Kanon Melayu

Kanon Melayu ialah Sejarah Melayu. Dalam Blog ini, kami akan mengongsikan maklumat-maklumat berkaitan dengan Kanon Melayu. diharapkan perkongsian kami dapat membantu semua pembaca dalam mengetahui lebih dalam berkaitan dengan Sejarah Melayu. Terima Kasih.

Rabu, 30 Mei 2018

PERANAN & FUNGSI SEJARAH MELAYU




1.      PENDIDIKAN

·         Dalam teks Sulalatus Salatin ( Sejarah Melayu) selain menjadi pusat perdagangan, Melaka juga turut menjadi pusat pendidikan.

·         Istana dijadikan tempat pertemuan ulama, pendakwah dan cendikiawan Islam, Aktiviti yang dijalankan ilaha penulisan, penterjemahan dan penyaduran kitab agama Islam.

·         Ramai pendakwah-pendakwah datang ke Melaka untuk mengembangkan dan penyebaran ajaran Islam. Antara ulama yang terkenal di Melaka ialah Sayid Abdul Aziz, Karim al-Makhdum , Tun Muhammad serta Maulana Abu Bakar.

2.      ESTETIK
·         Estetik dapat didefinisikan sebagai keindahan atau penghargaan terhadap keindahan terutamanya dalam bidang seni.

·         Estetik juga boleh diertikan sebagai persepsi pancaindera, iaitu istilah estetika yang digunakan untuk kajian falsafah. Estetik dan sastera adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan.

·         Pada umunya, estetika adalah berkenaan rasa indah dan kesenian khususnya.  Antara contoh estetik dalam ialah estetika Islam.

·         Estetika Islam juga membezakan keindahan mutlak daripada keindahan keindahan fenomena dengan menggunakan perkataan elok dan indah dalam karya sastera dan karangan tasawuf Melayu.

·         Di samping itu, unsur estetika yang merupaka satu unsur keindahan dalam berbahasaiaitu dengan memberikan sifat manusia kepada benda lain. Unsur personifikasi yang dapat dilihat dalam karya Sulalatus Salatin :
“rupa tunggul panji-panji seperti awan
berarak, rupa payung segala raja-raja”

·         Dalam ayat diatas, pengarang telah menggunakan kata kerja berarak yang dilambangkan untuk personifikasi kepada awan.

·         Awan merupakan kata nama yang tidak bernyawa, tetapi diberi sifat manusia. Unsur ini digunakan untuk menunjukkan keindahan bahasa.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan