Latar Yang Terdapat Dalam Sulalatus
Salatin
Latar ialah yang berkaitan dengan waktu, lokasi,
watak suasana berlakunya sesuatu
peristiwa dalam karya. Latar dalam karya terbahagi kepada tiga iaitu:
v Latar tempat
v Latar masa
v Latar masyarakat
LATAR
TEMPAT
Tempat
berlakunya sesuatu peristiwa dalam karya sastera. Latar tempat dalam
karya-karya satera berfungsi sebagai media kepada para pelaku (watak-watak)
untuk menjalankan gerak kerja mereka. Tanpa latar tepat yang sesuai, jalan
cerita akan menjadi hambar dan tidak menarik. Apabila kita membaca Sejarah
Melayu, kita perlu memahami beberapa latar tempat penting yang menjadi panduan
kita. Berikut adalah latar penting bagi Sejarah Melayu:
NEGERI
KIDA HINDI.
v Negeri ini penting dikenali kerana menjadi jajahan takluk Iskandar
Zulkarnain ketika hendak melihat negeri Matahari Terbit.
v Iskandar Zulkarnain telah berkahwin dengan puteri Shahrul Bariah.
v Lalu lahirlah keturunan raja melaka sehinggalah pemerintahan Raja
Suran.
v Raja Suran dikatakan mewarisi sifat Iskandar Zulkarnain yang hebat
dalam peperangan dan penakluk yang hebat.
v Setelah ditipu oleh orang-orang China, barulah kegiatan penaklukan
bertukar kepada penerokaan negeri bawah laut.
v Raja Suran telah turun ke dalam laut dengan peti kaca berpesawat. Rajanya
bernama Aktabul Ard, dari kaum Bu Sum yang rakyatnya separuh kafir dan separuh
Islam.
v Seterusnya, perkahwinan Raja Suran dengan puteri Mahtabul Bahri telah
melahirkan tiga orang putera Nila Utama, Nila Pahlawan dan Krisyna Pendita.
BUKIT SIGUNTANG MAHAMERU.
v Negeri ini adalah tempat mula-mula tiga orang putera Raja Suran
mendarat dengan menggunakan kenderaan seekor lembu dari negeri bawah laut.
v Kehadiran mereka telah menyebabkan persekitaran Bukit Siguntang menjadi
bercahaya pada waktu malam. Setelah diperiksa oleh Wan Empuk dan Wan Malini,
didapati kawasan perhumaan mereka telah berubah dimana pokok padinya bertukar
sifat.
v Pokok padi telah berbuahkan emas, berbatangkan perak dan daunnya suasa.
v Pertemuan tiga anak raja dengan Demang Lebar Daun telah menjalin
hubungan baik antara golongan raja dan rakyat.
v Peristiwa perkahwinan putera Raja Suran dengan anak Lebar Daun telah
melahirkan sebuah Waad atau perjanjian antara pihak raja dan rakyat.
v Setelah perjanjian, maka tiga orang anak raja ini telah menjadi raja di
tempat masing-masing iaitu di Tanjung Pura, Minangkabau dan Singapura.
SINGAPURA
v Nila Utama telah membuka Singapura dan menjadi raja di sana bergelar
Seri Teri Buana.
v Peristiwa pembukaan Singapura bermula dengan perkembangan negara berkenaan
yang sangat hebat.
v Terdapat cerita hubungan Singapura secara anakronisme dengan Majapahit.
v Singapura sangat hebat terutama dalam peristiwa tatal kayu dan kepala
budak ditarah.
v Seterusnya Badang yang telah makan muntah hantu menjadi kuat dan
menjadi lambang kekuatan Singapura.
v Cerita perkembangan Singapura terhenti sebentar apabila buku ini
menyelitkan peritiwa di Semundera Pasai yang bermula dengan kisah pembukaan
negeri berkenaan.
v Setelah cerita Semundera Pasai tamat, kisah dalam Sejarah Melayu telah
kembali semula ke Singapura.
v Pada kali ini kisah di Singapura lebih menjurus kepada faktor-faktor
kejatuhan pemerintahan. Kisah bermula dengan Pembunuhan Tuan Jana Khatib, Singapura
dilanggar todak dan pembunuhan anak Sang Rajuna Tapa.
v Pemerintahan Sigapura berakhir dengan kedatangan tentera Majapahit yang
dijemput oleh Sang Rajuna Tapa serta tentera Singapura yang kelaparan kerana
beras disorokkan. Pintu kota dibuka dan Singapura alah.
v Sang Rajuna Tapa dan keluarga menjadi batu dan raja Singapura melarikan
diri ke Johor.
SEMUNDERA PASAI
v Pembukaan negeri dengan kisah Merah Silu menahan lukah dan mendapat
cacing gelang-gelang.
v Cacing gelang-gelang direbus dan menjadi emas.
v Peristiwa semut besar menyebabkan nama tempat Semundera dan anjing yang
menyalak bernama Pasai meneybabkan nama tempat bernama Pasai.
v Kemudian berlaku kisah Merah Silu memeluk Islam dan bertukar nama
menjadi Sultan Maliku Saleh.
v Maliku Saleh meninggal dan dua orang anak baginda dilantik menjadi
pemerintah Semundera dan Pasai. Mereka ialah Maliku Mansur dan Maliku Tahir.
v Berlaku kisah Maliku Tahir ditawan oleh raja Shahrun Nuwi dan dijadikan
gembala ayam.
v Kemudian berlaku kisah Maliku Mansur mengambil seorang dayang Maliku
Tahir ketika melawat adindanya (Maliku Tahir yang tiada di istana kerana telah
diculik)
v Maliku Tahir telah diselamatkan oleh mangkubuminya Sidi Ali Ghiatuddin
dengan cara menyamar sebagai saudagar arab yang mampu memberi hadiah
istimewa.
v Apabila kembali ke Pasai, baginda telah mendapati dayangnya telah
diambil, maka beliau telah merancang untuk menangkap Maliku Mansur.
v Akhirnya Sidi Asma Yaumiddin ditangkap dan dipancung. Sultan Maliku
Mansur pula dibuang negeri.
v Akhirnya ketika Maliku Mansur dipanggil kembali dari buangan, baginda
telah meninggal dunia di atas kubur Sidi Asma Yumiddin di suatu tempat bernama
Padang Maya.
MELAKA.
v Pembukaan Melaka
v Raja Melaka memeluk Islam
v Pemerintahan Sultan Muhammad Syah
v Pemerintahan Sultan Muzaffar Syah
v Pemerintahan Sultan Mansur Syah
v Pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah
v Pemerintahan Sultan Mahmud Syah
v Kejatuhan Melaka ditangan Portugis.
JOHOR LAMA
v Pusat pemerintahan Melaka selepas ditawan Portugis
MINANGKABAU
v Tempat dimana berlakunya peristiwa Sang Si Perba diuji kesaktiannya.
v Penduduk di Minangkabai mahu menguji kesaktian Sang Si Perba dengan
meminta baginda membunuh ular Sakti Mona.
v Sang Si Perba meminjamkan curiknya yang bernama curik Si Mandang kepada
seorang hulubalang yang bernama Permasku Mambang.
v Beliau Berjaya membunuh ular tersebut. Namun curik itu telah sumbing
dan baginda kekal berkerajaan di Minangkabau.
TEMASIK
v Seri Teri Buana (STB) ingin telah keluar dari Palembang untuk
membuka negeri baru, STB telah diambi
sebagai anak angkat oleh Wan Teri Beni dan menjadi raja Bintan selama 2 tahun.
v STB meneruskan lagi berjalanannya sehingga Temasik. Sesampainya mereka
di Teluk Belanga, angkatan baginda dilanda rebut taufan, untuk meredakan rebut
taufan tersebut, STB telah meletakkan mahkotanya di permukaan air laut.
v Lantas, baginda telah melihat seekor singa berada di atas bukit di
Pulau Temasik itu.
v Namun singa itu ghaib apabila orang ramai melihatnya. STB mengubah nama
pulau itu dari Temasik ke Singapura dan mahu berkerajaan disitu.
LATAR
MASA
Menunujukkan bila
peristiwa itu berlaku, merujuk kepada zaman, era, sejarah dan musim.
1. Dari pagi-pagi hari
Dari pagi-pagi hari
lagi Seri Rakna Wikrama sudah keluar dihadap orang, dan Tun Perpatih Pandak
pula masuk menghadap. (halaman 53)
2. Selang dua tahun
Selang dua tahun,
datanglah peredaran dunia, maka baginda SeriTeri Buana pun mangkat, ditanamkan
orang di Bukit Singapuraitu, tiada beberapa jauh dengan Wan Seri Beni ( halaman
44).
LATAR
MASYARAKAT
Adalah gambaran
kehidupan masyarakat yang ada di dalam karya.
1. Masyarakat yang setia
Taat
setia menurut kemus dewan edisi ke-empat adalah sifat yang sentiasa menurut,
patuh, tidak mengingkari, patuh pada seseorang atau sesuatu; patuh pada
pemerintah. Berdasarkan makna dalam konteks teks Sulalatus Salatin, taat setia
adalah sifat patuh kepada pemerintah terutamanya. Unsur taat setia ini banyak
terdapat dalam teks Salatus Salatin. Berikut merupakan contoh-contoh bagi unsur
taat setia yang terdapat dalam teks Salalatus Salatin.
i) Kesetiaan Hang Tuah
Hang
Tuah merupakan seorang laksamana dalam pemerintahan kesultanan Melayu Melaka.
Dalam teks Salalatus Salatin, Hang Tuah menunjukkan kesetiaannya yang tidak
berbelah bahagi terhadap raja. Taat setianya terserlah semasa belaiu dijatuhi
hukuman bunuh oleh Sultan Mansur Syah
atas tuduhan yang belum dibuktikan kebenarannya. Ketika menerima hukuman itu, beliau langsung tidak
menentang hukuman tetapi sebaliknya menerima dengan penuh taat. Ketika Hang
Jebat menimbulkan huru hara, Hang Tuah dipanggil semula oleh sultan Mansur.
Hang Tuah tidka menggunakan kesempatan ini untuk membalas dendam terhadap
penganiayaan baginda, sebaliknya bersikap taat setia.
ii) kesetiaan
Bendahara Paduka Raja
Gelaran
Bendahara Paduka Raja diberikan kepada tun Perak setelah beliau menjadi
bendahara Melaka. Anak Tun Perak iaitu Tun Besar telah dibunuh oleh raja
Muhammad, Putera Sultan Mansur dan bakal raja Melaka hanya disebabkan oleh bola
raga yang disepakkan oleh Tun Besar terkena destar baginda. Peristiwa
pembunuhan itu telah membangkitkan kemarahan dalam kalangan pengikut Bendahara
Paduka Raja. Walaubagaimanapun, atas kesedaran bahawa istiadat hamba Melayu
tidka pernha derhaka, Tun Perak melarang mereka daripada membunuh Raja
Muhammad, sebaliknya bertindak dengan tidak pertuankan Raja Muhammad.
iii) Kesetiaan
Bendahara Seri Maharaja
Bendahara
Seri Maharaja Tun Mutahir adalah bapa saudara kepada Sultan Mahmud. Pada
penghujung penguasaannya sebagai Bendahara Melaka, beliau kurang disenangi oleh
Sultan Mahmud. Hal ini kerana Bendahara Seri Maharaja tidak mempersembahkan
anaknya Tun Fatimah kepada baginda sedangkan pada waktu itu baginda sudah
kematian raja perempuan/permaisuri. Malah bendahara mengahwinkan anaknya Tun
Fatimah dengan Tun Ali. Oleh itu Kitul, Raja Mendalir dan Laksamana Khoja
Hasssan, memfitnah bahawa bendahara kerana iri hati dan ingin merampas kuasa.
Sultan Mahmud yang mendendami bendahara itu telah menjatuhkan hukuman mati
terhadap beliau dan sekeluarga tanpa melakukan siasatan terlebih dahulu.
Keluarga dan pengikutnya marah, mereka datang dan bersedia untuk menentang
Sultan tetapi Bendahara Seri Maharaja telah mengingatkan bahawa adat Melayu
tidak pernah derhaka.
Berdasarkan
contoh yang dinyatakan ini menunjukkan kesetiaan rakyat kepada pemerintahnya.
Ini kerana, pada waktu Sultan berkuasa mutlak dan mempunyai daulat. Dipercayai
jika ada yang menderhaka kepada sultan maka orang itu akan mendapat tulah.
Kedaulatan yang dimiliki oleh Sultan ini menjadikan mereka diagung tinggi oleh
rakyatnya walau Sultan berlaku zalim pada rakyat.
2. Masyarakat yang
berwibawa
Sifat
kewibawaan ini boleh dilihat melalui watak Tun Perak. Kewibawaan Tun Perak
terserlah sewaktu Melaka menghadapi ancaman Siam, kecerdikkan Tun Perak
mengusir Siam dan menyelesaikan masalah berhubung tuduhan-tuduhan ke atas
dirinya telah menambat hati Sultan. Lalu, Tun Perak telah dilantik sebagai
Bendahara.
3. Masyarakat yang
cekap menjalankan tugas-tugas dalam pentadbiran Melaka.
Tun
Perak sebagai bendahara cekap dan bijak dalam mengarang surat untuk dihantar ke
Siam. Isi kandungannya terselit unsur diplomasi, maksud mendalam yang tersirat
dan baris-baris ringkas, pendek tetapi jelas.
4. Masyarakat yang
baik budi pekerti.
Sifat baik budi pekerti ini ditunjukkan melalui watak Tun Mutahir. Oleh kerana kehebatannya dalam perniagaan, Tun Mutahir dilantik menjadi Temenggung dan digelar Seri Maharaja. Setelah Melaka diperintah oleh Sultan Mahmud Syah, Tun Mutahir dilantik sebagai Bendahara. Tun Mutahir mempunyai sikap baik budi pekerti, beliau menjalinkan hubungan yang baik dan menjaga kebajikan pedagang-pedagang di Melaka sehingga namanya masyur dikalangan mereka.
Sifat baik budi pekerti ini ditunjukkan melalui watak Tun Mutahir. Oleh kerana kehebatannya dalam perniagaan, Tun Mutahir dilantik menjadi Temenggung dan digelar Seri Maharaja. Setelah Melaka diperintah oleh Sultan Mahmud Syah, Tun Mutahir dilantik sebagai Bendahara. Tun Mutahir mempunyai sikap baik budi pekerti, beliau menjalinkan hubungan yang baik dan menjaga kebajikan pedagang-pedagang di Melaka sehingga namanya masyur dikalangan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan