Kanon Melayu

Kanon Melayu ialah Sejarah Melayu. Dalam Blog ini, kami akan mengongsikan maklumat-maklumat berkaitan dengan Kanon Melayu. diharapkan perkongsian kami dapat membantu semua pembaca dalam mengetahui lebih dalam berkaitan dengan Sejarah Melayu. Terima Kasih.

Isnin, 28 Mei 2018

KESIMPULAN

~ PENUTUP ~
Secara tuntasnya, dapat dikatakan bahawa teks Sejarah Melayu adalah sebuah teks Kanon kerana tiga sebab iaitu: perkembangan dan debat tentang teks; sebagai cerminan masyarakat Melayu di waktu itu dan akhir sekali sebagai teks yang kaya dengna unsur sastera.

Dapat dirumuskan bahawa teks yang primitif yang diubah menjadi sebuah teks yangpanjang dan lengkap menunjukkan keagungan teks tersebut, hinggakan berlainan masyarakat menggunakan variasi yang berbeza-beza. Pendapat yang berbeza-beza antara sarjana-sarjana juga menunjukkan peri pentingnya teks ini hingga harus diperdebatkan.

Sejarah Melayu juga dapat mencerminkan hidup orang Melayu dan memperkuatkan lagi hujahan bahawa ia adalah sebuah teks kanon. Ia menunjukkan susun lapis masyarakat serta cerminan tentang masyarakat Melayu dizaman itu, baik dari segi sifat dan tugasan dan juga dari sistem kepercayaan.

Akhir sekali, sebagai sebuah teks kanon, ia mengandungi banyak unsur sastera yangbaik dan dapat menarik minat pembaca. Dari itu, dapatlah diakatakan bahawa Sejarah Melayu, adalah teks kanon Melayu, dan mungking teks yang teragung yang pernah dimilikiorang Melayu dizaman itu serta zaman mendatang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan