~WATAK DARI KALANGAN RAJA~
RAJA ISKANDAR ZUL-KARNAIN
v Raja ISkandar ZUlkairnain anak kepada aja Darab
v Keterunan Rom
v Memerintah negeri bernama Makaduniah
v Bergelar Raja ISkandar Zul-Karnain
v Seorang pahlawan yang berani dan masyhur
v Menakluki banyak negeri = negeri
KIda HIndi. Mengislamakan negeri tersebut
v Seorang raja adil dan bertimbang rasa. Misalnya menaikkan semula RAja
Kinda Hindi di atas takhta setelah
menawan negeri itu.
v Berkahwin dengan Puteri Syahrul-BAriyah , puteri RAja Kida
Hindi-Mendapat seorang putera- RAja Aristun Syah-jurai keturunan hingga kepada
Raja Suran
RAJA SURAN
v Puteri kepada Tersi Berderas dan puteri RAja Sulan dari negeri Amdan
Negara
v Memerintah negeri Amdan Negara
v Seorang raja yang sangat masyhur dan agung.
v Raja yang gagah perkasa..Ketua angkatan perang yang gagah berani..
Menawan negeri Gangga Negara
v Raja yang kuat semangat , berani.. Tidak gentar berperang walaupun
negeri yang lebih besar dan kuat. Hajat
serang negeri China.
v Seorang raja berfikiran jauh, mengambil kira keadaan masa depan angkatannya
dan membatal kan hajat menyerang negeri China kerana terlalu jauh mengambil
masa yang lama.
v Raja yang kreatif dan mempunyaipemikiran yang tajam serta proaktif.
Ingin meneroka dunia bawah laut, meneroka misteri kehidupan aam diluar daripada
kemampuan pemikiran rakyat biasa.
v Sifat istimewa kerana dikurniakan sifat-sifat supernatural.. Boleh
hidup dalam dunia dataran dan dunia bawah laut, berkahwin dengan Puteri
Mahtabu'l-Bahri di kurniakan 3 putera iaitu Nila pahlawan, Krisyna Pandita dan
Nila Utama.
v Memiliki kesaktian.. Boleh berhubung dengan makhluk halus seprti jin
dan peri. Misalnya mendapat pertolongan Raja Jin Asmaghiah Peri membawa ketiga
tiga putera baginda keluar dari negara bawah laut.
v Contoh lain , Raja Suran mendapat tiga buah mahkota daripada
perbendaharaan Nabi Sulaiman 'alaihis-salam, menaiki kuda Farasu'l-Bahri
kembali ke dunia daratan
DEMANG LEBAR DAUN
v Raja Palembang, di tanah Andalas, berasal daripada cucu Raja Suran.
Puteri bernama RAden Ratna Cendera Puri
v Setia kpada keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Menjemput ketiga-tiga
putera Raja Suran di Bukit Si Guntang bersemayam di istana Palembang Beruaha
menabalkan putera-putera Raja Iskandar Zul-Karnain ;
o
Sang Si Perba -> Raja
Minangkabau ( Nila Pahlawan )
o
Krisyna Pandita -> Raja TAnjung
Pura
o
Nila Utama -> Raja Palembang
BENDAHARA
v Bendahara merupakan pembesar negeri yang paling kanan yang menjadi
ketua penasihat kepada sultan.
v Bendahara bertindak sebagai pemangku sultan sekiranya sultan masih
kecil.
v Misalnya Bendahara Paduka Raja Tun Perak menjalankan pemerintahan
sewaktu Sultan Mahmud Syah kecil.
v Bendahara kerkuasa menyelesaikan masalah tertentu tanpa merujuk kepada
sultan. Misalnya Bendahara Seri Maharaja menyelesaikan perselisihan antara Raja
Mendaliar dengan Nina Sura Dewana.
v Bendahara juga berkuasa memberi arahan tanpa perintah raja. Selain itu
bendahara bertindak sebagai pemimpin tentera dalam peperangan.
v Bendahara berkuasa dan berpengaruh dalam melantik dan memilih pengganti
sultan.
v Bendahara Paduka Raja Tun Perak enggan menyembah Raja Muhammad (Raja
Muda) setelah tragedi pembunuhan Tun Besar menyebabkan Sultan Mansur Syah
terpaksa "mengalah" dan menyingkirkan Raja Muhammad dari takhta
Melaka dan dirajakan di Pahang.
v Kedudukan Bendahara hampir setaraf dengan raja.
v Kebesarannya jelas dilihat sewaktu raja mengadakan majlis-majlis jamuan
istana. Hanya Bendahara yang layak makan sehidangan dengan anak raja.
PENGHULU BENDAHARI
v Penghulu Bendahari bertanggungjawab sebagai Bendahari Raja.
v Bidang tugasnya memungut hasil negeri terrnasuk yang dipungut oleh
syahbandar.
v Penghulu Bendahari juga menyimpan daftar bilangan hamba selain mengurus
kelengkapan dalam istana, misalnya menyuruh penghulu balai menghiasi balai,
membentang tikar, menggantung tabir dan langit-iangit.
v Selain itu Penghulu Bendahari memegang usungan di sebelah kanan apabila
raja berangkat secara berusungan pada hari raya.
v Gelaran untuk Penghulu Bendahari ialah Seri Nara Diraja.
TEMENGGUNG
v Temenggung bertanggungjawab atas pelaksanaan undang- undang dan
peraturan negeri terutama mengenai keselamatan.
v Temenggung menangkap orang bersalah dan menjalankan hukuman.
v Temenggung melaksanakan kawalan dalam negeri.
v Perkara ini dilihat jelas pada waktu Melaka diancam oleh
pencuri-pencuri sewaktu pemerintahan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.
v Temenggung bertanggungjawab dalam hal-hal yang melibatkan protokol
seperti dalam majlis mengatur tempat duduk pembesar-pembesar negeri mengikut
status masing--masing.
v Temenggung turut mengepalai gajah ketika raja berangkat menaiki gajah.
SYAHBANDAR
v Syahbandar dianggap sebagai raja segala dagang.
v Syahbandar bertanggungjawab atas segala urusan di Kuala seperti
nemeriksa perahu yang masuk dan keluar.
v Selain itu tugas Syahbandar menyelia pedagang-pedagang yang menurunkan
barang-oarang dari kapal dan memungut cukai daripada pedagang- pedagang.
LAKSAMANA
v Laksamana dilantik daripada keturunan hulubalang.
v Laksamana bertanggungjawab menjaga negeri daripada ancaman baik di laut
mahupun di darat.
v Contohnya, Hang Tuah menghalang Semerluki dari Makasar yang datang
merosakkan tanah jajahan Melaka.
v Laksamana juga memikul pedang kerajaan dalam istiadat rasmi.
v Sulalatus Salatin menceritakan bagaimana Hang Tuah diberi pengiktirafan
yang begitu tinggi setelah berjasa kepada raja dengan membunuh Hang Jebat yang
menderhaka.
v Selain itu Laksamana akan memikul pedang kerajaan di bahagian belakang
gajah ketika raja bergajah.
v Laksamana turut hadir bersama Temenggung ketika Bendahara membicarakan
orang.
v Laksamana juga bertugas menjaga keselamatan dan maruah Bendahara
sekiranya ada yang menghina atau berlaku biadap terhadap Bendahara.
v Misalnya Laksamana Khoja Hassan tidak teragak-agak membunuh Tun
Perpatih Hitam yang berkelakuan kurang sopan iaitu menguis tikar dengan kaki di
hadapan Bendahara Seri Maharaja.
v Laksamana juga bertugas sebagai pengawal istana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan