TEKNIK PENULISAN /PERSEMBAHAN
·
Mukadimah
dimulai dengan Bismillahirrahmanir-rahim, dalam mukadimah juga disertakan
ayat-ayat al-Quran dan diikuti pula dengan terjemahan dalam bahasa Melayu.
·
Bagi
menjelaskan sesuatu atau sebagai perbandingan, pengarang memasukkan syair dan
bidalan Arab dengan disertakan terjemahannya sekali. Struktur penulisan
menggunakan gaya khutbah.
·
Ini
jelas ketika memberi nasihat yang meleret dalam wasiat. Penggunaan
kalimat-kalimat Arab- Parsi digunakan dalam ayat antaranya syahbandar, alam,
bahara, sahibul, hikayat dan lain-lain.
·
Sulalatus
Salatin atau Sejarah Melayu merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan,
kegemilangan dan kejatuhan zaman kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh
beberapa orang pengarang Melayu.
·
Teks-teks
yang dikenali sebagai Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin ini telah melalui
beberapa orang pengarang. Sejarah Melayu
ditulis oleh Tun Sri Lanang. Nama sebenar Tun Sri Lanang ialah Tun Muhammad.
·
Tun Sri Lanang
dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada tahun 1565. Beliau ialah pembesar
istana berketurunan bendahara-bendahara kerajaan Melayu Melaka dan Johor Lama.
·
Beliau menjadi
Bendahara Paduka Raja antara tahun 1580 dan 1615. Menurut Windstedt, Sejarah
Melayu ditulis oleh Tun Sri Lanang mulai bulan Februari 1614 dan
siap pada tahun 1615.
·
Beliau ialah anak kepada Paduka Raja Tun
Ahmad, Temenggung Johor dan ibunya, Tun Ganggang.
·
Beliau juga
merupakan cucu kepada Bendahara Sri Maharaja Tun Mutahir iaitu bendahara
kerajaan Melayu Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah dan cicit kepada
Tun Kudu iaitu bekas permaisuri Sultan Muzaffar Syah. Beliau terlibat dalam
perancangan menawan semula Melaka pada tahun 1586, 1587, dan tahun 1606.
·
Beliau juga
menyusun pertahanan Johor bagi menghadapi serangan Portugis dan Acheh. Sebagai
contoh, beliau telah mengatur perjanjian dengan Admiral Matelief
pada 23 September 1606 untuk mempertahankan Johor daripada serangan Acheh.
·
Sulalatus Salatin
telah ditulis oleh Tun Sri Lanang atas arahan Yang Dipertuan di Hilir, Sultan
Abdullah Ma’ayah Shah. Tun Sri Lanang kemudiannya menulis karya yang diberi
nama Sulalatus Salatin iaitu Pertuturan Raja-raja. Sulalatus Salatin
menceritakan jurai keturunan raja-raja Melayu yang bermula daripada penaklukan
Iskandar Zulkarnain hingga ke zaman Sultan Alauddin Riayat Syah.
·
Dalam Sulalatus
Salatin banyak menceritakan kezaliman raja, cara hidup masyarakat dahulu kala
yang menganggap raja sebagai berkuasa mutlak. Di samping itu, terselit juga
kisah-kisah rakyat yang boleh dijadikan panduan kepada semua.
·
Contohnya kisah
Hang tuah, Singapura dilanggar todak, kisah Badang memperoleh gagah dan
sebagainya. Terdapat banyak nilai dan pengajaran yang boleh diambil daripada
kisah-kisah ini.
·
Antara unsur karya
agung yang terdapat dalam Sulalatus Salatin ialah nilai estetika yang tinggi.
Dalam Sulalatus Salatin, Tun Sri Lanang menggunakan gaya bahasa yang indah
untuk memerikan sesuatu hal.
·
Selain itu, puisi-puisi lama turut diselitkan
untuk menggambarkan sesuatu cerita dan peristiwa. Penyisipan unsur-unsur dapat
mengindahkan bahasa supaya kelihatan lebih seni dan menarik. Sulalatus Salatin
turut menggunakan bahasa Melayu klasik.
·
Buktinya, ia
menggunakan ayat yang panjang, banyak menggunakan kata pangkal ayat dan
istilah-istilah klasik.
·
Seterusnya ialah
unsur kesejagatan. Tindakan-tindakan seseorang watak dianggap
sebagai kemanusiaan sejagat.
·
Dalam Sulalatus
Salatin, unsur sejagat dapat dilihat menerusi peristiwa Waad
antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana.
·
Perjanjian ini
adalah untuk kepentingan semua pihak iaitu pihak raja dan pihak rakyat. Raja
tidak boleh menganiaya rakyat manakala rakyat pula tidak boleh derhaka kepada
raja. Hal ini akan membawa kepada keamanan seluruh rakyat dan negeri.
·
Unsur keadilan
pula dapat dilihat menerusi kezaliman yang dilakukan oleh raja-raja Melayu.
·
Terdapat banyak
contoh kezaliman yang dilakukan oleh watak-watak tertentu sehingga menimbulkan
kesan sampingan yang lain. Contoh pertama dapat dilihat pada kezaliman Sultan
Mahmud yang bertindak membunuh beberapa orang watak walaupun kesalahan yang
dilakukak itu tidak seberapa.
·
Contohnya, Sultan
Mahmud menitahkan agar Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang. Sultan Mahmud juga
bertindak zalim atas keluarga Tun Mutahir dengan membunuh keluarga itu.
Kejatuhan Melaka berlaku pada zamannya.
·
Hal ini kerana
Sultan Mahmud apabila dia membunuh keluarga Tun Mutahir, kekuatan Melaka
menjadi lumpuh. Walaupun rakyat tidak dapat melawan kezaliman raja, tetapi
keadilan telah terjadi dengan sendirinya yang berpunca daripada sikap buasnya
sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan