1. Raja Iskandar Zul-Karnain dari Makaduniah
mengembarakeTimur (Negeri Matahari Terbit).
Ø Dalam pengembaraan berjaya menakluki negeri Hindi dan mengislamkan Raja
Kida Hindi. Berkahwin dengan Puteri Syahrul-Bariyah dengan diwalikan oleh Nabi
Khidir.
Ø Keturunan Raja Iskandar Zul-Karnain mewarisi kerajaan Kida Hindi.
Ø daripada keturunan ini juga terus kepada beberapa keturunan hinggalah
sampai kepada Raja Suran.
2. Pengembaraan Raja Suran ke Temasik
dan ke Negeri Bawah Laut.
Ø Raja Suran telah mengembara daripada negeri-negeri di utara terus ke
Langgiu dan sampai ke Temasik. Kemudian meneruskan perjalanan/ pelayaran untuk
menyerang negeri China. Rancangan dibatalkan setelah mendapat tahu bahawa
negeri China terlalu jauh (helah pembesar China).
Ø Raja Suran bercadang mengembara turun ke dalam laut.
Ø Turun ke dalam laut melalui peti kaca, berpesawat dari dalam. Dapat
melihat pemandangan di alam lautan.
Ø Sampai ke negeri Dika. Raja negeri DiKa
bernamaAktabu'l-Ard.Berkahwindenganputeri Mahtabu'l-Bahri. Hasil perkahwinan
dapattiga orang putera:
Ø Nila Pahlawan
Ø Krisyna Pandita
Ø Nila Utama
Ø Sebelum Raja Suran balik ke Benua Keling berpesan kepada isterinya agar
hantar ketiga-tiga putera ke dunia apabila mereka dewasa. Dari sinilah asalnya
disusur galur keturunan Raja-raja Melayu Melaka.
3. Pengembaraan ketiga-tiga putera Raja Suran ke Bukit
Si Guntang Mahamiru.
Ø Putera-putera Raja Suran iaitu Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila
Utama menaiki lembu putih daripada dalam laut ke kawasan perhumaan Wan Empuk
dan Wan Malini. Ketibaan ketiga-tiga orang putera Raja Suran menjadikan padi
bertukarjadi emas, batangnya jadi perak dan daunnya jadi tembaga suasa.
Ø Wan Empuk dan Wan Malini dua beradik itu jadi kaya raya.
Ø Lembu kenaikan mereka muntah, keluar seorang budak lelaki, diberi nama
Batala. Seri Teri Buana kahwin dengan ramai gadis, kesemua jadi kedal. Kahwin
dengan Raden Ratna Cendera Puri, puteri Raja Palembang tidak kedal dan dilantik
jadi Raja Palembang.
4. Pengembaraan Seri Teri Buana ke Tanjung Bemban dan
Temasik.
Ø Semua menyeberang ke Temasik, kapal Seri Teri Buana dipukul ribut
taufan. Anak-anak kapal telah berusaha membuang muatan dalam kapal termasuk
harta benda tapi tidak berhasil.
Ø Apabila dibuang mahkota ke dalam laut, barulah ribut berhenti.
Ø Sampai di daratan, jumpa binatang seperti singa. Besar sedikit daripada
kambing randuk.
Ø Bulu warna perang. Sifatnya tangkas. Dikenali dengan nama singa. Seri
Teri Buana buka Singapura ->• beri namasempena nama binatang ->•
Singapura.
5. Pengembaraan Raja Iskandar Syah dari Singapura ke
Muar terus ke Bertam-
Ø Raja Iskandar Syah (Raja Singapura) terpaksa lari dari Singapura
menyelamatkan diri daripada ditawan angkatan Majapahit.
Ø Sepanjang perjalanan baginda dari satu tempat ke satu tempat berlaku
kejadian ajaib dan aneh.
Ø Sampai ke satu tempat, menemui timbunan bangkai biawak -> dinamakan
sebagai biawak busuk.
Ø Sampai di satu kota, mendapati kota itu bertukar menjadi buruk apabila
tiba waktu malam ->• dinamakan sebagai Kota Buruk.
Ø Sampai di suatu anak sungai, Raja Iskandar Syah berehat di bawah sebatang
pokok. Ketika ini baginda melihat kejadian aneh iaitu anjing perburuan
ditendang oleh seekorpelandukputlft hinggajatuh ke sungai.
Ø Raja Iskandar Syah kagum melihat keberanian pelanduk putih. Baginda
membuat tafsiran tentang kejadian aneh itu sebagai suatu petanda baik jika
sekiranya tempat berlaku kejadian itu dibuka dan dijadikan negeri.
Ø Tempat berlaku kejadian aneh dibuka, diberi nama "Melaka"
sempena pohon tempat baginda bersandar ketika meihat kejadian ajaib itu.
6. Pengembaraan Tun Perpatih Putih ke
negeri China dan pengembaraan Menteri Jana Putera dan Tun Telanai ke negeri
China.
o
Tun Perpatih Putih dilantik
sebagai utusan kerajaan Melaka ke negeri China.
o
PerjalananTun Perpatih Putih tidak
menghadapi sebarang masalah. Rombongan Melaka selamat sampai ke negeri China
dengan membawa sagu rendang sarat sebuah pilau.
o
Beberapa peristiwa
"lucu" berlaku sewaktu rombongan berada di negeri tersebut yang
menunjukkan kelebihan serta kebijaksanaan orang-orang Melaka mengatasi rakyat
China.
o
Rombongan Melaka diketuai oleh
Menteri Jana Putera dan Tun Telanai bertujuan membawa surat sembah Raja Melaka
kepada Maharaja China.
o
Sultan Melaka bersetuju menghantar
surat sembah kepada Maharaja China setelah menjadi menantu Maharaja China.
o
Pelayaran ke negeri China
mengalami sedikit masalah. Kapal angkatan Melaka bias ke Brunei. Raja Brunei
bertanyakan Menteri Jana Putera -
§ sama ada raja Melaka mengirim sembah kepada Maharaja China?
o
Utusan Melaka memberi alasan
mengatakan bahawa yang berkirim salam itu ialah rakyat jelata bukannya baginda
sultan.
o
Maharaja China menerima sembah
sultan Melaka -
Ø mendapat penyakit kedal (gatal-gatal) - tabib memberitahu ubatnya
"dengan meminum airbasuh kaki raja Melaka dan disapu di muka."
7. PengernbaraanTunMamadkePuncakGunung Ledang.
-
Tujuannya untuk meminang Puteri
Gunung Ledang seperti mana yang diinginkan oleh Sultan Mahmud Syah.
-
Sultan Mahmud Syah inginkan
seorang isteri yang mempunyai keistimewaan luar biasa, kecantikan yang tidak
ada tolok bandingnya.
-
Perjalanan Tun Mamad mendaki
Gunung Ledang membawanya sampai ke suatu taman ajaib.
Ø Tun Mamad menemui;
-
pokok-pokok kayu sedang berlagu.
-
bunga tanjung biru dan bunga-bunga
menyanyi, berseloka dan berpantun.
-
Menemui seorang tua bongkok tiga
->• memberitahu dirinya sebagai wakil Tuan Puteri Gunung Ledang untuk
menyampaikan hasrat Tuan Puteri iaitu;
-
Syarat-syarat menerima pinangan.
Sultan Mahmud Syah hendaklah menyediakan barang-barang hantaran seperti berikut;
(ii)tujuh dulang hati kuman
(ii) tujuh dulang hati nyamuk
(iii) satu jembatan emas
(iv) satu jambatan perak merentasi dari istana Melaka ke
Gunung Ledang
(v) darah raja semangkuk
(vi) darah anak raja (RajaAhmad) semangkuk.
-
Tun Mamad dan rombongan kembali ke
Melaka membawa berita tentang permintaan Tuan Puteri Gunung Ledang sebagai
syarat peminangan diterima.
-
Kisah pengembaraan ini merupakan
sebuah episod yang digolongkan sebagai kisah mitos alegori (atau mitos
sindiran).
-
Sindiran ditujukan kepada Sultan
Mahmud Syah kerana sifat-sifat buruknya iaitu tergila-gilakan wanita
cantik/mementingkan kepuasan hawa nafsu diri sendiri.
8. Pengembaraan Hang Nadim dari Melaka ke Benua
Keling.
Ø Hang Nadim dan rombongan diutuskan untuk membeli kain serasah.
Ø Kain yang dikehendaki -*• kain serasah 40 bagai, pada 40 helai, sehelai
40 perkara bunga.
Ø Hang Nadim dipilih kerana beliau mempunyai kepakaran dalam tulis
menulis dan menulis corak.
Ø Pelayaran Hang Nadim ke benua Keling dengan menumpang kapal Hang Isap
sebagai pedagang Melaka.
Ø Sewaktu di benua Keling, Hang Nadim berjaya melukiskan corak kain yang
dikehendaki sultan Melaka.
Ø Pelayaran pulang dari benua Keling ke Melaka menghadapi masalah. Kapal
Hang Isap dipukul ribut dan tenggelam.
Ø Hang Nadim berjaya meyelamatkan diri beserta beberapa helai kain
sahaja. Kesan daripada kegagalan memenuhi kehendak Sultan Mahmud Syah itu, maka
Hang Nadim telah dimurkai sultan.
KEPENTINGAN PERISTIWA PENGEMBARAAN
1. Menunjukkan keturunan raja-raja Melaka adalah;
- agung dan mulia
- berasal dari raja
yang terkenal, gagah dan hebat.
- asal dari
keturunan yang ternama, handal dan bijaksana.
2. Memperlihatkan kelainan dan keluarbiasaan keturunan
raja.
- luar biasa dari
segi keturunan (ajaib).
- Retainan
siTaT-sifaT ciaripaQa manusia biasa.
- zuriat terpilih,
bijak, baik dan mulia.
Contoh:
Pengembaraan Raja
Suran turun ke negeri dalam laut berkahwin dan berputera •dari sini
disusurgalurkan keturunan raja-raja Melayu.
(Lihat huraian
peristiwa dan fakta 2 di atas).
3. Menunjukkan unsur kesaktian yang tidak dimiliki
rakyat biasa dikenali keturunan raja-raja Melaka.
- kesaktian pada
raja/bukan sembarangan.
- sifat-sifat
agung.
Contoh:
Episod pengembaraan
ketiga-tiga putera Raja Suran dari negeri bawah laut ke Bukit Si .
Guntang-'-naiklembu putih->-ketibaanmereka menyebabkan nasib baik kepada Wan
Empuk dan Wan Malini ->• kaya raya.
Padi bertukarjadi
-'• emas, daun -'• perak, batang ->• suasa.
4. Berkaitan dengan mitos pembukaan sesebuah negeri.
- Cara pembukaan
luar biasa, berkait dengan sifat luar biasa watak-watak dari Tanjung Bemban
untuk membuka Temasik ->• binatang singa.
- Pengembaraan dari
Singapura akhirnya membawa kepada pembukaan Melaka ->• pelanduk putih yang
berani menendang anjing perburuan hingga jatuh ke sungai.
5. Menunjukkan pakaian raja/perhiasan/senjata dan
peralatan milik raja mempunyai unsur kesaktian/hikmat.
Contoh 1:
Pengembaraan Seri
Teri Buana ke Tanjung ' Bemban dan Temasik ->• sewaktu belayar ke Temasik perahu
dipukul ribut dan gelombang -> buang mahkota untuk selamatkan pelayaran.
Contoh 2:
Pengembaraan Seri
Teri Buana dari Palembang
ke Bintan. Dalam
pelayaran sampai ke kuala Inderagiri mereka kekurangan air ->• Seri Teri
Buana membuat lingkaran rotan, dicampakkan ke dalam air, dicelupkan ibu kaki ke
dalam lingkaran rotan ->• air masin dalam lingkaran rotan menjadi tawar.
6. Memperlihatkan kepintaran pembesar dan raKyat
IVlelaKa.
- melambangkan
kewibawaan raja Melaka.
- raja Melaka lebih
mulia dan hebat.
Contoh:
Pengembaraan Tun
Perpatih Putih ke China sebagai perutusan raja Melaka.
- bijaksana - makan
kangkung yang dimasak tanpa dikerat.
- ubat kedal raja
China ->• minum air basuh kaki raja Melaka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan