Kanon Melayu

Kanon Melayu ialah Sejarah Melayu. Dalam Blog ini, kami akan mengongsikan maklumat-maklumat berkaitan dengan Kanon Melayu. diharapkan perkongsian kami dapat membantu semua pembaca dalam mengetahui lebih dalam berkaitan dengan Sejarah Melayu. Terima Kasih.

Rabu, 30 Mei 2018

PERSOALAN DALAM SULALATUS SALATIN



v  Persoalan tentang peperangan dan penaklukan antara dua negeri
Peperangan yang terjadi ini melibatkan kuasa-kuasa pemerintahan pemimpin yang bijaksana sehingga bukan sahaja menawan negeri jajahan tetapi juga menawan anak isteri. Buktinya, Raja Inderagiri menghancurkan Lingga sehingga menawan anak isteri Maharaja Isak ( Raja Lingga ). Kejayaan  Raja Inderagiri ( Raja Nara Singa ) ini pun menjadi kesayangan Sultan Mahmud Syah. Kejayaan Raja Nara Singa menawan kerajaan LIngga ,maka Raja Nara Singa telah menjadi suatu kebanggaan bagi Sultan Mahmud Syah.

v  Persoalan tentang kebijaksanaan seorang pemimpin untuk menentang musuh.
Seorang pemimpin seharusnya mempunyai kebijaksanaan dalam mempertahankan negeri daripada ancaman musuh. Sebagai contoh, sewaktu Siam menyerang Melaka, Tun Perak menyuruhkan semua anak dan isteri pahlawan untuk turun sekali berperang supaya dapat menaikkan semangat tentera Melaka untuk menghadapi Siam dan akhirnya Siam kalah.

v  Persoalan tentang menghormati budaya dan adat kaum lain.
Contoh: Raja Kedah yang datang ke Melaka. Di Melaka, sultan Melaka dan menteri – menteri tidak makan bersama Bendahara Seri Maharaja. Hal ini demikian kerana apabila sudah selesai Bendahara Seri Maharaja makan, maka barulah sultan Melaka dan segala menteri makan. Ini merupakan budaya dan adat negeri Melaka. Sultan Kedah juga turut mengamalkannya apabila baginda berada di Melaka.

v  Persoalan tentang kebijaksanaan dalam menggunakan peluang yang ada.
Contoh: Hang Nadim yang bijak menggunakan peluang yang ada demi menebus kesalahannya kepada Sultan Mahmud Syah. Beliau telah pergi ke Pahang untuk menculik Tun Fatimah untuk dijadikan isteri kepada Sultan Mahmud Syah. Beliau berjaya dan ini telah menyebabkan beliau dianugerahi emas dan pengampunan.

v  Persoalan tentang kepintaran Bendahara Melaka.
Contoh: Bendahara Melaka iaitu Tun Perpatih Putih merupakan bendahara yang pintar dan bijak bermain dengan psikologi. Contohnya, ketika Tun Perpatih Putih dihantar oleh Sultan Mansur Syah ke Benua China dia telah menggunakan kepintarannya  dengan memberitahu bahawa orang Melaka ini makanannya adalah sayur kangkung jangan dikerat-kerat, dibelah sepanjang-panjangnya. Disebabkan kepintarannya menggunakan kelicikan dan kebijaksanaannya menyebabkan dia dapat melihat rupa Raja China di dalam mungkur kaca di dalam mulut naga.

v  Persoalan tentang pepimpinan Melalui Teladan.
Contoh: Sultan Alaudin Ri’ayat Syah sendiri turun bersama Hang Isak dan Hang Siak menangkap pencuri yang semakin berleluasa di negerinya, sedangkan bendaharanya Seri Maharaja tidak menjalankan tanggungjawab kerana tidak berkawal pada malam hari dan menyebabkan pencuri masuk ke dalam negeri.

v  Persoalan tentang kesetiaan pengikut terhadap tuannya
Sifat kesetiaan sangat penting dalam diri seseorang untuk memperkukuhkan lagi kepercayaan pada orang lain. Contohnya, Sidi Ali Ghiatuddin dan Sidi Samayuddin yang setia kepada tuannya iaitu Sultan Malik al-Zahir dan Sultan Malik al-Mansur sehingga Sultan Malik al-Mansur mangkat di sebelah kubur Sidi Samayuddin kerana terlalu menyayanginya



Tiada ulasan:

Catat Ulasan