1. Berbakti kepada negara dengan
memberi sumbangan tenaga untuk berkawal pada waktu malam.
v
Kesanggupan untuk menyumbang tenaga dengan mengenepikan kedudukan demi
untuk keselamatan rakyat yang diancam dengan kejadian kecurian.
v
Sultan Alauddin Riayat Syah sanggup menyamar dan berkawal malam dengan
memakai pakaian seperti pencuri bagi memudahkan beliau menangkap pencuri yang
mengganas di Melaka.
v
Jika sekiranya Sultan Alauddin Riayat Syah tidak sanggup berbakti kepada
negara pasti kejadian kecurian akan lebih berleluasa dan pasti keselamatan
rakyat akan tergugat.
v
Sumbangan bakti dengan mengenepikan kedudukan akan mampu membentuk
keperibadian yang mulia dan menjamin keselamatan Negara.
2. Berbakti kepada raja dengan
memberikan idea untuk menyelamatkan negara dari serangan ikan todak.
v
kebijaksanaan yang ada pada seseorang boleh digunakan untuk menghulurkan
bakti kepada keselamatan negara.
v
Seorang kanak-kanak pintar dalam peristiwa Singapura dilanggar todak
telah berbakti kepada raja dengan mengemukakan idea agar menggunakan batang
pisang bagi menangkis serangan ikan todak yang sebelum ini penduduk singapura
menggunakan betis.
v
Jika sekiranya Paduka Seri
Maharaja tidak menerima idea yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut pasti
lebih ramai rakyat singapura akan terkorban dan ini akan menggugat keselamatan
negara.
v
Kebijaksanaan yang dikurniakan perlu dimanfaatkan untuk berbakti kepada
negara agar ia dapat menyumbang untuk keselamatan negara.
3. Berbakti kepada negara dengan
menggunakan keberanian menghadapi musuh.
v
Keberanian dalam menghadapi musuh boleh digunakan untuk menghulurkan
bakti kepada keselamatan negara.
v
Hang Tuah dengan berani menghadapi orang yang mengamuk demi menjaga
keselamatan negara dari ancaman.
v
Jika Hang Tuah tidak berani menghadapi musuh pasti dia tidak dapat
menyumbangkan bakti kepada negara.
v
Sewajarnyalah keberanian perlu digunakan dengan betul untuk tujuan
berbakti kepada negara dan bangsa.
4. Berbakti kepada raja dengan
sanggup berkorban biarpun terpaksa berdepan dengan najis.
v
Demi raja, biarpun terpaksa melakukan tugasan yang sukar dan boleh
menjatuh maruah seseorang yang hendak berbakti akan sanggup melakukan apa
sahaja.
v
Laksamana Hang Tuah sanggup terjun ke dalam tangkungan najis bagi
menyelamatkan kuda raja yang terjatuh dengan menambat tali bagi memudahkan
orang lain mengangkatnya.
v
Kebaktian ini dilakukan oleh
mereka yang sanggup berkorban demi raja.
v
Jika sekiranya Laksamana Hang Tuah tidak sanggup berbakti berbuat
demikian pasti kuda raja akan mati dan ini akan menyebabkan raja
sedih kerana kuda tersebut sangat disayangi oleh Sultan Mansur Syah.
v
Kebaktian dengan sanggup berkorban apa sahaja kepada raja dan negara
wajar dicontohi oleh generasi hari ini.
5. Berbakti kepada raja dengan
sanggup berlawan dengan sahabat sendiri.
v
Berbakti kepada raja dengan menghulurkan bantuan untuk berlawan dengan
penderhaka yang telah menyebabkan raja terpaksa meninggalkan istana.
v
Hang Tuah biarpun baru sahaja bebas dari pasungan dan dalam
keadaan lemah masih mahu berbakti kepada sultan untuk berlawan dengan Hang
jebat yang telah menderhaka demi untuk membela kematiannya.
v
Kebaktian Hang Tuah kepada Sultan Mansur Syah demi menjaga maruah dan
nama baik sultan.
v
Sebaliknya jika Hang Tuah tidak sanggup berbakti berlawan dengan Hang
jebat kemungkinan besar Hang Jebat akan terus beleluasa dan ini akan
mencemarkan nama baik Sultan Mansur Syah.
v
Generasi muda hari ini seharusnya sentiasa bersedia untuk berbakti
kepada negara dan raja walau dalal keadaan apa sekali pun. (hlm. 141)
6. Berbakti kepada negara dalam
menghadapi serangan musuh.
v
Rasa bertanggungjawab terhadap negara akan menyebabkan seseorang sanggup
berbakti kepada negara dalam menghadapi serangan musuh.
v
Tun Perak sanggup berbakti kepada Melaka yang berdepan dengan serangan
Siam dengan membawa semua penduduk Kelang termasuklah golongan wanita dan
kanak-kanak.
v
Tun Perak berbuat demikian kerana mahu berbakti kepada negara dalam
mengahdapi serangan Siam. Sikap bertanggungjawab Tun Perak yang sanggup
berbakti telah berjaya menyelamatkan Melaka dari serangan Siam.
v
Generasi hari ini seharusnya sanggup berbakti demi untuk memastikan
keselamatan negara dari ancaman musuh. (hlm. 89)
7. Berbakti kepada negara dengan
bekerjasama membuka negeri.
v
Kesanggupan untuk menyumbang tenaga dengan saling bekerjasama bagi
membuka sebuah negeri.
v
Rakyat jelata sanggup bekerjasama dengan menebas hutan
belantara bagi membuka negeri.
v
Jika sekiranya rakyat jelata tidak sanggup berbakti kepada raja dengan
melakukan tugas menebang hutan pasti impian raja untuk membuka negeri baru
tidak akan tercapai dan Singapura mungkintidak akan wujud.
v
Sebagai pelajar kita perlu sanggup untuk berbakti dengan saling
bekerjasama untuk menyumbangkan sesuatu kepada negara. (hlm.40).
8. Berbakti kepada raja dengan
sanggup menyerahkan anak biarpun berdepan dengan risiko.
v
Biarpun mengetahui risiko yang terpaksa dihadapi, kesanggupan berbakti
kepada raja akan membuatkan seseorang sanggup mengambil risiko.
v
Demang Lebar Daun sanggup menyerahkan anaknya untuk dikahwini oleh Sang
Sapurba biarpun dia mengetahui kemungkinan anaknya akan dijangkiti penyakit
kedal sebagaimana gadis-gadis lain yang berkahwin dengan Sang Sapurba.
v
Namun dia sanggup berbakti kepada raja dengan menyerahkan anaknya untuk
dikahwinkan dengan Sang sapurba.
v
Jika sekiranya Demang Lebar Daun tidak sanggup berbakti pasti dia akan
menjadi kemurkaan raja dan ini akan mengeruhkan hubungan raja dengan rakyat.
(hlm. 25).
9. Berbakti kepada negara dengan
menggunakan kegagahan yang dimiliki.
v
kegagahan luar biasa yang dimiliki oleh seseorang boleh digunakan untuk
berbakti kepada negara dan raja.
v
Kegagahan luar biasa yang dimiliki oleh Badang telah dimanfaatkannya
untuk berbakti kepada negara apabila dia berjaya menewaskan beberapa orang
hulubalang yang gagah dalam pertarungan antara Badang dengan Nadi Bija Biakra
dan Benderang.
v
Kebaktian yang ditunjukkan oleh Badang menggunakan kegagahan yang
dimilikinya telah berjaya mengangkat maruah Singapura yang memiliki hulubalang
yang gagah.
v
Jika sekiranya Badang tidak sanggup berbakti menggunakan kegagahannya
pasti Singapura akan dilihat sebagai sebuah kerajaan yang lemah.
v
Kegagahan yang dimiliki oleh seseorang individu seharusnya digunakan
untuk menghulurkan bakti kepada negara. (hlm. 50 – 51).
10. Berbakti kepada raja dengan
golongan pembesar membantu raja naik tahkta.
v
Golongan pembesar mempunyai tanggungjawab untuk menabalkan seseorang
raja menaiki takhta sesebuah kerajaan.
v
Seri Nara Diraja dan pembesar-pembesar yang lain telah bekerjasama
membantu Raja Kassim dalam perebutan takhta dengan Raja Rekan.
v
Menerusi bantuan yang dihulurkan oleh bendahara akhirnya Raja Rekan
berjaya dibunuh dan akhirnya Raja Kassim ditabalkan menjadi sultan dengan
gelaran Sultan Muzaffar Syah.
v
Jika sekiranya Para pembesar
tidak membantu Raja Kassim dalam perebutan takhta tersebut pasti Raja Kassim
tidak dapat berkuasa, kemungkinan tercetusnya perang saudara akan berlaku.
(hlm. 85-86).
11. Berbakti kepada raja dengan
sanggup berdepan dengan bahaya.
v
Biarpun terpaksa berhadapan dengan kemungkinan akan terbunuh dengan
situasi bahaya yang terpaksa ditempuhi, bakti kepada raja adalah suatu nilai
kemanusiaan yang sentiasa menjadi pegangan masyarakat melayu tradisional.
v
Sang Si Perba telah menitahkan hulubalangnya Permasku Mambang untuk
membunuh ular sakti mona.
v
Kesanggupan Permasku Mambang berbakti kepada raja telah membolehkannya
membunuh ular yang berbahaya itu.
v
Jika sekiranya Permasku Mambang tidak sanggup untuk berbakti kepada raja
pasti ular mona sakti tidak akan dapat dibunuh dan ianya munkin akan mengancam
keselamatan rakyat jelata.
v
Biarpun berdepan dengan bahaya generasi hari ini sewajarnya perlu
menyumbang bakti demi memastikan negara berada dalam keadaan selamat dari
ancaman musuh. (hlm. 28)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan