v Nama asal Sulalatus Salatin ialah Hikayat Melayu.
v Sulalatus Salatin juga dikenalai sebagai Sejarah Melayu.
v Naskhah Hikayat Melayu dibawa ke Johor dari Goa.
v Dipercayai penulisan Hikayat Melayu berakhir pada sebelum tahun 1536
Masihi.
v Setelah dibawa ke Johor, naskhah ini disusun semula pada tahun 1612
oleh Tun Muhammad, Bendahara Johor seawktu pemerintahan Sultan Ala'ud-Din
Riayat Syah III yang memerintahan di Pekan Tua, Batu Sawar, Johor. Nama
timang-timangan Tun Muhammad ialah Tun Seri Lanang.
v Berdasarkan isi kandungan Sulalatus Salatin,menampakkan pengarangnya
sebagai seorang intelek Melayu yang berminat kepada sejarah dan suasana
pergolakan politik di Melaka waktu itu. \
v Selain itu pengarang amat berminatt membaca naskhah sastera dan sejarah
tertua seperti Hikayat Iskandar Zul- karnain, dan Hikayat Raja-Raja Pasai.
v Selain itu pengarang Sulalatus Salatin turut berminat membaca
berbagai-bagai hikayat daripada kesusasteraan asing yang diterap dari
kesusasteraan Hindu. Sebagai contoh pengarang dapat menggarap secara terperinci
unsur-unsur sastera Hindu ketika mengisahkan pengembaraan Raja Suran ke negeri bawah laut dankisah di
Bukit Si Guntang Mahamiru.
v Pengarang juga turut mengaitkan binatang Suci Hindu iaitu lembu putih.
v Pengarang turut terpengaruh dengan
kesusasteraan Jawa seperti cerita Panji dan Cerita Damar Wulan.
Contoh-contoh dari hasil sastera Jawa dapat dilihat melalui gambaran peristiwa
utusan Melaka pergi ke Majapahit seterusnya peristiwa peminangan Puteri Galuh
Cendera Kirana.
v Dalam peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang, dikaitkan pula dengan
permintaan mas kahwin yang luar biasa.
v Pengarang begitu mahir menggarap corak penulisan kesusasteraan Parsi
dan Arab. Hal ini jelas dilihat dari sudut pendahuluan teks yang ada gaya
masnawi. Terdapat juga pembahagian bab-bab pada cetera yang disampaikan.
v Selain itu dimasukkan petikan syair dan bidalan Arab juga termasuklah
menyelitkan ayat-ayat al-Quran. Jika dikaji lebih mendalam terdapat juga
struktur penulisany ang mirip gaya khutbah, di samping
v penggunaan kalimah-kalimah Arab yang ketara.
v Pengarang Sulalatus Salatin merupakan seorang yang kreatif dan artistik
kerana dapat menampilkan teks tersebut dalam bentuk yang sangat menarik dan
indah dari segi persembahannya.
v Pengarang berupaya melukis segala kisah atau gambaran masyarakat Melayu
dengan hidup dan indah.
v Beliau juga dapat menceritakan
sesuatu episod dengan nyata dan jelas sehingga berjaya mengusik perasaan sama ada sedih, menyayat hati, lucu, meriah
dan riang gembira. Contohnya peristiwa peperangan digambarkan dengan penuh
suasana ngeri dan ganas.
v Perasaan marah yang tidak terkawal dapat dibayangkan dengan kata-kata
yang diucapkan, contohnya:
§ "Dipertidaknya lelaki
kita oleh Betara Majapahit itu, kita dikirimNya subang."
v Pengarang juga berjaya memberikan pembaca gambaran yang berkesan dalam
menceritakan kebesaran kerajaan China.
v Kebolehan pengarang seterusnya ialah berkebolehan menceritakan sesuatu
peristiwa dengan penghayatan mendalam, contohnya menggambarkan peristiwa tragedi pembunuhan Tun Besar
dan tragedi pembunuhan Bendahara Seri
Maharaja
v Pengarang turut berupaya melukis watak dengan lebih hidup, istimewa dan
bercampur dengan unsur lucu. Contohnya ketika menggambarkan watak Tun Mai Ulat
Bulu, Seri Bija Diraja, Seri Wak Raja, MiaRuzul dengan kambing randuk dan
lain-lain.
v Selain itu pengarang berjaya menerapkan gaya bahasa indah, menarik dan
bermutu tinggi, di samping menggunakan
pelbagai teknik bercerita seperti teknik dialog, monolog dan monolog dalaman,
menyelitkan pantun, syair dan bidalan Arab yang menimbulkan kesan keindahan dan
menarik ketika membaca teks tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan