayunan dan dikahwinkan dengan anaknya yang
bernama Raden Sendari.
v Mendapat 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan. Ratna Dewi, Seri Dewi,
Maniaka dan Nila Karna. Seri Dewi dikahwini putera dari Cina dan Ratna Dewi
oleh putera ratu Majapahit.
v Berita kehadiran Tajitram Syah terdengar ke India dan para menteri
dalam kerajaan Canda Kani telah datang menjemputnya balik ke Benua Keling itu.
Mencari tempat
baru untuk berbuat negeri.
v Seri Teri Buana telah keluar dari Palembang untuk membuka negeri baru.
v Selepas melewati Gunung Lingga, angkatannya telah kehabisan air
minuman.
v Untuk mendapatkan air tawar, STB telah menyuruh mencampakkan gulungan
rotan ke laut dan dia sendiri mencelupkan kakinya ke dalam air laut di tengah
gelungan rotan itu.
v Air laut telah menjadi tawar dan tempat itu dinamakan Selat Air
Tawar.
v Sesampai STB di Tanjung Bintan, baginda telah dijemput oleh Wan Seri
Beni ke istana dan Raden Ratna Cendara Puri dibawa ke istana bondanya iaitu
Puteri Iskandar Syah.
Jadi Anak
angkat raja perempuan Bintan.
v Wan Seri Beni memerintah Bintan dengan dibantu oleh Menteri Bupala dan
Aria Bupala.
v Wan Seri Beni sangat berkenan memandang STB dan RRCP. Kepada STB diserahkan
kerajaannya dan STB dijadikan anak angkatnya.
v Seri Teri Buana menjadi raja selama 2 tahun di Bintan itu.
v STB meneruskan semula perjalananya.
v Dia bertolak ke Bengkilau dan berburu hingga ke Tanjung Sengkuang. Di
sini anjng pemburuan baginda telah terjun ke laut dihambat oleh pelanduk putih.
v STB telah memerintahkan tempat itu ditebas untuk dibuka negeri.
Bagaimanapun dari situ dia terpadang pula pantai Temasik dan ingin pula ke
sana.
Temasik
dijumpai.
v Sesampai di Teluk Belanga, angkatan baginda dilanda oleh ribut. Semua
harta telah dibuang ke laut.
v Untuk meredakan ribut STB telah meletakkan mahkota baginda ke permukaan
air laut.
v Lalu rebut pun teduh. Di atas bukit di pulau Temasik STB telah
terpandangkan seekur singa.
v Bagaimanapun singa itu ghaib apabila terpandangkan orang ramai.
v STB mengubah nama pulau itu dari Temasik ke Singapura dan mahu
kerajaannya dibuka di situ.
v Wan Seri Beni menabalkan STB di situ. Pemerintahan Bintan di serahkan
kepada anak Menteri Bupala yang bergelar Tun Telanai.
Bab 3
: Puteri Nila Pancadi ke Singapura.
v Seri Teri Buana mempunyai 2 orang anak iaitu Raja Kecil Besar dan Raja
Kecil Muda.
v STB telah menghantar menteri Aria Bupala ke benua keling meminang
Puteri Nila Pancadi.
v Raja Jambuga Rama Mudaliar telah menerima pinangan itu, bahkan
menghantar puterinya untuk dikahwini oleh Raja Kecil Besar ke Singapura.
v Raja Kecil Muda pula dikahwinkan dengan cucu saudara Demang Lebar Daun
iaitu Raden Lasmi Puri.
Raja dan
Bendahara adik beradik.
v Selepas Seri Teri Buana mati ia ditanam di Bukit Singapura, Raja Kecil
Besar dijadikan Raja bergelar Paduka Seri Pikrama Wira.
v Raja Kecil Muda dijadikan Bendahara bergelar Tun Perpatih Permuka
Berjajar.
v Cucu Demang Lebar Daun dijadikan perdana menteri bergelar Tun Perpatih
Pemuka Jegalar.
v Penghulu Bendahari bergelar Tun Jana Buga Dendang. Hulubalang Besar
pula ialah Tun Tempurung. RKB telah memperolehi seorang putera bergelar Raja
Muda.
Peristiwa
Tatal Dan Menarah Kepala Budak.
v Betara Majapahit telah menghantar bingkasan sekeping tatal tujuh depa
panjangnya dan digulung seperti subang kepada PSPW.
v PSPW menyangka dirinya dianggap perempuan oleh Betara Majapahit.
Sebagai balasannya diminta seorang tukang kayu bernama Cedun Pawang Antan
disuruhnya menarah rambut budak dan beliung itu dihantarnya ke Majapahit.
v Betara Majapahit pula menyangka kepalanya mahu ditarah oleh PSPW.
v Betara Majapahit sangat marah dan menyerang Singapura. Orang Majapahit
berjaya dikalahkan.
v Bila PSPW meninggal dunia, anaknya Raja Muda diangkat menjadi raja
bergelar Rakna Wikrama.
v Tun Perpatih Tulus pula menggantikan ayahandanya Tun Perpatih Permuka
Berjajar sebagai bendahara.
Badang beroleh
gagah.
v Badang adalah seorang hamba kepada seorang perempuan yang tinggal di
Sayung.
v Ikan yang terperangkap di lukah yang ditahannya telah dimakan oleh
hantu. Hantu itu ditangkap dan mahu dibunuh.
v Untuk mengelakkan dirinya dibunuh dia berjanji akan menunaikan segala
hajat Badang. Badang mohon kepada hantu supaya dia menjadi gagah.
v Untuk itu hantu meminta Badang memakan muntahnya. Selepas makan muntah
hantu itu Badang telah menjadi sangat gagah.
v Pohon kayu sebesar dua tiga pemeluk dapat dicabutnya. Hutan yang luas
dapat dibersihkan dengan sekejap sahaja.
v Dengan kekuatan Badang, tuannya menjadi kaya raya dan diberi gelar
Orang Kaya Sayung. Badang telah dibebaskan.
v Dia dijadikan Sandim Sani oleh Seri Rakna Wikrama di Singapura.
v Kekuatan Badang dapat dilihat dari beberapa peristiwa. Kayu pengayuh
perahunya adalah kayu kempas sebesar sepemeluk.
v Selepas tujuh kali berkayuh kayu itu patah. Semasa memanjat pohon
kuras, dia terjatuh.
v Kepalanya terhempas ke batu dan menyebabkan batu menjadi pecah. Badang
dapat menyorong pilang yang panjang lima belas dengan seorang diri.
v Sedangkan orang lain seramai empat lima ratus tidak mampu melakukannya.
Kegagahan
Badang diuji.
v Raja di Benua Keling telah menghantar pahlawan yang tergagah untuk
menandingi kegagahan Badang.
v Pahlawan itu bernama Nadi Bija Biakra. Taruhannya ialah barangan tujuh
kapal.
v Dalam pertandingan itu mereka disuruh bergusti. Badang berjaya
menewaskan Nadi Bija Biakra itu.
v Mereka juga bertanding mengangkat batu. NBB hanya terdaya mengangkat
separas lutut.
v Oleh Badang batu itu diangkat, dilambung-lambung dan dilontarkannya
hingga ke kuala.
v Raja Perlak pula telah menghantar pahlawannya yang bernama Benderang
untuk mengalahkan Badang. Sebelum pertandingan diadakan Badang terlebih dahulu
meminta untuk menguji Benderang dalam majlis makan malam.
v Badang telah menindih peha Benderang dan Benderang tidak mampu
mengangkatnya. Badang pula berjaya mengangkat pehanya bila disesak oleh
Benderang.
v Keesukan harinya Tun Perpatih Pandak selaku ketua rombongan Perlak
telah meminta supaya pertandingan itu tidak diteruskan. Kerana bimbang ianya
akan menyebabkan hubungan Singapura dan Perlak menjadi rosak.
v Sebenarnya dia takut Benderang dikalahkan. Bagaimanapun mereka telah disuruh
merentangkan rantai yang sangat besar di belakang Siram supaya kapal tidak
dapat lalu.
v Tidak lama kemudian Badang telah mati dan ditanamkan di Buru. Batu
Nisannya dikirimkan oleh Raja Benua
Keling. Bila Paduka Seri Wikrama meninggal dunia, dia digantikan oleh anaknya
yang bernama Damia Raja dan bergelar Paduka Seri Maharaja.
v Dia berkahwin dengan Damia Puteri anak Tun Perpatih Permuka Berjajar.
Dari perkahwinan itu lahirlah pula Raja Iskandar Syah.
Mula
kedatangan Islam ke alam Melayu.
v Merah Silu dan Merah Caga tinggal di Gunung Sengkuang. Merah Silu
kerjanya menahan lukah tetapi asyik terkena cacing gelang sahaja. Kerana
terlalu marah cacing itu direbus. Nasibnya baik, cacing gelang telah bertukar
menjadi emas dan buihnya menjadi perak.
v Bila Merah Caga mendengar adiknya dikatakan makan cacing gelang, dia
mahu membunuh saudaranya itu. Merah Silu melarikan dirinya ke Rimba Jurun.
v Satu hari Merah Silu pergi berburu. Anjingnya Si Pasai telah menemui
seekur semut besar. Semut besar itu telah ditangkap oleh Merah Silu dan
dimakannya.
v Tempat itu dibersihkan dan dinamakan Semudra yang beerti semut besar.
Negeri Semudra itu telah terkenal hingga ke Mekah. Syarif Mekah telah
memerintahkan seorang nakhoda bernama Sheikh Ismail ke Semudra. Dia disuruh
singgah di negeri Mu’tabari untuk mengambil seorang fakir.
v Sultan Muhamad iaitu Raja Mu’tabari telah turun dari takhta dan mengikut
rombongan itu ke negeri Semudra. Sultan Muhammad adalah keturunan dari Abu
Bakar al-Siddik r.a.
v Sebelum sampai ke Semudra, kapal Sheikh Ismail telah singgah di
Fansuri, Lamiri, Haru dan Perlak.
v Kesemua penduduk di situ telah memeluk agama Islam tetapi tidak ada
yang pandai membaca Qur’an. Merah Silu juga telah memeluk Islam di tangan fakir
Sultan Muhammad itu. Malamnya Merah Silu telah bermimpi berjumpa Rasulullah.
v Rasulullah telah meludah ke dalam mulut Merah Silu. Badan Merah Silu
menjadi harum dan dia dapat membaca al-Qur’an. Sheikh Ismail telah menabalkan
Merah Silu dan namanya ditukar menjadi Sultan Malikul Salleh.
v Sultan Malikul Salleh telah berkahwin dengan Puteri Ganggang, anak raja
Perlak. Dia mendapat dua orang anak yang diberi nama Sultan Malikul Tahir dan
Sultan Malikul Mansur.
v Sultan Malikul Salleh telah keluar untuk mencari tempat baru untuk
dibuat kerajaan bagi anaknya. Anjing pemburuannya telah menyalak di satu tanah
tinggi.
v Tempat itu dipandang cantik oleh Sultan Malikul Salleh. Ianya ditebas
dan diberi nama Pasai sempena nama anjing pemburuan baginda. Sultan Malikul
Tahir dirajakan di Pasai itu dengan menterinya bernama Sidi Ali Ghiathu’d Din
sebagai mangkubumi. Sultan Malikul
Mansur pula dirajakan di Samudra dengan menterinya Sidi Ali Yaumid’d Din.
v Sebelum meninggal dunia, Sultan Malikul Saleh sempat berwasiat kepada
kedua anak dan menteri-menterinya supaya jangan tamak harta orang, jangan
inginkan isteri hamba kamu dan hendaklah hidup bermuafakat.
Raja Pasai
Ditipu Dan Ditawan.
v Raja Syahrun Nuwi dengkikan kebesaran kerajaan Pasai. Dia memerintahkan
pahlawannya yang bernama Awi Dicu untuk pergi dan menangkap rajanya iaitu
Sultan Malikul Tahir.
v Dengan menggunakan tipu helah, Sultan Malikul Tahir telah berjaya
ditangkap dan dibawa ke Siam. Dia dijadikan gembala ayam di istana.
v Sidi Ali Ghiathu’d Din telah menyamar menjadi saudagar Arab dan telah
pergi ke negeri Syahrun Nuwi itu. Dia telah memberikan berbagai hadiah kepada
raja Syahrun Nuwi. Antaranya ialah sepohon pohon kayu emas dan buahnya dari
permata.
v Papan catur emas, buahnya permata merah dan hijau. Sepasang itik emas
yang boleh berenangan di dalam air. Kerana termakan dengan rasuah berkenaan
Sultan Malikul Tahirpun dibebaskan.
Peristiwa
Kerana Seorang Dayang.
v Sultan Malikul Mansur ingin pergi melawat abangnya di Pasai.
Keinginannya itu ditegah oleh menteri Sidi Asma’ Yaudi’d Din. Bagaimanapun
baginda pergi juga.
v Semasa di Pasai dia telah membawa pulang seorang dayang Sultan Malikul
Tahir. Perbuatannya itu menimbulkan kemarahan Sultan Malikul Tahir.
v Sultan Malikul Tahir telah menjemput saudaranya itu untuk majlis
berkhatan. Di sana menteri Sidi Asma’ Yaumiddin dibunuh dan di sula di Pasai. Kepalanya dibuang ke
laut.
v Kepala menteri itu dijumpai oleh Sultan Malikul Mansur di laut Padang
Maya semasa baginda hendak dibuang ke Manjung. SMM memohon badan menterinya
dikembalikan dan mayatnya ditanam di Padang Maya.
v Selepas 3 tahun, SM Tahir telah menyesal di atas perbuatannya itu dan
menjemput saudaranya SM Mansur kembali. Dalam perjalanan pulang, SM Mansur
singgah di Padang Maya dan kemudiannya meninggal dunia di situ.
BAB 4 :
SINGAPURA DILANGGAR TODAK.
v Tuan Jana Khatib seorang yang mahir ilmu khayal lillah telah datang ke
Singapura.
v Dia telah menilik sebatang pohon pinang sehingga terbelah dua.
Perbuatannya itu menimbulkan kemarahan Paduka Seri Maharaja. Katanya Tuan Jana
Khatib nak menunjukkan kebolehan kepada isterinya.
v TJK telah dihukum bunuh. Sebaik darahnya menitik ke tanah, tubuh TJK
telah ghaib.Tubuhnya itu dikatakan muncul di Langkawi. Selepas peristiwa ini,
singapura telah dilanggar oleh ikan-ikan todak. Ramai rakyat Singapura telah
terbunuh.
v Paduka Seri Maharaja telah menyuruh rakyatnya berkubukan betis, ini
menjadikan semakin ramai rakyatnya terbunuh.
Seorang budak telah mencadangkan supaya berkubu batang pisang.
v Kecerdikan budak ini menimbulkan kerisauan di hati pembesar. Mereka
mencadangkan budak itu dibunuh.
v Raja yang meninggal dunia
digantikan anaknya iaitu Raja Iskandar Syah. RIS mengahwini anak Tun Perpatih
Tulus dan mendapat seorang anak bernama Raja Ahmad ataupun nama timangannya
Raja Besar Muda. RBM dikahwinkan dengan Tuan Puteri Kamarul Ajaib, anak Raja
Sulaiman Syah, raja Kota Mahligai.
Akibat
Khianat, Singapura Dikalahkan Majapahit.
v Anak bendahari raja Iskandar Syah telah dihukum canggai (sula) di pasar
kerana difitnah berbuat jahat dengan orang lain.
v Sang Rajuna Tapa merasa sangat malu. Dia mengirimkan surat kepada
Betara Majapahit meminta Majapahit menyerang Singapura dan dia bersedia untuk
belot dari dalam.
v Rakyat Majapahit telah menyerang Singapura. Singapura dikepung selama
sebulan oleh Demang mangku Negara. Bekalan makanan dikatakan telah habis. Bila
rakyat Singapura telah keletihan, Sang Rajuna Tapa telah membuka pintu kota dan
Singapura telah dikalahkan.
Raja Iskandar
Berlepas Ke Darat.
v Raja Iskandar Syah melarikan diri ke tanah besar. Sang Rajuna Tapa dan
isteri menjadi batu kerana derhaka kepada raja.
v Iskandar Syah cuba membuka sebuah negeri baru di Hulu Muar, malangnya
ia diserbu oleh biawak. Jadi tempat itu dinamakan Biawak Busuk.
v Baginda pindah ke Sungai Ujong membina kota, keesukannya kota itu
menjadi buruk. Lalu dinamakan Kota Burok. Pindah pula ke Sening Ujong. Dari
sini pindah lagi ke Bertam.
Membuka Negeri
Melaka.
v Di Bertam inilah berlaku peristiwa anjing pemburuan lari terjun ke
sungai dikejar oleh pelanduk putih. Semasa peristiwa berlaku, raja sedang
berehat di bawah pohon Melaka.
v Tempat itu dibuka dan dinamakan Melaka. Raja Iskandar Syah memerintah
Singapura selama 32 tahun. Selepas 3 tahun memerintah Melaka, beliaupun
mangkat. Raja Besar Muda pula menggantikannya memerintah Melaka.
v Bagindalah raja yang pertama melantik 4 orang menteri untuk berkhidmat
di balai, 40 orang bentara dan anak-anak pembesar sebagai biduanda istana.
v Di zaman Raja Kecil Besar, baginda telah bermimpi berjumpa Rasulullah.
Rasulullah telah mengajarkannya kalimah
tayyibah dan menukarkan namanya menjadi Sultan Muhammad Syah.
v Rasulullah juga memberitahu pada waktu asar esukknya akan tiba sebuah
kapal dari Jeddah. Penumpangnya akan turun solat di pantai.
v Selepas bangun dari tidur RKB mendapati tubuhnya berbau harum dan dia
asyik mengulang sebut akan kalimah sehingga disangka oleh para dayang yang
baginda telah dirasuk oleh Syaitan.
Kedatangan
Islam ke Melaka.
v Raja telah memberitahu Bendahara yang ia bermimpi bertemu Rasulullah.
Sebagai buktinya, kalamnya kelihatan telah dikhatankan orang dan akan datang
sebuah kapal pada waktu Asar nanti.
v Pada petang itu datanglah sebuah kapal dari Jeddah, Syed Abdul Aziz
makhdum kapal itu telah turun bersembahyang di pantai. SAA telah dibawa masuk
ke istana dan semua orangpun telah memeluk agama Islam.
v Mereka semuanya berguru pada SAA itu. Raja mengubah namanya menjadi
Sultan Muhammad Syah. Bendahara bergelar Seri
Wak Raja. Perdana Menteri bergelar Seri Amar Diraja. Penghulu bendahari
pula bergelar Seri Nara Diraja.
v Baginda membuat beberpa pantang larang termasuk melarang rakyat
menggunakan kain warna kuning melainkan untuk dibuat kain, baju dan destar.
v Rakyat juga tidak boleh berbuat rumah tiang gantung, Perahu tidak boleh
bertingkap dan berpenghadapan. Tidak boleh memakai penduk dan teterapan keris.
Tidak boleh bergelang emas di kaki.
v Tidak boleh berkeroncong emas kepala perak. Barangan emas tidak boleh
dipakai kecuali dianugerahkan oleh raja. Jika hendak masuk ke istana perlu
memakai kain berpancung, berkeris di hadapan dan bersebai. Jika keris di
belakang akan dirampas.
v Payung putih khusus untuk raja. Payung kuning pula untuk putera raja.
Susunan Tertib
Adat Istiadat Raja.
Upacara mengadap
di balairung seri.
v Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, menteri, orang besar-besar
dan sida-sida duduk di seri balai.
v Anak-anak raja duduk di kelek-kelekan balai kiri dan kanan.
v Sida-sida yang muda-muda duduk di selang-selang antara bentara.
v Hulubalang muda-muda berdiri di ketapakan balai memikul pedang.
v Kepala bentara di kiri daripada anak cucu menteri yang patut jadi
Bendahara, Penghulu Bendahari dan Temenggung.
v Kepala bentara di kanan anak cucu hulubalang yang patut jadi laksamana
dan Seri Bija Diraja.
Gelaran :
v Sang Setia : bakal menjadi Seri Bija Diraja.
v Sang Guna : bakal menjadi Laksamana.
v Tun Pikrama : bakal menjadi Bendahara.
Acara Menjunjung
Duli :
v Yang pertama kepala bentara yang empat lima orang. Diikuti oleh
sida-sida yang duduk di seri balai.
v Nakhoda Cempa pilihan duduk di seri balai.
v Anak tuan-tuan duduk di selasar balai.
v Perkakas raja seperti ketur, kendi, kipas di selang-selang duduk raja.
v Puan dan pedang dikelek-kelekan kanan dan kiri.
v Pedang dipikul oleh laksamana atau Seri Bija Diraja.
Protokol
Menyambut Utusan Dari Pasai Dan Haru. Bagi Utusan-Utusan Dari Negeri Lain, Adat
Sambutan Akan Dikurangkan.
v Ceper dan kerikal dibawa hamba raja dari dalam. Disambut oleh kepala
bentara di kanan. Diletakkan had bendahara.
v Ceper dan tetampan diberikan pada orang yang membawa surat.
v Surat dijemput dengan selengkap alat kerajaan seperti gendang, serunai,
nafiri, negara, payung putih dua berapit melainkan mendeli.
v Menteri mengepalakan gajah, bentara di buntut gajah, sida-sida membawa
surat dengan penghulu biduanda kecil.
v Gajah dikepilkan di hujung balai.
v Surat disambut oleh hulubalang asal (kepala bentara yang di kiri).
v Kepala bentara yang di kanan menyampaikan titah raja kepada utusan.
Adat Menjemput
Tamu :
v Jika Perserian dijemput oleh Orang besar-besar.
v Jika Persangan dijemput oleh orang kecil.
v Jika Pertuanan dijemput oleh orang sedang.
Penggunaan
Payung ;
v Payung kuning untuk anak-anak
raja dan orang besar-besar
v Payung ungu, merah, hijau untuk sida dan bentara hulubalang.
v Payung biru dan hitam untuk orang bergelar.
Adat Persalinan.
v Bakal bendahara 5 ceper : baju, kain, destar, sebai dan ikat pinggang.
v Anak raja dan para menteri 4 ceper : tiada ikat pinggang.
v Bentara sida-sida hulubalang 3
ceper: kain, baju dan destar.
v Ada juga yang tiada berceper.
Istiadat / Peraturan Apabila Raja Berangkat Di Hari
Raya.
v Penghulu Bendahari di kepala usungan kanan.
v Laksamana di sebelah kiri.
v Di belakang menteri keduanya.
v Rantai dekat kaki raja dipegang oleh Seri Bija Diraja.
v Bentara dan hulubalang berjalan di hadapan raja.
v Alat kerajaan dibawa di hadapan raja. Tombak kerajaan di kanan dan
kiri. Bentara memegang pedang. Dihadapan sekali pembawa lembing.
v Dibawa juga alatan bunyi-bunyian seperti gong, gendang dan nafiri.
v Bendahara, kadi, pakeh, orang besar-besar dan menteri yang tua-tua
berjalan di belakang raja.
Peraturan Ketika
Raja Bergajah.
v Temenggung di kepala gajah.
v Laksamana atau Seri Bija Diraja di buntut.
v Bentara memikul pedang kerajaan.
Acara Bernobat.
v Orang besar-besar dari kanan gendang.
v Orang kecil-kecil dari kiri gendang.
v Orang yang kena sirih nobat: Bendahara, anak raja-raja, Penghulu
Bendahari, Temenggung, Menteri keempat, kadi dan pakeh, Laksamana, Seri Bija
Diraja, Sida yang tua-tua dan sesiapa yang dikehendaki oleh raja.
Peraturan
Apabila Bekerja / Pekerjaan Raja.
v Penghulu bendahari menguruskan segalanya sambil dibantu oleh
syahbandar.
v Temenggung mengatur orang di balai.
v Orang biasa makan empat orang sehidangan.
v Bendahara makan sehidangan dengan anak raja.
Peraturan
Berkunjung Ke Masjid Di Malam 27 Ramadhan.
v Temenggung mengepalakan gajah.Alat kebesaran kerajaan di bawah ke
masjid pada waktu siang.
v Raja berangkat pada waktu malam untuk sembahyang terawih
v Pakaian raja ke masjid bertelengkolong berbaju sarung.
Protokol
Sambutan Hari Raya.
v Semua pembesar masuk berkumpul di istana.
v Penghulu Bendahari membawa masuk usungan raja.
v Gendang dipalu dan nafiri dimainkan.
v Raja berangkat ke masjid naik usungan.
Peraturan
dan protokol sangat penting dalam kehidupan di istana terutama dalam majlis
penghadapan di Balairung Seri. Dalam acara nobat dan menjunjung duli. Semasa
menyambut kedatangan utusan dari negara luar dan semasa raja mahu berangkat
kemana-mana. Sama ada ketika raja mahu ke masjid di hari Jumaat, di malam bulan
Ramadhan untuk berterawih di masjid dan juga di hari raya. Semua peraturan ini adalah untuk menjaga
keselamatan raja dan mengagungkan raja berkenaan.
Di
zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah itu, Melaka telah berkembang dengan luasnya.
Wilayah di sebelah timur hingga ke Terengganu dan di sebelah barat hingga ke
Beruas Ujung Karang. Raja terkenal sebagai keturunan Iskandar Zulkarnain, Raja
Nusyirwan Adil dan Nabi Sulaiman a.s.. Pedagang Arab menggelarkan Melaka
sebagai Malakat yang beerti tempat perhimpunan segala dagang.
Membuang Diri
Kerana Berkecil Hati.
v Mani Purindam adalah anak seorang raja di negeri Pahili di Benua
Keling. Dia telah berhijrah ke Melaka kerana berkecil atas sikap adiknya yang
tidak mahu mendengar pandangannya dalam membahagikan harta pusaka bapa mereka.
v Di Melaka, Mani Purindam dilantik menjadi menteri. Dia berkahwin dengan
Ratna Sandari. Hasilnya lahirlah Tun Ali dan Tun Ratna Wati. Tun Ratna Wati ini
dikahwini oleh Sultan dan lahirlah Raja Kassim.
v Sultan Muhammad juga mengahwini anak raja Rekan dan mendapat seorang
anak lelaki bernama Raja Ibrahim. Sultan Muhammad lebih mengasihi Raja Ibrahim
disebabkan sikap isterinya itu dan dia bercadang untuk merajakan Raja Ibrahim.
v Sebaliknya rakyat lebih mengasihi Raja Kassim.
v Bila Bendahara Seri Wak Raja meninggal dunia, dia digantikan oleh Seri
Amar Diraja. Seri Amar Diraja telah menjadikan Tun Ali sebagai menantunya. Tun
Ali juga dilantik menjadi Seri Nara Diraja.
v Sultan Muhamad Syah juga telah meninggal dunia selepas 67 tahun
memerintah kerajaan Melaka.
Istana Di
Bawah Pengaruh Raja Rekan.
v Raja Ibrahim ditabalkan sebagai Raja Melaka bergelar Sultan Abu Syahid.
Pada ketika itu dia masih kanak-kanak.
v Jadi Raja Rekanlah menjadi orang yang berkuasa di istana Melaka. Raja
Kassim dihalau dari istana dan menjadi seorang pengail.
v Satu ketika seorang maulana bernama Maulana Jalaluddin datang ke
Melaka.
Peristiwa
Rampas Kuasa.
v Dia telah membantu Raja Kassim dan Seri Nara Diraja merampas kuasa dari
Sultan Abu Syahid.
v Mereka juga dibantu oleh Bendahara. Dalam rampasan kuasa itu Raja Rekan
telah membunuh Sultan Abu Syahid supaya mati bersama-samanya.
v Raja Kassim telah ditabalkan menjadi sultan bergelar Sultan Muzaffar
Syah. Maulana Jalaluddin yang mahu mengahwini Puteri Rekan ditipu dengan
seorang dayang istana.
v Dayang itu disangka Puteri Rekan dan di bawa ke atas angin.
v Semasa menjadi raja, Sultan Muzaffar Syah sangat memuliakan pula Seri
Nara Diraja. Ini kerana SND itu adalah bapa saudaranya yang telah menolongnya
merampas kuasa.
v Bendahara Seri Wak Raja tidak begitu diendahkannya. Satu hari Bendahara
datang ke istana berkebetulan Raja sudah hendak masuk kerana dia sudah lama di
balai penghadapan.
v Pintu pula tertutup oleh tiupan angin. Bendahara menyangka Sultan tidak
berkenan lagi padanya dan diapun membunuh diri. Peristiwa ini sangat dikesali
oleh sultan.
v Bila Bendahara Seri Wak Raja meninggal, Seri Nara Diraja pun dilantik
menjadi bendahara. Anak bendahara Seri Wak Raja ada tiga orang iaitu Tun Kudu,
Tun Perak dan Tun Perpatih Putih.
v Tun Kudu diperisterikan oleh Sultan Muzaffar Syah. Tun Perak diangkat
oleh orang Kelang sebagai penghulu.
BAB 5 :
BAKAT KEPIMPINAN TUN PERAK.
v Raja Negeri Siam atau negeri Syahrun Nuwi iaitu Paduka Bubunya mahukan
negeri Melaka menyembah kepadanya.
v Sultan Muzaffar Syah enggan menyembah. Jadi paduka Bubunya menitahkan
panglimanya yang bernama Awi Chakri menyerang Melaka.
v Tun Perak telah membawa tenteranya untuk mempertahankan Melaka
bersama-sama orang perempuan masing-masing. Pengikutnya tidak puas hati dan
mengadu kepada raja.
v Tun Perak menyatakan bahawa orangnya akan berperang dengan lebih
bersungguh-sungguh dari orang lain kerana mahu menjaga keselamatan isteri
mereka masing-masing di samping berperang untuk raja.
v Sultan berpuas hati dengan jawapan tersebut dan telah melantik Tun
Perak menjadi bentara di istana. Tidak lama kemudian dilantik pula menjadi
menteri bergelar Paduka Raja.
Satu Cara
Mengelakkan Pecah Belah.
v Setelah Tun Perak menjadi menteri, orang-orang Melaka berpecah dua.
Keadaan ini merunsingkan Sultan Muzaffar Syah.
v Untuk merapatkan hubungan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, Sultan
telah menceraikan Tun Kudu untuk dikahwini oleh Seri Nara Diraja.
v Tun Kudu ialah anak Bendahara Seri Wak Raja iaitu kakak Paduka Raja Tun
Perak. Dengan itu SND telah melepaskan jawatan Bendahara untuk diberikan kepada
PR.
v Tun Perak dikatakan sama taraf dengan Patih Aria Gajah Mada di
Pajapahit dan Orang Kaya Senayan di Pasai.
Langgaran Siam
Dipatahkan.
v Angkatan Siam telah datang menyerang Melaka sekali lagi, diketuai oleh
Awi Dicu.
v Paduka Raja diarahkan menghalang angkatan Siam bersama Seri Bija Diraja
Tun Hamzah atau Datuk Bongkok.
v Angkatan mereka bertemu di Batu Pahat. Anak SBD iaitu Tun Omar disuruh
menjadi suluh. Semasa dia menyiasat kapal-kapal Siam itu dua tiga buah perahu
telah dikalahkannya.
v Pada waktu malam, Bendahara Paduka Raja telah menyuluh dipasangkan api
pada pohon-pohon bakau, nyireh, tumu dan api-api ditepi pantai.
v Angkatan Awi Dicu tersalah anggap yang angkatan Melaka terlalu ramai.
Kerana gerun merekapun cabut lari. Melihat itu angkatan Melaka telah mengejar
angkatan Siam hingga ke Singapura. Sultan Muzaffar Syah sangat gembira.
v Raja Siam iaitu Paduka Bubunya sangat marah. Dia sendiri bercadang akan
menyerang Melaka.
v Mendengar itu Cau Panden anaknya menghalang dan berjanji akan menyerang
Melaka. Perkhabaran Cau Panden akan menyerang Melaka itu terdengar ke Melaka.
v Seorang Arab yang dikenali sebagai Tuan Saidi Arab telah memanah Cau
Panden itu dari Melaka yang menyebabkannya terbunuh.
Pemerintahan
Sultan Mansur Syah.
v Setelah memerintah selama 42 tahun, Sultan Muzaffar Syah pun meninggal
dunia.
v Beliau telah digantikan oleh anaknya Raja Abdullah yang bergelar Sultan
Mansur. Pada masa menaiki takhta berumur 27 tahun. Isterinya ialah Tun Putih,
anak Seri Nara Diraja.
v Mempunyai seorang anak gundik bernama Puteri Bakal.
v Baginda memerintahkan Bendahara Paduka raja dan Seri Bija Diraja
menyerang negeri Inderapura yang diperintah oleh Maharaja Dewa yang berada di
bawah taklukan Siam.
v Bendahara pula dapat menawan Puteri Onang Sari.
Raja Indera
Pura Ditawan.
v Maharaja Dewa Sura berjaya ditangkap oleh Seri Bija Diraja dan dibawa
balik ke Melaka.
v Atas jasanya Seri Bija Diraja dinobatkan di Pahang oleh Sultan Mansur.
Puteri Onang Sari dikahwini oleh Sultan Mansur dan mendapat dua anak iaitu Raja
Muhammad dan Raja Ahmad.
Hubungan
Muhibbah Melaka – Sulawesi.
v Sultan Mansur Syah mahu hubungan dengan Makasar dipereratkan. Seri Bija
Pikrama dan Tun Sura Diraja telah diutuskan untuk ke sana.
v Mereka berjaya mengadap raja di Goa dan baginda sangat suka hati untuk
bermuafakat dengan Melaka.
v Apabila mereka mahu kembali ke Melaka, raja Goa telah berusaha
mendapatkan seorang budak untuk dihadiahkan kepada Sultan Mansur
Dari Mana Hang
Tuah Berasal.
v Raja di Goa telah berjaya mendapatkan anak Raja Bajung yang bernama
Daeng Mempawah untuk dihadiahkan kepada Sultan Mansur Syah.
v Budak ini berumur 12 tahun dan diberikan nama Hang Tuah oleh sultan.
Dia seorang yang berani dan telah berjaya membunuh 2 orang yang mengamuk.
v Di Melaka pada masa itu terdapat 9 orang “Perhangan” iaitu Hang Jebat,
Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Hassan dan
Hang Hussin.
Maharaja Dewa
Sura Dibebaskan.
v Gajah Sultan Mansur Syah yang dibawa Kemanci telah terlepas dan lari ke
hutan.
v Panglima gajah iaitu Seri Rama telah gagal mencarinya semula.
v Maharaja Dewa Sura telah dicadangkan untuk menangkap gajah itu. Tapi
baginda mensyaratkan supaya dia dibebaskan dahulu.
v Sultan Mansur bersetuju dan beliau telah berjaya menangkap gajah itu
semula. Sekalian anak-anak muda di Melaka disuruh belajar ilmu gajah dengan MDS
itu.
v Seri Nara Diraja yang
beristerikan Tun Kudu telah berjaya mendapat 3 orang anak iaitu Tun Tahir, Tun
Senaja dan Tun Mutahir.
v Bila Tun Kudu mati, SND kahwin lain dan mendapat 2 orang lagi anak
iaitu Tun Bongsu dan Tun Sadah.
Hubungan
Berbaik-Baik Melaka-Siam.
v Sultan Mansur Syah ingin hubungan dengan Siam dipulihkan. Tun Telanai dan
Menteri Jana Putera telah diutuskan ke sana.
v Mereka telah berjaya mengadap Paduka Bubunya dan mengangkat martabat
dan menjaga maruah raja Melaka.
v Sultan Mansur diberikan makna sebagai raja yang dimenangkan akan Allah
taala daripada segala seteru.
v Bila ditanya kenapa Melaka tidak dapat dikalahkan oleh Siam, Tun
Telanai telah menyuruh Suir, seorang tua yang untut tetapi belakangnya tidak
lut dtikam oleh lembing.
v Sekalian orang Melaka dikatakan seperti Suir itu, iaitu tidak lut
ditikam dengan lembing. Paduka Bubunya telah percaya dengan tipu helah itu.
v Paduka Bubunya juga telah menyuruh angkatan Melaka membantu Siam
menewaskan musuhnya dalam satu peperangan di sana. Mereka diminta berperang
dengan pasukan yang kuat.
v Kebetulan di arah kiblat. Menteri Jana Putera telah mengatakan orang
Islam tidak boleh berperang mengadap kiblat kerana itu adalah arah untuk
sembahyang. Tipu helah itu dipercayai oleh Raja Siam.
v Mereka disuruh berperang ke hala matahari terbit dan berjaya dalam perang tersebut. Paduka
Bubunya telah memberi hadiah kepada semua ahli rombongan dari Melaka itu. Tun
Telanai diberikan seorang puteri bernama Onang Minaling Lang. Dari perkahwinan
itu melahirkan Tun Ali Haru.
BAB 6 :
MALANG MEMBAWA TUAH.
v Anak raja Tanjung Pura telah hanyut ke pantai Begawan dan diselamatkan
oleh seorang penyadap.
v Namanya Raden Perlan Langu. Dia diberi nama gelaran Ki Mas Jaya. Si
penyadap selalu menyatakan bahawa Ki Mas Jaya bakal berkahwin dengan Puteri
Galoh Awi Kesuma, puteri Ratu Majapahit.
v Ki Mas Jaya pula menyatakan akan mengangkat si Penyadap menjadi Patih
Gajah Mada.
v Kebetulannya Awi Kesuma telah besar dan Patih Gajah Mada sendiri ada
mendengar bisikan dari rakyatnya yang dia sendiri akan mengahwini puteri
tersebut.
v Lalu Patih Gajah Mada mencadangkan supaya Awi Kesuma berkahwin. Untuk
itu segala rakyat diminta berkumpul untuk Awi Kesuma sendiri memilih bakal
suaminya.
Bakal Ratu
Majapahit.
v Setelah Awi Kesuma memandang Ki Mas Jaya iapun berkenan lalu mereka
dikahwinkan.
v Ki Mas Jaya diangkat menjadi betara Majapahit. Si Penyadap pula
menuntut Betara Majapahit menunaikan janji untuk mengangkatnya menjadi Patih
Gajah Mada.
v Ki Mas jaya membuka rahsia dirinya yang dia anak raja Tanjung Pura dan
tuntutan si penyadap. Atas cadangan Patih Gajah Mada, si penyadap telah
dijadikan ketua para penyadap dan diberi gelar Patih Adi Kara. Didudukkan sama
taraf dengan PGM.
v Berita tentang Ki Mas Jaya sebagai anak raja Tanjung Pura telah
kedengaran kepada ayahandanya.
v Utusan telah dihantar dan mereka sangat gembira melihat Raden Perlan
Langu masih hidup dan menjadi Betara Majapahit pula.
v Hasil perkahwinan Ki Mas Jaya dengan Raden Awi kesuma lahirlah Raden
Galuh cendera Kirana yang amat masyhur kecantikannya itu. Telah ramai anak raja
yang datang meminang tetapi tidak diterima oleh Betara Majapahit itu.
Menjalin
Muhibah Melaka-Majapahit.
v Sultan Mansur Syah juga turut jatuh berahi pada Raden Galuh Cendera
Kira itu. Satu rombongan untuk meminang ke sana segera bertolak.
v Bendahara Paduka raja ditugaskan mentadbir negara. Dia ke sana dengan
diiringi oleh 40 orang “Perawangan” dan semua “Hanghang” yang sembilan orang
itu yang diketuai oleh Laksamana Hang Tuah.
v Hang Tuah telah beroleh gelaran Laksamana dari Sultan yang mengenang
jasanya membunuh seorang orang tua Jawa yang mengamuk di Melaka.
v Hang Tuah sebelum itu telah berjaya membunuh 74 orang, orang mengamuk
di Melaka.
v Sultan Mansur Syah juga diiringi oleh raja-raja dari Inderagiri (Sultan
Nara Singa), Tungkal (Raja Merlang), Jambi (Adipati Sira Sela Sida), Palembang
(Demang Mangku Raja) dan dari Lingga (Maharaja Isak).
v Rombongan SMS telah sampai ke Majapahit. Pada masa itu RajaTanjung Pura
dan Kediri ada mengadap. Betara Majapahit telah menganugerahkan 40 bilah keris
kepada rombongan.
v Keris yang diberikan kepada raja Kediri dan Tanjung Pura dapat dicuri
semula. Keris yang diberikan kepada Raja Melaka tidak dapat. Ini menunjukkan
raja Melaka lebih cerdik dari raja-raja yang lain.
Telatah
Budak-Budak Raja Melaka.
v Di Majapahit, Hang Tuah telah mencabar Tun Bijaya Sura menunjukkan
kebolehannya. Tun Bijaya Sura telah menari di hadapan Betara Majapahit.
v Digertaknya anjing yang ada dibalai itu, terkejut ketakutan dan terus
lari ke hutan. Dia juga bermain “Sapu-sapu rengit”.
v Dalam permainan itu dia dan pembantunya dapat duduk dan melunjurkan
kaki ke arah Betara Majaphit.
v Kelakuannya itu dapat dikesan oleh Betara Majapahit sebagai mahu
membalas perbuatannya yang menambatkan anjing di hadapan raja Melaka, seolah
raja Melaka itu menyembah anjing tersebut.
v Tun Bijaya Sura pula mencabar Hang Tuah naik menceroboh ke balai
larangan Betara Majapahit.
v Hang Tuah dan kawan-kawannya telah naik ke balai tersebut lalu segera
ditombak orang. Beratus tombak dilempar tetapi habis semuanya diparang oleh
Hang Tuah.
v Setelah diketahui oleh Betara Majapahit, dibiarkan sahaja oleh baginda.
Mata tombak yang beratus-ratus berkas itu diberikannya pula kepada Hang Tuah.
v Kehebatan Hang Tuah telah menjadikan dirinya kegilaan kepada
perempuan-perempuan di tanah Majapahit itu. Sehinggakan terdapat pantun dibuat orang untuk menggambarkan
kehebatan Hang Tuah tersebut.
v Tun Bijaya Sura telah diminta oleh Betara Majapahit menunjukkan
tariannya lagi. Dia telah menarikan “berkeliling gelagat”. Dalam permainan ini
dia telah mengayunkan sapu tangan yang dipinjamnya dari Raja Melaka.
v Habis muka para penjawat Majapahit itu disapunya. Mereka hendak marah
tidak dapat kerana Tun Bijaya Sura bermain itu dititahkan oleh Betara Majapahit
sendiri.
v Untuk memperkenakan Tun Bijaya Sura, Betara Majapahit telah memberikan
persalinan cara Jawa iaitu dengan berkeris di belakang.
v Disuruhnya seorang pencuri mencuri semula keris itu dari Tun Bijaya
Sura ketika beliau sedang asyik melihat orang menyabung. Bila TBS menyedari
kerisnya dicuri, dia pula mencuri keris dalam puan Betara majapahit.
v BM sengaja menunjukkan keris yang dicari dari TBS dengan berpura-pura
untuk menunjukkan keelokannya. TBS pula menunjukkan keris yang dicurinya.
v Jadi sedarlah BM yang kerisnya sendiri juga telah dicuri oleh TBS. Jadi
keris itu dikembalikan kepada TBS dan keris kedua itu dihadiahkan kepada TBS
juga.
v Setelah genap kerja berjaga-jaga selama 40 hari 40 malam, maka Sultan
Mansur pun dikahwinkan dengan Raden Galoh Cendera Kirana.
Memohon
Jajahan Sebelum Kembali.
v Sebelum kembali ke Melaka, Tun
Bijaya Sura disuruh Raja Melaka mintakan daerah Inderagiri.
v Hang Tuah meminta daerah Siantan. Hasil perkahwinan SMS dengan RGCK,
lahirlah Raden Di Kelang.
v Hasil perkahwinan dengan anak Seri Nara Diraja mendapat dua anak iaitu
Raja Mahadewi dan Raja Cendana.
v Dari perkahwinannya dengan saudara Paduka Raja yang bongsu, lahir pula
Raja Hussein.
Hang Tuah
Dihukum Bunuh.
v Satu ketika kuda Sultan Mansur Syah jatuh ke dalam telaga tahi.
Beratus-ratus orang yang melihat peristiwa itu.
v Seorangpun tidak mahu turun. Lalu Hang Tuah Terjun kedalam telaga dan
menambat kuda dengan tali. Barulah kuda dapat ditarik naik ke atas.
v Hang Tuah telah dituduh bermukah dengan seorang dayang istana. Sultan
telah menyuruh Seri Nara Diraja menjalankan hukum bunuh.
v Bagaimanapun Seri Nara Diraja tidak menjalankan hukum itu sebaliknya
Hang Tuah telah dihantarkan ke dusunnya di hulu Melaka. Dipasungkan.
Perhubungan
Dengan Negeri China.
v Raja benua China telah menghantar utusan ke Melaka untuk menjalinkan hubungan
persahabatan.
v Dihantarkan juga hadiah seperti kain-kain sutera dan juga sebuah pilau
yang sarat dengan jarum.
v Jarum itu menunjukkan ramainya rakyat China. Sebagai balasan Tun
Perpatih Putih, adik bendahara Paduka Raja dihantar pula ke China. Dia membawa
sagu rendang sarat sekapal.
v Ragu rendang itu kononnya diambil sebiji seorang dari rakyat Melaka
lalu digelek-gelek. Raja China kagum dengan kebesaran negeri Melaka, lalu
berkenan untuk menjadikan raja Melaka sebagai menantunya.
v Untuk melihat Raja China, Tun Perpatih meminta dihidangkan sayur
kangkung yang dipotong panjang-panjang. Untuk makan dibimbit hujung kangkung
itu ke atas. Jadi dapatlah mereka melihat Raja China yang berada di atas kerusi
dalam mulut naga pada mungkur kacanya.
v Raja China meminta Sultan Mansur datang ke China bagi dikahwinkan
dengan puterinya. TPP menyatakan Sultan tidak dapat datang kerana ada
permusuhan. Jadi baginda bersetuju supaya puterinya itu dihantarkan ke Melaka.
Puteri Raja
China Ke Melaka.
v Raja China menghantarkan puterinya bernama Hang Liu ke Melaka. Puteri
itu bersama 500 dayang dan 500 pengiring lelaki telah diislamkan oleh Raja
Melaka. Puteri itu dikahwininya. Mereka disuruh diam di Bukit China.
v Bila Laksamana Lak Di Po ingin kembali ke negeri China, Menteri Jana
Putera dan Tun Telanai pula disuruh pergi ke negeri China. Dalam perjalanan
mereka terbias ke Brunai kerana ribut. Raja Brunai juga berkirim sembah ke
Melaka.
Kedal Kerana
Tulah.
v Selepas 2 hari menerima sembah raja Melaka, raja China telah didatangi
penyakit kedal anjing. Seluruh tubuhnya telah menjadi gatal-gatal.
v Beratus-ratus tabib cuba mengubati tetapi gagal. Sehinggalah seorang
tabib tua mengatakan penyakit itu berpunca dari menerima sembah raja Melaka.
v Utusanpun dihantar ke Melaka memohonkan air basuh kaki dari Raja
Melaka. Bila air itu diminum dan dibuat
basuh muka. Penyakit kedal itupun hilang.
v Dengan sebab itu Raja China bersumpah tidak lagi mahu disembah oleh
Raja Melaka. Begitu juga dengan keturunannya takut terkena tulah.
BAB 7 :
HANG JEBAT KESIANGAN DI ISTANA.
v Hang Jebat telah mengamuk di dalam istana raja. Ini menyebabkan Sultan
dan permaisuri terpaksa melarikan diri. Bila tiada seorangpun hulubalang yang
dapat membunuh Hang Jebat itu, raja mula terkenangkan Hang Tuah.
v Bila keadaan mengizinkan, Seri Nara Diraja pun menyembah dan
memberitahu bahawa Hang Tuah masih hidup di Hulu Melaka. Lalu Hang Tuah disuruh
ambilkan. Dia diampuni dan disuruh membuang arang di muka raja.
Pertarungan
Hang Tuah – Hang Jebat.
v Hang Tuah dengan segera ke istana bertikam dengan Hang Jebat. Dua tiga
kali kerisnya terlekat di dinding dan tiang.
v Dibenarkan oleh Hang Jebat untuk dicabut semula. Sekali keris Hang
Jebat terlekat, terus dia ditikam oleh Hang Tuah. Dengan tikaman kedua, Hang
Jebatpun meninggal dunia. Mayat Hang Jebat dibuang ke laut. Anak isterinya
diumbut.
v Rumahnya juga dibuang ke laut. Istana tempat Hang Jebat mati itu tidak
lagi mahu diduduki. Istana baru minta diperbuatkan. Istana baru sangat hebat.
Mempunyai 17 ruang dengan 40 buanh pintu berukir. Istana dinamakan orang
“Mahligai Hawa Nafsu”.
v Pangkat laksamana dikembalikan semula kepada laksamana. Dia didudukkan
sama taraf dengan Seri Bija Diraja dan dibenarkan memikul pedang kerajaan. Seri
Bija Diraja pula diberikan daerah Sening Ujung.
Istana Sultan
Mansur Syah Terbakar.
v Dengan takdir Allah taala, istana yang baru siap itu telah terbakar.
Bagaimanapun banyak harta dapat diselamatkan.
v Akibat peristiwa ini, ramai pula orang-orang muda yang menerima
anugerah raja kerana menyelamatkan harta raja. Sebuah istana baru pula diminta
siapkan dalam masa sebulan.
v Bendahara telah membahagikan kerja-kerja membina istana ini kepada
pembesar-pembesar jajahannya. Dengan itu istana baru berjaya disiapkan. Bahkan
lebih baik dari istana yang terbakar itu.
Ramalan
Bendahara Paduka Raja.
v Seri Nara Diraja telah jatuh sakit. Dia memanggil Paduka Raja
memintakan Paduka Raja menguruskan anak-anaknya yang masih kecil.
v Lagipun mereka itu adalah anak-anak saudara Paduka Raja sendiri. Emas
sebanyak 5 buah candu peti diminta bahagi-bahagikan antara mereka. Anak-anak
SND itupun pindahlah ke rumah Paduka Raja. Pada Satu waktu subuh, Bendahara
telah melihat ada cahaya yang terpancar
dari kepala Tun Mutahir ke langit.
v Bendahara meramalkan bahawa Tun Mutahir akan dapat menjadi orang besar.
Bahkan lebih dari dirinya tetapi kebesaran itu tidak kekal lama.
v Bila Tun Tahir dan Tun Mutahir besar, mereka telah meminta emas yang
ditinggalkan oleh ayahnya. Bendahara tidak memberinya.
v Sebaliknya mereka diberikan 10 tahil emas untuk dibuat berniaga.
Setelah cukup setahun, kedua mereka itu datang untuk membayar hutang.
v Ini membuktikan yang mereka mampu menguruskan harta. Lalu emas itu dan
semua emas yang disimpan diberikan kepada mereka.
v Tun Tahir telah dilantik menjadi Bendahari menggantikan bapanya dan
bergelar Seri Nara Diraja, Tun Mutahir dijadikan Temenggung dan bergelar Ser
Maharaja. Tun Abdullah pula diberi gelar Seri Nara Wangsa.
Akibat Tiada
Menyembah Ke Melaka.
v Pemerintah Kampar yang bernama Maharaja Jaya tidak menyembah ke Melaka.
Jadi Sultan Mansurpun menitahkan satu angkatan pergi menyerang ke Kampar dengan
diketuai oleh Seri Nara Diraja.
v Dibantu oleh Khoja Baba. Mereka telah berjaya mengalahkan Kampar.
Maharaja Jaya dan mangkubuminya yang bernama Tun Demang telah terbunuh.
v Negeri Kampar diserahkan kepada Seri Nara Diraja dan dia telah melantik
seorang adipatinya ke sana.
Sesudah
Kampar, Siak Pula.
v Pemerintah Negeri Siak bernama Maharaja Parameswara juga tidak mahu
menyembah ke Melaka.
v Sultan Mansur memerintahkan Seri Udana untuk menyerang Siak bersama
angkatannya. Mereka telah berjaya membunh Maharaja Parameswara.
v Anaknya yang bernama Megat Kudu dan Tun Jana Pakibul ditawan dan di
bawa balik ke Melaka. Megat Kudu telah dikahwinkan oleh Sultan Mansur dengan
puterinya yang bernama Raja Mahadewi.
v Dia dirajakan semula di Siak dengan gelaran Sultan Ibrahim. Tun Jana
dilantik sebagai Mangkubuminya.
Ditolak Bumi
Melaka.
v Raja Muhammad yang bakal menggantikan ayahnya Sultan Mansur telah
menyebabkan Tun Besar, anak Paduka Raja meninggal dunia.
v Anak-anak buah Paduka Raja mahu menderhaka untuk membalas dendam.
Bendahara menentang hasrat tersebut tetapi bersumpah tidak mahu berajakan Raja
Muhamad.
v Akibatnya Sultan Mansur telah menghantar Raja Muhammad untuk beraja di
Pahang. Bergelar Sultan Muhammad Syah.
v aja Muhammad telah berkahwin dengan Mengindera Puteri, cucu Sultan
Iskandar, Sultan Kelantan. Mendapat tiga orang anak iaitu Raja Ahmad, Raja
Jamil dan Raja Mahmud.
Juara Catur.
v Ialah Tun Bahara, orang pasai yang datang ke Melaka. Tiada siapa yang
dapat menandinginya.
v Bermain tanpa berfikir, sambil bersyair, berbait, bergurindam dan
berseloka. Cuma yang dapat sedikit menandinginya ialah Tun Pikrama, anak
Bendahara Paduka Raja.
Disuruh Merompak
Ke Ujung Tanah.
v Raja di negeri Meluluki, Makasar bernama Keraeng Majiko beristerikan
anak Keraeng di Tandering Jikamak tujuh saudara. Anak dari puteri yang tua
bernama Semerluki.
v Apabila dewasa, Semerluki telah berahikan emak saudaranya yang bongsu.
Ayahnya mengetahui hasrat Semerluki itu dan menyuruhnya pergi merompak ke Ujung
Tanah (wilayah Melaka) untuk mendapatkan perempuan-perempuan yang cantik.
v Jadi Semerluki telah pergi merompak ke pulau Jawa, wilayah taklukan
Siam, Melaka dan juga Pasai. Di Melaka dia ditentang oleh angkatan Laksamana
Hang Tuah dan di Pasai oleh Orang Kaya Kenayan. Jawa dan Siam berjaya
dialahkannya tetapi dia gagal di Melaka dan juga Pasai.
Kitab Duri’l
Mazlum.
v Maulana Abu Ishak adalah seorang ulama tasawuf di Mekah. Beliau
mengarang kitab Duri’l Mazlum.
v Beliau telah menyuruh anak muridnya yang bernama Maulana Abu Bakar
supaya menyebarkan isi kitab itu ke Melaka. Di Melaka, Maulana Abu Bakar
dimuliakan oleh Sultan Mansur yang turut berguru dengannya.
v Kadi Melaka iaitu Kadi Yusuf pada mulanya tidak mahu berguru dengan
Maulana Abu Bakar tetapi selepas dia terpandangkan maulana itu yang dipenuhi
cahaya seperti sumbu dian, maka diapun turut berguru sama. Malah dia telah
meletak jawatan kadi dan digantikan anaknya Kadi Munawar.
v Orang-orang Melaka dan Pasai pada masa itu sangat minat untuk belajar
ilmu agama. Kitab Duri’l Mazlum dapat diberikan makna (terjemahan) oleh Makhdum
Patakan, orang Pasai.
v Sultan Mansur juga pernah bertanyakan kemusykilan agama kepada Makhdum
Mua di Pasai itu.Tentang kekal atau tidaknya penghuni Syurga dan Neraka.
BAB 8 :
RAJA CEMPA DAN ZURIATNYA.
v Raja Campa telah memperolehi seorang budak dari mayang pinang dan
diberi nama Pau Gelang.
v Dia dikahwinkan dengan Pau Bania. Pau Gama dari keturunanannya telah
datang mengadap ke Majapahit. Dia dikahwinkan dengan Raden Galuh Ajeng.
v Anaknya dinamakan Raja Jakanak. Pada masa Pau Cin memerintah telah
berlaku perang antara Cempa dengan Kuci. Raja Kuci telah merasuah Penghulu
Bendahari menyebabkan Cempa dapat dikalahkan.
v Dua orang anak raja Cempa iaitu Syah Indera Berma dan Syah Pau Ling
telah pergi ke Melaka dan Aceh. Syah Indera Berma telah memeluk agama Islam.
Dia dijadikan menteri di Melaka oleh Sultan Mansur Syah.
Gema Peristiwa
Rampas Kuasa Di Pasai.
v Pemerintah Pasai bernama Sultan Zainal Abidin. Saudaranya telah
merampas kuasa. Dia lari ke Melaka.
v Sultan telah menyuruh Bendahara Paduka Raja, Seri Bija Diraja dan
Laksamana serta 2 laksa tentera pergi merajakan semula Sultan Zainal Abidin.
Setelah beberapa kali perang, Sultan Zainul Abidin berjaya ditabalkan semula.
v Dia enggan menyembah ke Melaka. Belumpun angkatan Melaka sampai ke
Melaka , sultan itu berjaya dikalahkan semula. Laksamana cadangkan supaya
angkata berpatah balik untuk merajakan semula Sultan Zainal abidin tetapi
Bendahara enggan.
v Bila kembali ke Melaka, Bendahara telah dimurkai Sultan.
v Bila ditanya Sultan, Laksamana telah menyatakan keburukan Bendahara
semasa di Pasai sedangkan bila Bendahara dipanggil, dia telah memuji-muji
laksamana. Ini menyebabkan laksamana malu sendiri.
v Dia segera pergi ke rumah bendahara dan menyembah, meniarap di kaki
bendahara.
Wasiat Sultan
Mansur Syah.
v Hasrat Sultan Mansur Syah mahu melantik Raden Kelang, anakanda baginda
dengan Raden Galuh Cendera Kirana menggantikannya, Malangnya Raden Kelang mati
terbunuh oleh orang mengamuk.
v Paduka Mimat, anakanda baginda dengan Puteri Hang Liu juga sudah
meninggal. Saudaranya Paduka Seri Cina dirajakan di Jeram, hampir Langat. Bila
SMS hampir meninggal dia mewasiatkan agar Raja Ahmad atau nama timangannya Raja
Hussain dilantik menjadi sultan.
v Pesan baginda pada Raja Hussain ;
o
Dunia tidak kekal, setiap yang
hidup akan mati.
o
Iman yang sempurna dan pekerti
yang baik akan kekal disebut orang.
o
Hendaklah adil.
o
Jangan mengambil hak orang tanpa
izin.
o
Jangan lalai dari tugas (dihadap
orang).
o
Setiap kesukaran atau kesakitan
hendaklah ditolong.
o
Setiap yang teraniaya disiasat.
o
Muafakat dengan menteri dan orang
besar.
o
Patuh pada wasiat supaya dapat
berkat.
Pemerintahan
Sultan Alau’d-Din Riayat Syah.
v Sultan Alauddin beristeri dua orang. Isteri pertama ada 2 anak iaitu
Raja Menawar dan Raja Zainal. Isteri kedua ada 3 anak iaitu Raja Hitam, Raja
Muhammad dan Raja Zainal.
v Dalam negeri banyak berlaku kes kecurian. Bagi mengatasi masalah,
baginda sendiri telah keluar meronda bersama Hang Isap dan Hang Ishak, penjawat
sirih santap baginda.
v Terjumpalah dengan 5 orang pencuri sedang mengusung peti. Diusirnya
pencuri itu. Dia berjaya membunuh 2 orang dan Hang Isap membunuh seorang, 2
orang lagi berjaya melarikan diri. Setelah itu ia kembali ke istana.
Langkah Membasmi
Pencuri.
v Setelah Temenggung mendengar Sultan sendiri keluar meronda bersama Hang
Isap dan Hang Ishak, dia mulai mengeraskan kawalan.
v Sesiapa yang dijumpai berjalan malam dibunuhnya. Membuatkan pencurian
berjaya dibenteras. Sebuah balai dibina di simpang empat di tengah negeri.
v Seorang penghulu ditugaskan berkawal di situ. Sesiapa yang menjumpai
harta orang hendaklah dipulangkan kalau tidak tangannya akan dikerat.
v Setiap barang yang dijumpai dihantarkan ke balai.
Akibat Salam
Dibacakan Sembah.
v Maharaja Diraja, raja Haru telah
mengutuskan Raja Pahlawan ke Pasai. Surat Maharaja Diraja yang berkirim salam
dikatakan berkirim sembah oleh khatib yang bertugas.
v Bila teguran tidak diendahkan, Raja Pahlawan telah mengamuk. Ramai
rakyat Pasai terbunuh. Raja Pahlawan dan rombongannya juga ramai terbunuh.
Mulai kes itu, Haru bermusuhan dengan Pasai.
v Maharaja Diraja telah menyuruh pahlawannya yang bernama Seri Indera
mengamuk dalam jajahan Pasai. Seri Indera terlanjur hingga ke jajahan Melaka.
v Sultan Alaudin telah menitahkan Paduka Tuan, Laksamana Hang Tuah dan
Seri Bija Diraja menyekat amukan Haru. Orang Haru kalah dan mengundurkan diri.
Mia Ruzul
Dengan Kambing Randuk.
v Mia Ruzul adalah seorang keling yang turut serta dalam angkatan perang
Melaka. Dia telah ke darat untuk buang air besar.
v Terpandangkan seekor kambing disangkanya orang tua Haru yang
mengintainya. Bila disergah kambing itu melawan, akibatnya Mia Ruzul lari
lintang pukang.
v Bila disiasat ternyata hanyalah seekor kambing. Semua orang ketawa dan
marahkan Miz Ruzul.
v Peperangan berlaku lagi antara orang Melaka dengan orang Haru di
Pengkalan Dungun. Orang Haru telah minta diadakan perdamaian dan diterima oleh
Paduka Tuan.
v Tidak lama selepas kembali ke Melaka, Seri Bija Diraja telah meninggal
dunia dan dia digantikan oleh anaknya T un Kerunta. Juga bergelar Seri Bija
Diraja. Seorang lagi anaknya bergelar Tun Bija Diraja.
Ketiganya Sama
Gagah.
v Raja Maluku telah lari ke Melaka bila negerinya dikalahkan oleh
Kastilan. Dia sangat pandai bermain sepak raga. Ditimangnya 100 – 200 kali
barulah diberikan kepada orang lain.
v Dia juga sangat gagah, Umbi pokok kelapa diparangnya hingga putus.
Begitu juga Telanai Terengganu dan Sultan Alaudin. Telanai Terengganu melembing
pokok kelapa tembus ke sebelah. Sultan Alaudin pula gagah memanah.
v Telanai Terengganu yang pergi mengadap ke Melaka tanpa memberitahu ke
Pahang telah menimbulkan kemurkaan Sultan Muhammad (Pahang).
v Baginda telah mengarahkan Seri Akar Diraja pergi membunuh Telanai
Terengganu. Telanai Terengganu mati terbunuh, anak-anak cucunya habis lari ke
Melaka.
v Sultan Melaka pada mulanya ingin menyerang Pahang tetapi atas nasihat
Bendahara, Laksamana Hang Tuah sahaja dihantar ke sana.
Gema
Pembunuhan Telanai Terengganu.
v Di Pahang, Hang Tuah telah menyuruh orangnya membunuh saudara sepupu
Seri Akar Diraja.
v Bila orang yang membunuh itu ditangkap, Hang Tuah tidak membenarkan
diambil sebarang tindakan kerana katanya, Seri Akar Diraja juga ada salahnya
dengan Sultan Melaka iaitu membunuh Telanai Terengganu tanpa memberitahu ke
Melaka.
v Sultan Muhammad mengatakan Telanai Terengganu dibunuh kerana katanya
Telanai Terengganu biadab dengan mengatakan negeri Melaka itu terletak di bawah
kelangkangannya.
BAB 9:
MEMBUNUH TANPA MEMBERITAHU KE MELAKA.
v Sultan Ibrahim telah menyuruh Tun Jana Pakibul membunuh seorang pesalah
di Siak. Hal ini diketahui ke Melaka. Hang Tuah
telah diarah untuk pergi ke Siak.
v Tun Jana Pakibul dimarahinya dalam majlis Sultan Ibrahim. Sultan dan
Tun Jana Pakibul terdiam. Bila Hang Tuah mahu pulang ke Melaka, Sultan Ibrahim
telah berkirim surat memohon kemaafan dari Sultan Alaudin.
v Pada masa itu, tidak dibenarkan hukuman bunuh dalam taklukan Melaka
melainkan dengan pengetahuan Sultan Melaka.
v Seorang anak Sultan Alaudin yang bernama Raja Menawar telah dirajakan
di Kampar. Bila Sultan Alaudin mangkat, tempatnya digantikan oleh Raja Mamad.
v Pada masa itu Raja Mamad masih lagi seorang kanak-kanak. Wasiatnya
supaya Raja Mamad menggantikannya disampaikan di hadapan Bendahara Paduka Raja,
Kadi, Paduka Tuan, Seri Nara Diraja, Temenggung dan Laksamana Hang Tuah.
Pemerintahan
Sultan Mahmud Syah.
v Kepada Raja Mamad, Sultan Alaudin berpesan supaya :
-
Banyak bersabar.
-
Memaafkan kesalahan hamba sahaya.
-
Utamakan pekerjaan akhirat dari
kerja dunia.
-
Berserah diri atau bertawakkal
kepada Allah.
-
Jangan mengaibkan pesalah, kalau
perlu bunuh, boleh dibunuh.
-
Patuh pada wasiat supaya dapat
berkat Allah.
v Setelah berwasiat kepada Raja Mamad, Sultan Alaudin pun mangkat. Baginda
digantikan oleh Raja Mamad dengan gelaran Sultan Mahmud Syah.
v Sekali peristiwa Sultan Mahmud sakit perut buang-buang air. Terpaksalah
Bendahara Paduka Raja dan Laksamana mengasuhnya.
v Bendahara membasuh beras, Laksamana memasaknya. Bila masak bendahara
yang menyuapkan. Bila buang air, Laksamana membasuhnya. Nenda baginda yang
bergelar Raja Tua telah datang untuk melihat Sultan Mahmud.
v Dia tidak dibenarkan hampir oleh bendahara. Ini kerana dia lebih
kasihkan Raja Menawar dan dia bercadang untuk membunuh Sultan Mahmud dengan
menindihnya sambil pura-pura menangis. Rancangannya tidak berjaya.
Bendahara
Paduka raja dengan Laksamana.
v Setelah sembuh dari sakit, Sultan Mahmud menganugerahkan Bendahara dan
Laksamana akan usungan.
v Laksamana menggunakannya tetapi bendahara tidak. Bila anak-anak buahnya
mengomen, Bendahara mengatakan dia tidak mahu dipandang sama taraf atau lebih
mulia dari Raja.
v Bendahara juga selalu memberikan apa-apa hadiah istimewa yang
diterimanya kepada laksamana seperti perahu, gajah, kuda atau alat senjata.
Alasannya supaya Laksamana dapat memanfaatkan alat-alat itu untuk negara.
Wasiat
Bendahara Paduka Raja.
v Bila bendahara jatuh sakit, dia mengumpulkan semua anak cucunya. Untuk
mereka dia berwasiat. Nasihatnya kepada Tun Mutahir, Tun Zainal Abidin, Seri
Nara Diraja Tun Tahir, Tun Pauh dan juga Tun Isap. Sultan Mahmud juga datang
menziarahi Bendahara.
v Setelah Bendahara Paduka Raja meninggal dunia dia digantikan oleh
saudaranya yang bernama Tun Perpatih Putih. Bergelar Bendahara Putih. Bendahara
ini sangat boros. Jikalau lilin panjang sejengkal dibuangnya kerana dianggapnya
puntung.
Nyaris Lembing
Diterbangkan Ke Dada.
v Sultan Mahmud telah berlaku curang dengan isteri Tun Biajid ketika Tun
Biajid pergi ke Merba. Semasa mahu pulang di waktu dinihari, dia terserempak
dengan Tun Biajid.
v Tun Biajid hampir melembing Sultan Mahmud kalaulah tidak dingatnya yang
Sultan Mahmud adalah tuannya. Isterinya itu diceraikan. Sebagai ganti, Sultan
memberikannya seorang gundik baginda yang bernama Tun Iram Sendari.
v Pada satu malam, Sultan Mahmud pergi ke rumah Tun Dewi, Di sana di
dapati telahpun ada Tun Ali Sandang. Dia memberikan sirih dalam puan kepada Tun
Isap sebagai isyarat supaya Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang itu.
Peristiwa
Pembunuhan Tun Ali Sandang.
v Setelah menerima sirih, Tun Isappun pergi membunuh Tun Ali Sandang.
Seri Wak Raja (anak bongsu Bendahara Paduka Raja) sangat marah, dia mahu Tun
Isap dibunuh tetapi Sultan Mahmud arahkan Tun Isap berlepas diri.
v Tun Isap lari membawa diri ke merata tempat termasuklah ke Pasai, Haru
dan Brunai. Akhirnya dia kembali ke Melaka. Bila pulang Sultan menyuruhnya
pergi mohon maaf dengan Seri Wak Raja tetapi Tun Isap dibunuh sebaik dia sampai
ketika Seri Wak Raja masih lagi di atas gajah.
v Pada waktu terdapat 4 orang yang sangat dikasihi oleh Sultan iaitu Seri
Wak Raja sendiri, Tun Umar, Hang Isa pantas dan Hang Hussin Cengang. Baginda
berjanji akan menunaikan apa sahaja permintaan mereka.
v Bagaimanapun bila Seri Wak Raja memohon jadi panglima gajah, tidak
ditunaikan kerana Seri Rama masih hidup. Tun Umar mohon jadi raja di laut
itupun tidak ditunaikan kerana Laksamana masih hidup.
v Permintaan Hang Isa mahukan emas dan kain baju, segera ditunaikan. Hang
Hussin pula mohonkan kerbau 15 kelamin dan hamba 50 orang. Segera juga
ditunaikan.
Telatah
orang-orang yang dikasihi raja.
v Seri Wak Raja sendiri bila dipanggil oleh raja, sengaja dia
melewat-lewatkannya. Kecuali bila Tun Isap yang datang kerana Tun Isap akan
meminta pelbagai perkara sambil menantikan Seri Wak Raja siap.
v Sebenarnya Seri Wak Raja adalah sangat mahir tentang gajah dan kuda.
Kerana kemahirannya itu dia berjaya mengahwini anak Kadi Menawar. Hang Isa
Pantas pula mahir dalam permainan layang-layang.
v Layang-layang Raja Ahmad yang besarpun putus apabila bergesel dengan
layang-layangnya. Hang Hussain pantas pula seorang yang kuat makan.
v Sultan Mahmud seorang yang cepat marah. Dia telah mengarahkan supaya
Seri Bija Diraja dibunuh kerana Seri Bija Diraja tidak datang mengadapnya pada
hari raya.
v Sultan Mahmud sendiri tidak dilayan oleh Maulana Yusuf kerana dia
datang untuk belajar tetapi sebagai Yang Dipertuan. Dia hanya dilayan bila
datang sebagai fakir Mahmud.
Manjong Dan
Kelantan Diserang.
v Sultan Mahmud menitahkan Paduka Tuan untuk menyerang Manjong kerana
Manjong bermusuh-musuhan dengan Beruas.
v Beruas adalah jajahan Melaka. Paduka Tuan berjaya mengalahkan Manjong.
Seri Maharaja pula dititahkan menyerang Kelantan.
v Kelantan juga berjaya dikalahkan. 3 orang puteri raja Kelantan ditawan
dan dibawa balik ke Melaka. Puteri Onang Kinang diperisterikan baginda.
BAB 10 :
TUN MUTAHIR DIJADIKAN BENDAHARA.
v Setelah Bendahara Putih meninggal terdapat 9 orang yang layak untuk
dilantik sebagai bendahara.
v Bonda Sultan Mahmud adalah saudara Tun Mutahir. Dia telah mempengaruhi
Sultan Mahmud agar melantik saudaranya itu sebagai Bendahara.
v Beliau bergelar Bendahara Seri Maharaja. Satu perangainya yang buruk
ialah belaiu seorang yang kuat bergaya. Dalam sehari enam tujuh pasang
persalinannya.
v Bagaimanapun setelah beliau menjadi Bendahara, Negeri Melaka semakin
makmur.
Titisan
keturunan Bendahara Seri Maharaja.
v Anak Bendahara Seri Maharaja sangat ramai. Anaknya yang sulung ialah
Tun Hassan Temenggung.
v Anaknya Tun Biajid Rupat bergelar Seri Petam. Seri Nara Diraja iaitu
kakak Bendahara Seri Maharaja pula dilantik sebagai Penghulu Bendahari.
v Mempunyai 5 orang anak. Tun Abdul, adik Bendahara Seri Maharaja pula
bergelar Seri Nara Wangsa.
Peristiwa
Patih Adam dengan Tun Minda.
v Patih Adam adalah Pangeran Surabaya, dia telah bertamu ke rumah Seri
Nara Diraja. Tun Minda yang masih kecil dan baru tahu berlari-lari telah
berlari-lari di depan Patih Adam.
v Seri Nara Diraja sambil bergurau mengatakan Tun Minda berkata mahu
berlakikan Patih Adam.Setelah Tun Minda besar, Patih Adam telah datang semula
ke Melaka bersama 40 peria untuk menuntut janji Seri Nara Diraja.
v Pada mulanya Seri Nara Diraja tidak bersetuju. Pateh Adam menjalankan
helah untuk menangkap Tun Minda di rumahnya. Setelah pengawal dirasuah dapatlah
dia masuk dan menangkap Tun Minda. Tun Minda diikat dan dia sendiri menindih
peha Tun Minda.
v Setelah semua pengikutnya mati terbunuh, Tun Minda tidak dilepaskan.
Akhirnya dapatlah dia mengahwini Tun Minda dan kembali ke Surabaya.
Meminang “Puteri
Gunung Ledang”.
v Setelah Bonda Raja Ahmad meninggal, Sultan Mahmud ingin kahwin lagi.
Beliau berhajat untuk mengahwini Puteri Gunung Ledang. Laksamana dan Sang Setia
disuruh meminang.
v Tun Mamad penghulu orang Inderagiri juga ikut serta. Setelah sampai
separuh gunung, Laksamana dan Sang Setia disuruh berhenti.
v Tun Mamat telah naik dengan 2 orang lain. Bila sampai di had buluh
perindu, beliau telah berjumpa seorang perempuan tua dalam sebuah taman.
v Beliau mengaku bernama Dang raya Rani iaitu pengetua Puteri Gunung
Ledang.Tun Mamad telah menyatakan hajat Sultan Mahmod. Tidak lama kemudian
muncul seorang tua yang lain.
v Dia memberitahu syarat Tuan Puteri Gunung Ledang untuk menerima
pinangan Sultan Mahmud iaitu baginda dikehendaki membina jambatan emas dan
perak ke gunung Ledang dari Melaka, hati nyamuk 7 dulang, Hati kuman 7 dulang,
air mata setempayan, air pinang muda setempayan dan darah anak raja semangkuk.
v Bila syarat-syarat ini dinyatakan kepada Sultan Mahmud belaiu mengaku
dapat menyediakan semua permintaan kecuali darah Raja Ahmad yang semangkuk itu.
Tepuk
Berbalas, Alang Berjawat.
v Sultan Nara Singa, raja Inderagiri dijadikan menantu Sultan Mahmud.
Setelah bernikah dia tidak dibenarkan balik ke Inderagiri.
v Bila dapat kesempatan balik, Inderagiri telah diperintah oleh Maharaja
Isap. Bila Sultan Nara Singa balik, Maharaja Isap lari ke Lingga. Dijadikan
menantu Raja Lingga dan kemudian menggantikan mertuanya sebagai raja Lingga.
v Semasa Maharaja Isap datang mengadap ke Melaka, Sultan Nara Singa telah
menyerang Lingga.
v Sebaliknya bila Sultan Nara Singa mengadap ke Melaka, Maharaja Isap
pula menyerang Inderagiri dan lekas-lekas dia ke Melaka. Di Melaka, mereka
didamaikan oleh Sultan Mahmud.
Hang Nadim
dititahkan ke Benua Keling.
v Hang Nadim, menantu Laksamana Hang Tuah, telah dititahkan ke Benua Keling untuk
membeli kain batik. 40 bagai, satu bagai 40 helai, 1 helai 40 jenis bunga.
v Beliau pergi dengan kapal Hang Isap. Cuma 2 orang pelukis sahaja yang
mampu menyediakan corak kain yang dikehendaki oleh Hang Nadim itu. Setelah kain
batik siap, Hang Nadim segera bersiap untuk pulang.
v Malangnya Hang Isap telah berkelahi dengan seorang peniaga saiyid. Hang
Isap didakwa tidak menjelaskan semua bayarannya dan dia mengatakan kepada
Saiyid itu sebagai “wali pelir”.
v Kerana marah dia bersumpah bahawa Hang Isap akan karam dalam perjalanan
pulang nanti. Sumpahnya menjadi kenyataan bila kapal Hang Isap telah karam
dipukul ribut.
v Bagaimanapun Hang Nadim berjaya menyelamatkan diri ke Pulau Selon. Dia
berjaya pulang ke Melaka dengan membawa kain 4 helai sahaja. Sultan murka
dengannya.
v Laksamana Hang Tuah telah meninggal dunia, dikebumikan di Tanjung
Keling. Dia digantikan oleh menantunya iaitu Laksamana Khoja Hassan.
BAB 11 :
SERI WAK RAJA DENGAN GAJAH PAHANG.
v Setelah Sultan Muhammad, raja Pahang yang pertama meninggal.
v Beliau digantikan oleh anak sulungnya yang bernama Abdul Jamal.
v Abdul Jamal menghantar utusan ke Melaka minta ditabalkan. Sultan Mahmud
telah menghantar Seri Wak Raja ke Pahang bagi menabalkan Abdul Jamal dengan
gelaran Sultan Abdul Jamal.
v Di Pahang, ilmu Seri Wak Raja dan anaknya Tun Umar mengenai gajah
teruji. Bagaimanapun mereka berjaya.
Peri Cantiknya
Paras Anak Bendahara Pahang.
v Seri Wak raja telah pulang ke Melaka dan menceritakan tentang cantiknya
paras anak Bendahara Pahang yang bernama Tun Teja Ratna Benggala.
v Ini membuatkan Sultan Mahmud berahikannya. Baginda bersumpah, sesiapa
yang dapat mendatangkan Tun Teja akan diberikan hadiah yang besar, sekalipun
dia meminta sekerat daripada negeri Melaka.
v Berita ini didengar Hang Nadim. Untuk menebus dosanya, beliau segera ke
Pahang.
Tun Teja
Dilarikan Ke Melaka.
v Hang Nadim telah berbuat baik dengan seorang perempuan tua, tukang
pelulut dan juga dengan Nakhoda Saiyid Ahmad.
v Dengan bantuan mereka, Hang Nadim berjaya melarikan Tun Teja ke Melaka.
Pertempuran Di
Laut Pulau Keban.
v Sebaik Sultan Abdul Jamal, mendengar tunangannya dilarikan Hang Nadim,
Dia segera mengejar.
v Hang Nadim diserang oleh angkatan Sultan Abdul Jamal. Bagaimanapun dia
berjaya melepaskan diri ke Melaka. Sultan Melaka sangat gembira.
v Hang Nadim dihadiahkan emas dan perak yang tidak terkira. Saiyid Ahmad
dijadikan bentara. Hang Nadim sendiri dianugerahkan Puteri Cau Pauk, anak raja
Kelantan.
Gajah Sultan
Pahang Pula Dilarikan.
v Sekembalinya Sultan Abdul Jamal ke istana, dia sangat marah, dengan
menunggang gajahnya yang bernama Ai Kening dilanggarnya balairung istananya
sendiri.
v Kononnya begitulah dia akan melanggar istana Melaka. Khabar ini
didengar oleh Sultan Mahmud di Melaka. Disuruhnya pula curi gajah tersebut.
v Laksamana Khoja Hassan telah pergi ke Pahang. Dengan tipu
helahnya, Ai Kening telah berjaya
dilarikan ke Melaka.
Bersyaikh diri
di Lubuk Pelang.
v Sultan Abdul Jamal dengan segera memerintahkan panglima Pahang mengejar
Laksamana Khoja Hassan.
v Mereka diketuai oleh Seri Akar Raja. Bagaimanapun usaha mereka gagal.
Sultan Abdul Jamal telah turun takhta dan membawa diri bersyaik di Lubuk
Pelang.
v Anakanda baginda bergelar Sultan Mansur Syah dirajakan.
Rahsia
pembunuhan Raja Zainal.
v Dia adalah saudara Sultan Mahmud sendiri. Kecantikannya tiada tara pada
waktu itu. Dia menjadi kegilaan orang-orang perempun di Melaka.
v Bila dia berkuda, habislah gempar sekalian orang perempuan mahu
melihatnya. Berebutan mereka mahu memberikan hadiah kepadanya.
v Mendengar hal ini, Sultan Mahmud murka dan secara senyap-senyap dia
telah menyuruh Hang Berkat pergi membunuh Raja Zainal.
v Hebohlah orang mengatakan Raja Zainal telah mati dibunuh oleh pencuri.
Hang Berkat dianggap saudara oleh Sultan dan dia diberikan gelar Sang Sura.
Sultan Mahmud
Syah Serba Salah.
v Satu hari isteri Sang Sura telah berzina dengan Sang Guna. Sang Sura
mahu Sang Guna dibunuh. Akibatnya sultan serba salah kerana Sang Guna adalah
tukang keris istana yang mahir.
v Bagaimanapun Sang Guna telah dihukum berkurung dalam rumah. Untuk
berdiri di muka pintupun tidak dibenarkan. Tidak dibenarkan ke mana-mana.
v Akhirnya Sang Guna minta dikat dan diserahkan kepada Sang Sura supaya
dibunuhnya sekali.
BAB 12 :
RAJA LEGOR GAGAL MENYERANG PAHANG.
v Raja Legor yang bernama Maharaja Dewa Sura telah dititahkan oleh Raja
Siam untuk menyerang Pahang.
v Berita ini didengar ke Melaka. Setelah bermesyuarat, Sultan Mahmud
telah bersetuju menghantar tentera Melaka bagi membantu Pahang.
v Bendahara Seri Maharaja telah diarahkan ke sana. Dia juga meminta
Laksamana turut sama. Dengan bantuan Melaka, Pahang tidak berjaya ditewaskan
oleh Legor.
Biadap Di
Hadapan Bendahara.
v Seorang pembesar bernamaTun Perpatih Hitam, dia mempunyai seorang anak
bernama Tun Hussin.
v Dia pernah bersumpah akan mengamuk sekiranya bapanya dibicarakan orang.
Satu kali bapanya itu dipanggil bicara di hadapan Bendahara kerana berselisih
faham dengan seorang dagang.
v Pada masa perbicaraan itu berlansung, Tun Hussin telah datang. Melihat
kedatangan anaknya itu, Tun Perpatih hitam telah menguis tikar dihdapan
Bendahara.
v Perlakuan ini dianggap biadab oleh Laksamana dan dia segera dibunuh.
Tun Hussin yang mahu mengamuk juga dibunuh. Laksamana segera melapurkan pada
Sultan dan Sultan bersetuju dengan tindakan Laksamana itu.
Zuriat
Laksamana Hang Tuah.
v Laksamana mempunyai 2 orang isteri. Isteri pertama iaitu saudara Seri
Bija Diraja Datuk Bongkok ada 3 anak iaitu Tun Sirah (Isteri temenggung Khoja Hussin),
Tun Biajid dan Tun Daerah (isteri Sultan Mahmud).
v Dengan isterinya yang kedua dari keluarga Bendahara Paduka Raja ada 2
orang anak iaitu Sang Guna dan Tun Emas Jiwa (Isteri Hang Nadim).
Raja Petani
dan Raja Kedah dinobatkan.
v Anak raja Siam Cau Seri Bangsa telah menyerang Kota Mahligai yang
diperintah oleh Raja Sulaiman Syah.
v Dia berjanji kiranya dia berjaya, dia akan memeluk agama Islam. Takdir
Allah dia menang. Diapun memeluk Islam. Mendirikan kota di Petani.
v Dia meminta dinobatkan oleh Melaka. Melaka telah menobatkannya dengan
gelaran Sultan Seri Ahmad Syah. Raja Kedah juga telah ke Melaka untuk
dinobatkan. Beliau juga dinobatkan oleh Sultan Mahmud.
Kebesaran
Melaka Dan Kedatangan Poortugis.
v Penduduk negeri Melaka semakin ramai hingga mencapai 19 laksa ramainya.
v Ramai dagang yang datang termasuklah orang Portugis dari Goa, India.
Hairan orang Melaka melihat mereka dan dikatakan sebagai Benggali Putih.
v Setelah kembali ke India, dia membuat laporan kepada wizurainya di Goa
iaitu Alfonso d’ Albuquerque. Dengan segera dia memerintahkan tenteranya datang
menyerang Melaka.
v Penduduk Melaka pada masa itu kehairanan melihat peluru meriam.
Bagaimanapun angkatan Portugis berjaya dikalahkan. Alfonso mahu Melaka diserang
lagi tetapi Kapitan Mor melarang menyerang Melaka selagi Bendahara masih hidup.
v Alsonso bersumpah setelah dia turun dari menjadi wizurai , dia akan
datang menawan Melaka.
Makhdum
Dipersenda Muridnya.
v Satu ketika seorang pendita dari Jeddah telah datang ke Melaka, beliau
bernama Maulana Sadar Jahan. Sultan dan pembesar Melakapun berguru dengannya.
Ketika berada di rumah Bendahara, datanglah Seri Rama.
v Beliau baru kembali dari meminum arak di istana. Beliau memang seorang
yang kuat minum. Bila tiba di hadapan Makhdum, Makhdum telah memberitahunya
yang “Al-Khamru ummul al-khabaith” (Arak itu ibu segala najis).
v Seri Rama pula menjawab “AL-Hamku ummul Khabaith” (Hamak itu ibu segala
najis). Maksudnya dia telah memperli
Makhdum yang dikatakannya datang ke Melaka untuk mencari harta. Marahlah
Makhdum padanya.
v Tun Mai Ulat Bulu juga telah mempersendakan Makhdum. Puncanya dia
dikatakan keras lidah.
v Sebaliknya Tun Mai Ulat Bulu telah menyuruh Makhdum menyebutkan
perkataan seperti “kunyit, nyiru dan kucing”. Makhdum gagal menyebutnya. Tun
Mai Ulat bulu mengatakan ; begitulah halnya sendiri yang gagal untuk menyebut
huruf-huruf arab.
Bertanya satu
masalah agama ke Pasai.
v Orang Kaya Tun Muhammad dititahkan ke Pasai untuk bertanyakan masalah
agama tentang rezeki.
v Ada pendapat mengatakan ketetapan rezeki adalah sejak azali. Ada pula
mengatakannya tidak.
v Untuk menjawab masalah itu, raja telah menyuruh Tun Hassan
menyelesaikannya. Jawapan itu dipersetujui oleh Tun Muhammad. Selepas itu
diapun kembali ke Melaka.
BAB 13 :
TUN FATIMAH ANAK BENDAHARA SERI MAHARAJA.
v Kecantikan Tun Fatimah diumpamakan laut madu, bertasik susu dan
berpantaikan sakar (gula).
v Tun Fatimah ditunangkan dengan Tun Ali, anak Seri Nara Diraja,
sepupunya. Raja Di Baruh iaitu bapa saudara Sultan Mahmud menasihatkan supaya
perkahwinan ditangguhkan kerana Tun Fatimah itu sepatutnya ditunjukkan kepada
Sultan dulu, lagipun Permaisuri Tun Teja telah mati.
v Bendahara tidak endahkan nasihat itu. Pada hari perkahwinan Sultan
datang dan dia sangat tertarik dengan Tun Fatimah dan menuduh Bendahara sebagai
jahat. Sultan berdendam dengan Bendahara.
Kekayaan
Bendahara Seri Maharaja.
v Bendahara sangat kaya. Mempunyai simpanan emas sebanyak 6 bahara. Lebih
satu bahara dari kepunyaan Raja Mendaliar, Syahbandar Melaka. Anak-anak cucunya
diberikan emas, jikalau hilang diberinya yang lain.
v Kerbau pemeliharaannya di Kayu Ara juga banyak. Jikalau anak buahnya
pergi berburu tapi tidak dapat, maka kerbau dikandang itulah yang disembelih
mereka.
Tun Hassan
Temenggung Cuba Dibeli.
v Semua orang besar-besar datang ke rumah Ali Manu Nayan, seorang kaya di
Melaka. Mereka semua diberikan hadiah.
v Hanya Tun Hassan Temenggung saja yang tidak datang. Ali Manu Nayan
pernah menyatakan ; Kiranya Tun Hassan berdiri sahaja di hadapan kedainya, dia
akan memberikan 10 tahil emas.
Punca
Mencetuskan Sekejam-Kejam Hukuman.
v Nina Dewa Sura telah bertelingkah dengan Raja Mendaliar. Mereka pergi
berhukum pada Bendahara. Kerana hari telah petang, mereka disuruh datang
keesukan harinya.
v Malam itu, Nina Sewa Sura telah merasuahkan emas sebanyak sebahara
kepada Bendahara supaya dia menang dalam kesnya dengan Raja Mendaliar. Kitul,
seorang yang ada berhutang dengan Raja Mendaliar telah pergi memberitahu Raja
Mendaliar tentang perihal Nina Dewa Sura itu.
v Dikatakan Nina Dewa Sura merasuahkan emas 10 kati supaya Bendahara
membunuh Raja Mendaliar dan dikatakan bahawa Bendahara telah bersetuju.
v Segala hutang Kitul telah dihalalkan. Pada malam itu juga, Raja
Mendaliar telah pergi mengadu kepada Laksamana Khoja Hassan. Dirasuahnya dengan
emas sebahara disamping permata dan kain baju yang indah-indah.
v Dikatanya Bendahara mahu merampas takhta kerajaan. Bendahara telahpun
menempah takhta kerajaan, piu dan kaus emas. Kerana termakan pujuk, Laksamana
bersedia memberitahu raja.
Tamat Riwayat
Tiga Orang Besar Negara.
v Sebaik menerima aduan Laksamana, Sultan Mahmud telah mengarahkan Tun
Sura Diraja dan Tun Indera Segara pergi membunuh Bendahara.
v Tun Hassan Temenggung ingin menentang tapi dihalang oleh Bendahara. Tun
Hassan juga mahu membuang peti-peti emasnya, itupun dihalang oleh Sutan.
v Bendahara, Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung dan suami serta
sepupunya Tun Alipun dibunuh orang. Tun Abdul Karim, Tun Jenal dan Tun Fatimah
tidak dibunuh. Sebaliknya Tun Fatimah dijadikan isterinya.
v Bila kahwin, segala harta Bendahara dibawa ke dalam. Raja mendapati
tuduhan yang Raja mahu merampas takhta tidak benar kerana alatan seperti
takhta, piu dan kasut emas tidak ada.
v Sultan jadi menyesal. Kitul telah disula dan Raja Mendaliar dibunuh.
Harta Laksamana dirampas. Dia tidak dibunuh kerana Sultan pernah bersumpah
mengharamkam darah laksamana.
Bendahara
Paduka Tuan (Bendahara Tepok).
v Paduka Tuan iaitu anak Bendahara Paduka Raja telah dilantik menjadi
Bendahara.
v Dia sudah tua, giginya telah tanggal dan kakipun telah tepok. Bila
dinyatakan dia akan diangkat menjadi Bendahara, dia menolak tapi dipaksakan
juga oleh Sultan.
v Dia juga dikenali sebagai Bendahara Lubuk Batu. Seorang yang kuat makan
dan bila mahu berjalan sepasu minyak wangi digunakannya.
Tun Biajid
sasar.
v Dia adalah anak Bendahara Paduka Tuan. Sasar bahasa. Bila berjalan ke
pasar, diambilnya segala barang yang diperkanannya.
v Bendahara terpaksa menyuruh seseorang mengekori Tun Biajid dan membayar
harga barangan yang diambilnya.
v Tun Biajid telah dihadiahkan seekor gajah oleh ayahnya. Gajah ini
selalu dijual tapi ditebus semula oleh Bendahara.
v Bila dilihatnya gajah itu diambilnya semula konon gajah itu adalah
gajahnya.
v Tun Biajid pernah ditambat dan dhantar kepada Raja untuk dibunuh kerana
dia membunuh orang tetapi tidak dilaksanakan oleh Sultan.
Zuriat
bendahara Lubuk Batu.
v Anak Bendahara ramai antaranya ialah Tun Khoja Ahmad atau gelarnya Tun
Pikrama dan Tun Pauh.
v Anak Tun Khoja Ahmad bernama Tun Isap Berakah, dia menjadi Datuk
Bendahara Johor.
Sultan Mahmud
Membuang Kerajaan.
v Sejak diperisterikan Sultan Mahmud, Tun Fatimah tidak pernah senyum.
Dia sentiasa berdukacita. Sultan Mahmud juga sangat menyesal membunuh Bendahara
Seri Maharaja.
v Sultan Mahmud telah turun takhta dan diserahkan pada anaknya Sultan
Ahmad Syah. Baginda membawa diri ke Kayu Ara dengan ditemani oleh Sang Sura.
v Sultan Ahmad pula tidak kasih akan orang-orang besar. Dia hanya kasih
kepada beberapa orang tertentu sahaja seperti Tun Ali Hati, Tun Mai Ulat Bulu,
Tun Muhammad Unta, Tun Ali Berudu dan Tun Ali Kenyal.
v Orang-orang muda tiga empat belas orang dan hamba raja dua tiga puluh
orang. Itulah sahaja teman-temannya.
v Tun Fatimah pula bila hamil dibuangkannya. Alasannya kerana pengganti
raja telah ada. Sultan Mahmud berjanji akan merajakan anaknya, barulah
kandungan itu dibelanya.
v Malangnya Tun Fatimah hanya mendapat anak perempuan iaitu Raja Putih
dan Raja Khatijah. Sultan Mahmud pula asyik belajar tasawuf dengan Makhdum
Sadar Jahan.
BAB 14 : DI
SAAT AKHIR KESULTANAN MELAYU MELAKA.
v Alfonso d’Albuquerque setelah turun daripada wizurai Goa telah kembali
ke Portugal meminta armada untuk menyerang Melala. Dari Goa dia telah menyerang
Melaka dengan 43 buah kapal.
v Cubaan pertama Alfonso dapat dipatahkan oleh Sultan Ahmad. Pada waktu
malam, dibacakan Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Hanafiah untuk
membangkitkan semangat perang.
v Dalam perang keesukan harinya, tangan sultan telah terluka.
Sultan Mahmud,
Sultan Ahmad berlepas diri.
v Akhirnya Portugis berjaya menewaskan angkatan Melaka. Sultan Ahmad,
Sultan Mahmud lari meinggalkan Melaka.
v Pada mulanya ke Muar dan seterusnya ke Pahang dan akhirnya ke Johor. Di
Johor berkota di Pekan Tua dan seterusnya ke Bintan.
v Perangai Sultan Ahmad yang tidak menghormati pembesar menyebabkan dia
akhirnya disuruh bunuh oleh Sultan Mahmud. Ditanamkan di Bukit Batu.
Melantik
Orang-Orang Besar Kerajaan.
v Sultan Ahmad digantikan dengan Sultan Muzaffar. Sultan Muzaffar masih
lagi kanak-kanak.
v Tun Khoja Ahmad anak Bendahara Lubuk Batu dijadikan Bendahara bergelar
Paduka Tuan. Tun Abu Ishak dijadiikan Perdana Menteri bergelar Seri Amar
Bangsa.
v Tun Hamzah anak Seri Nara Diraja dijadikanBendahari.Tun Abdul Karim dan
Tun Jenal juga diberikan gelar.
v Bila Laksamana Khoja Hasaan mati, dia ditanamkan di Bukit Pantar dan
digantikan pula oleh Hang Nadim.
Anak Raja
Bakal Kerajaan.
v Bila Tun Fatimah hamil dan melahirkan anak lelaki, Sultan Mahmud sangat
gembira.
v Anak itu dinamakan Raja Ali dengan timangannya Raja Kecil Besar.
Peterana dan permaidani Sultan Muzaffar diambil untuk digunakan oleh Raja Ali.
v Setelah genap 40 hari, acara pertabalan dijalankan. Raja Ali ditabalkan
sebagai Sultan Alaudin Riayat Syah dan digelar juga Sultan Muda.
Tun Ali Hati
lebih rela mati.
v Semasa kematian Sultan Ahmad, semua kawan-kawan Sultan Ahmad
dikumpulkan oleh Sultan Mahmud dan mereka diminta taat setia pada Sultan. Semua
orang lain datang kecuali Tun Ali Hati.
v Dia tidak datang dan minta dibunuh sahaja. Akhirnya dia dibunuh juga
oleh Sultan Mahmud.
Raja Abdullah
Ditawan Peringgi.
v Raja Abdullah adalah pemerintah Kampar.
v Saudara Sultan Mahmud. Bila Sultan Mahmud kalah, Raja Abdullah cuba
berbaik-baik dengan Portugis dengan harapan dia akan diangkat menjadi sultan
yang baru di Melaka.
v Belaiu telah ditangkap, dibawa ke Melaka dan seterusnya dibawa ke Goa.
Angkatan
Peringgi menyerang Bintan.
v Sultan sangat mengharapkan Temenggung Seri Udani turun berperang
menentang Portugis.
v Beliau hanya turun bila Portugis sudah di kuala, tanpa mengadap raja
dahulu. Terus ke Kota Kara.
v Berperang dengan Portugis di situ sehingga mati.
Pusaka Dari
Temenggung Seri Udani.
v Temenggung sebenarnya berkecil hati terhadap Sultan kerana tidak
memberikannya biaya.
v Hartanya yang disuratkan kepada raja hanyalah talam, periuk, belanga,
bokor, pinggan, mangkuk yang telah retak dan sumbing.
v Budak tiga orang iaitu Si Berkat, Si Lamat dan Si Tuakal. Bila Sultan
membaca surat Temenggung itu dia tertunduk sedih. \
v Baginda segera menyuruh menghantarkan satu persalinan kepada Temenggung
seperti pakaian anak raja-raja.
Membalas Kasih
Raja.
v Peringgi telah mengalahkan kota Kopak. Seri Nara Diraja berjaya membawa
Sultan Mahmud lari.
v Beliau berjumpa Seri Wak Raja. Dia ikut sama. Diajaknya Seri Wak Raja
membantu Raja dengan menyindir untuk membalas jasa Sultan Mahmud yang telah
membunuh saudara mereka berdua (Bendahara Seri Maha Raja dan Seri Nara Diraja).
v Ini membuatkan Sultan bersedih. Untuk mendapatkan makanan, Seri Wak
Raja terpaksa menyamun, mencuri nasi yang sedang ditanak oleh seorang
perempuan.
Dari Bintan
pindah ke Kampar.
v Setelah Peringgi balik ke Melaka, Sultan dan rombongannya pergi ke
Kampar.
v Di sana beliau terkejut mendengar berita Raja Abdullah yang ditangkap
Portugis itu.
v Sultan menduduki istana Raja Abdullah. Malangnya permaisuri telah
meninggal dunia di Kampar. 40 hari Sultan tiada nobat.
Masalah Tiada
Mempunyai Putera Lelaki.
v Raja Pahang iaitu Sultan Mansur Syah (Anak Sultan Abdul Jamal) tidak
mempunyai anak lelaki.
v Satu ketika, Raja Muhamad, raja Terengganu yang berasal dari anak raja
Kelantan telah datang ke Pahang.
v Dia didudukkan dengan dua pupu Sultan. Dapat seorang anak lelaki.
Dinamai Raja Ahmad dan dijadikan anak angkatnya.
v Bila sudah besar, Raja Ahmad dikahwinkan dengan anakanda baginda Raja
Puspa Dewi. Dapat seorang anak dinamakan Raja Omar.
BAB 15 : SULTAN MAHMUD MANGKAT DI KAMPAR.
v Sultan Mahmud semasa sakit hendak mati telah mewasiatkan Bendahara
menjaga anaknya Sultan Muda. Sultan Mahmud juga sempat berpesan kepada Sultan
Muda supaya :
i. Bersabar.
ii. Jangan tinggalkan bendahara dan menteri dalam sebarang
urusan.
iii. Berlaku adil terhadap rakyat dan tentera.
iv. Jangan mudah mendengar fitnah (sembah orang). Siasat dahulu kerana
rakyat sangat mengharapkan keadilan dan kemurahan raja.
v Setelah Sultan Mahmud mangkat, Sultan Alaudin pun pindah ke Pahang
semula.
Bertapak
Semula Di Bumi Semenanjung.
v Di Pahang, Sultan Alaudin telah berkahwin dengan anak Sultan Mansur
yang bernama Raja Kesuma Dewi.
v Setelah kahwin, mereka pindah pula ke Johor. Dengan diketuai Laksamana
Hang Nadim, merekapun pindah ke Johor.
Berbuat negeri
di Johor.
v Sultan Alaudin memerintahkan berbuat kota di Kuala Johor hingga ke
Kuala Sungai Kerting.
v Laksamana Hang Nadim duduk di Bintan. Sultan mendapat dua orang anak
iaitu Raja Muzaffar dan Raja Fatimah.
v Kedua-duanya belajar mengaji dengan Tun Kamal Wangsa.
Surat Meminang
Dari Pahang.
v Bila Sultan Pahang mengetahui Sultan Johor telah mendapat anak
perempuan, dikirimnya utusan ke Johor untuk meminang Raja Fatimah untuk Raja
Omar.
v Atas nasihat Bendahara, peminangan itu diterima.
v Hasrat Sultan Pahang tercapai
v Seri Akar Raja dan Seri Nara Wangsa segera balik memberitahu Sultan
Pahang akan kesediaan Sultan Alaudin itu.
v Mereka juga melapurkan yang kawalan sentiasa dibuat oleh laksamana
terhadap Peringgi.
v Angkatan Peringgi sentiasa diserang. Setelah siap, Sultan Pahang
berangkat ke Johor bersama Raja Omar. Mereka diberikan sebuah istana.
Istiadat
perkahwinan Diraja Johor-Pahang.
v Antara istiadatnya ialah :
v Menghantar sirih dan emas belanja.
v Pekerjaan berjaga-jaga selama 40 hari. Pelbagai permainan dimainkan.
v Kenduri kerbau, lembu, kambing, itik, ayam disembelih.
v Raja Omar diarak dengan gajah, lengkap dengan segala alat kebesaran
kerajaan. Diiringi dengan pelbagai alat muzik seperti gendang, serunai, nafiri,
nagara dan madeli.
v Tuan Kadi menikahkan.
v Makan beradap-adapan.
v Jamuan untuk tamu diawasi oleh Temenggung dan para bentara. Bendahara
santap satu hidangan seorang diri kecuali boleh ditemani oleh anak raja yang
bakal menjadi raja.
Selepas
Mangkat Sultan Alaudin.
v Tidak lama selepas perkahwinan Raja Omar-Raja Fatimah, dikahwinkan pula
Raja Muzaffar dengan cucu Bendahara, Tun Emas Jiwa iaitu anak Tun Hassan
Temenggung.
v Kemudian Sultan Alaudin pun mangkat dan disebut orang Marhum di Johor
Lama. Raja Muzaffar dilantik menjadi raja dengan gelaran Sultan Muzaffar
Syah.
v Ketika itu baru berusia 19 tahun. Sultan Mansur di Pahangpun mangkat
dan diganti oleh Raja Ismail dan bergelar Sultan Jamal Syah.Setelah beberapa
lama di Johor Lama, Sultan Muzaffar pindah ke Seluyud.
v Raja Omar pula menjadi benci pada isterinya yang dari Pahang, iaitu
emak Raja Mansor. Ditalaknya dan dihantar ke rumah Seri Nara Diraja, sebab emak
Raja Mansur adalah saudara Seri Nara Diraja.
Nikah Dalam
Sunyi.
v Satu hari Sultan Muzaffar pergi ke rumah Seri Nara Diraja dan dia
terpandang pada emak Si Mansur dan terus jatuh berahi.
v Setelah muafakat dengan Bendahara dan Seri Nara Diraja, Sultan
Muzaffarpun nikahlah dengan bonda Sultan Mansur secara senyap-senyap. Bila
Bonda Raja Mansur hamil, Seri Nara Diraja memberitahu Raja Omar dan isterinya
raja Fatimah.
v Kononnya dia takut memeliharakan bonda Raja Mansur sebab hamil. Raja
Omar sendiri menganggap anak itu sebagai anaknya. Jadi raja Fatimah suruh
hantar padanya, biar dia peliharakan.
v Raja Fatimah sendiri juga hamil, dapat seorang anak lelaki dinamakan
Raja Abdul Jalil.
v 10 bulan kemudian, bonda Raja Mansur beranak dan dinamakan Raja
Abdullah. Kedua-dua bayi itu diangkat anak oleh Sultan Muzaffar.
Wasiat Sultan
Muzaffar Syah.
v Bila Sultan Muzaffar Syah hendak mangkat diwasiatkan agar Raja Abdul
Jalil dijadikan sultan.
v Dipangku oleh Bendahara. Ini tidak sukai oleh Raja Omar dan Raja
Fatimah.
v Raja Abdul Jalil pula sangat erat hubungannya dengan Raja Abdullah.
v Rahsia Raja Abdullah sebagai anak Sultan Muzaffar Syah tidak diketahui
sesiapa kecuali Bendahara dan Seri Nara
Diraja sahaja.
Wasiat Sultan
Abdul Jalil Diketepi.
v Raja Abdul Jalil setelah berusia 9 tahun telah jatuh sakit dan
meninggal dunia.
v Sebelum mati baginda sempat mewasiatkan agar takhta diperturunkan
kepada Raja Abdullah. Ianya dibantah oleh emaknya, Raja Fatimah tetapi tidak
diendahkan.
v Bila Raja Abdullah hendak dinobatkan Raja Fatimah mengancam mahu
melarikan diri. Ini menyebabkan Bendahara terpaksa tunduk kepada permintaannya.
v Dia juga takut dianggap mahu berkuasa, memangku raja. Raja Omar
dinobatkan dengan gelaran Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri’ayat Syah. Terlalu
kasihkan pula pada bendahara.
Tun Seri
Lanang jadi Bendahara.
v Bendahara Paduka Raja gering dan meninggal dunia. Tun Seri Lanang pula
diangkat menjadi bendahara.
v Bergelar Bendahara Paduka Raja juga. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil
pindah pula dari Seluyud ke Tanah Putih atau Batu Sawar. Diserang oleh Portugis
tapi tidak dapat dikalahkan.
v Malangnya ramai orang sakit dan mati di Tanah Putih. Pindah pula ke
hulu Sungai Damar atau makam Tauhid. 2
kali Portugis menyerang. Negeri Makam Tauhid tidak dapat dikalahkan.
v Bila Laksmaana Hang Nadim mati, dia digantikan oleh orang besar Cempa.
Raja fatimah juga mangkat dan dikebumikan di Seluyud bersama kuburan kekandanya
Sultan Muzaffar Syah.
v Selang setahun kemudian suaminya pula meninggal. Sultan Ala Jalla Abdul
Jalil dimakamkan di Batu.
v Raja Abdullah hendak dinobatkan tetapi baginda menolak. Bagaimanapun
oleh kerana Raja Mangsur cuai menjalankan tugas, Raja Abdullah terpaksa
menjalankan tugas sultan.
v Raja Mangsur sekali lagi mahu pindah ke Hulu Kuala Sungai Riun iaitu di
Pasir Raja.
Langgan:
Catatan (Atom)