Kanon Melayu

Kanon Melayu ialah Sejarah Melayu. Dalam Blog ini, kami akan mengongsikan maklumat-maklumat berkaitan dengan Kanon Melayu. diharapkan perkongsian kami dapat membantu semua pembaca dalam mengetahui lebih dalam berkaitan dengan Sejarah Melayu. Terima Kasih.

Rabu, 30 Mei 2018

UNSUR PENGETAHUAN LAIN SEJARAH MELAYU




UNSUR PENGETAHUAN  LAIN SEJARAH MELAYU

·        Antara unsur karya agung yang terdapat dalam Sulalatus Salatin ialah nilai estetika yang tinggi.


·        Dalam Sulalatus Salatin, Tun Sri Lanang menggunakan gaya bahasa yang indah untuk memerikan sesuatu hal.


·        Selain itu, puisi-puisi lama turut diselitkan untuk menggambarkan sesuatu cerita dan peristiwa.


·        Penyisipan unsur-unsur dapat mengindahkan bahasa supaya kelihatan lebih seni dan menarik.


·        Sulalatus Salatin turut menggunakan bahasa Melayu klasik. Buktinya, ia menggunakan ayat yang panjang, banyak menggunakan kata pangkal ayat dan istilah-istilah klasik.


·        Seterusnya ialah unsur kesejagatan. Tindakan-tindakan  seseorang watak dianggap sebagai kemanusiaan sejagat.


·        Dalam Sulalatus Salatin, unsur sejagat dapat dilihat menerusi peristiwa Waad antara  Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana.


·        Perjanjian ini adalah untuk kepentingan semua pihak iaitu pihak raja dan pihak rakyat.


·        Raja tidak boleh menganiaya rakyat manakala rakyat pula tidak boleh derhaka kepada raja. Hal ini akan membawa kepada keamanan seluruh rakyat dan negeri.


·        Unsur keadilan pula dapat dilihat menerusi kezaliman yang dilakukan oleh raja-raja Melayu.


·        Terdapat banyak contoh kezaliman yang dilakukan oleh watak-watak tertentu sehingga menimbulkan kesan sampingan yang lain.


·        Contoh pertama dapat dilihat pada kezaliman Sultan Mahmud yang bertindak membunuh beberapa orang watak walaupun kesalahan yang dilakukak itu tidak seberapa.


·        Contohnya, Sultan Mahmud menitahkan agar Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang.


·        Sultan Mahmud juga bertindak zalim atas keluarga Tun Mutahir dengan membunuh keluarga itu.


·        Kejatuhan Melaka berlaku pada zamannya. Hal ini kerana Sultan Mahmud apabila dia membunuh keluarga Tun Mutahir, kekuatan Melaka menjadi lumpuh.


·        Walaupun rakyat tidak dapat melawan kezaliman raja, tetapi keadilan telah terjadi dengan sendirinya yang berpunca daripada sikap buasnya sendiri.


UNSUR ISLAM DALAM TEKS SULALATUS SALATIN

1. Sejarah Kedatangan Islam ke Pasai dan Melaka

·        Kisah tentang kemasukan Islam ke Pasai dan Melaka telah menjadi satu mitos.


·        Di Pasai, Merah Silu telah di Islamkan oleh Fakir Muhammad.


·        Pada malam sebelum di islamkan, beliau bermimpi berpandangan dengan Rasulullah SAW. Rasulullah SAW meminta beliau mengangakan mulut dan kemudian di ludahinya.


·        Pada keesokan harinya, badannya berbau narawastu. Baginda juga dapat membaca al-Quran tanpa diajar, kemudian menukar namanya kepada Sultan Malikut Salleh.


·        Di Melaka, Raja Kecil Besar bermimpi berpandangan dengan keelokan rupa paras Rasulullah SAW


·        Rasulullah SAW meminta baginda mengucap dua kalimah syahadah dan memnita Raja Kecil Besar menukar namaya kepada Raja Muhammad


·        Keesokan harinya didapati badannya berbau narawastu dan kalam sudah dikhatankan


·        Baginda dapat membaca al-Quran


·         Mimipi baginda menjadi kenyataan kerana pada waktu asar kapal Syed Abdul Aziz turun ke pantai Melaka dan beliau bersembahyang di situ


·        Tujuan kedatanagn Islam dimitoskan adalah bertujuan untuk mengagungkan Islam. Ia memberi gambaran bahawa Islam benar-benar berkembang di Melaka.

·        Bermula di Istana Melaka dan terus berkembang dalam kalangan rakyat. Raja Melaka pertama yang beragama Islam ialah Sultan Muhammad Syah. Gelaran sultan digunakan setelah memeluk Islam.




2. Penyebutan dan Kemunculan Tokoh-Tokoh Islam

·          Tokoh Iskandar Zulkarnain adalah pahlawan Islam yang terkenal kegagahan dan keberaniannya dalam menaikkan martabat Islam di dunia


·        Tokoh ini dikaitkan dengan asal-usul keturunan raja Melaka yang bertujuan untuk menunjukkan keagungan raja


·        Antara tokoh Islam lain yang terkenal dan hebat termasuklah Amir Hamzah dan Muhammad Hanafiah


·        Tokoh-tokoh pendakwah Islam, ulama-ulama Islam dari Asia Barat datang ke Melaka untuk mengembangkan agama Islam dan mengajar ilmu Islam yang berpusat di istana Melaka


·        Tokoh-tokoh Islam yang terlibat: Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Kadi Yusuf dan Maulana Sadar Jahan


·        Tokoh-tokoh Islam ini diberi penghormatan dan pengiktirafan tinggi di istana Melaka


·         Tokoh-tokoh Islam ini sangat berpegaruh terutama dalam soal-soal yang berkaitan dengan hal ehwal keagamaan


3. Adat Istiadat dan Perundangan

·         Unsur-unsur Islam terdapat dalam adat istiadat dan perundangan yang diamalkan kerajaan Melaka


·        Contoh: Upacara akad nikah, kahwin, perayaan-perayaan hari kebesaran Islam seperti hari raya aidilfitri dan hari raya korban dan adat –adat lain seperti berkhatan


·        Amalan wasiat menjadi suatu amalan kepada raja-raja Melaka yang mangkat meninggalkan wasiat kepada pembesar negeri dan putera mahkota


·        Melalui wasiat ini terselit unsur-unsur pengajaran dan nasihat yang bersumberkan al-Quran dan hadis


·        Pelaksanaan hukum hudud telah dijalankan pada zaman pemerintahan sultan Alaudin Riayat Syah


4. Karya-karya Kesusasteraan Islam

·        Istana Melaka menyimpan karya-karya sastera Islam seperti pahlawan Islam yang terkenal iaitu Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah


·        Hikayat-hikayat tersebut dibaca oleh panglima-panglima Melaka untuk menaikkan lagi semangat keperwiraan untuk menentang musuh


·        Dalam penceritaan dalam setiap karya diselitkan dengan puisi Arab seperti syair


·        Penggunaan puisi atau bidalan Arab ini adalah untuk menjelaskan sesuatu gambaran berkesan yang memberi nilai estetika pada teks tersebut



5. Pendidikan dan Pengembangan Ilmu Keislaman

·          Istana digambarkan sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu Islam


·        Contoh: Pasai sebagai pusat bermuzakarah mengenai ilmu fiqah mengikut mahzab Shafie


·         Istana dijadikan sebagai tempat pusat pengajaran Islam di mana sultan dan pembesar turut belajar dan menuntut ilmu


·         Ulama-ulama, guru-guru serta para pendakwah berkumpul di istana untuk  menyebarkan agama Islam


·        Contoh: Maulana Sadar Jahan dari Jeddah yang mengajar ilmu tasawuf di Melaka


·        Kitab-kitab agama seperti Kitab Darul Mazlum dibawa ke Melaka oleh Maulana Abu Bakar dan diajarkan pula di istana


·          Sultan Mansur Syah juga turut menelaah kitab Darul Mazlum tersebut


·         Utusan Melaka ke Pasai menyelesaikan masalah-masalah berkait ilmu Islam. Hal ini demikian kerana, di Pasai terdapat ramai ulama yang berkumpul bagi bermuzakarah tentang ilmu-ilmu keislaman


6. Teknik Penulisan Sulalatus Salatin

·        Mukadimmah bagi teks Sulalatus Salatin dimulakan dengan Bismillahirrahmanir-rahim


·        Dalam mukadimmah juga disertakan ayat-ayat al-Quran dan diikuti pula dengan terjemahan dalam bahasa Melayu


·        Untuk menjelaskan sesuatu juga sebagai perbandingan pengarang memasukkan syair dan bidalan Arab sekali dengan terjemahannya


·         Struktur penulisan menggunakan gaya khutbah, hal ini jelas ketika memberi nasihat yang panjang dalam sesebuah wasiat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan