v
Antara ciri yang lazimnya dapat
dilihat dalam karya agung ialah
penggunaan perbendaharaan kata yang sangat menarik. hal ini dapat dilihat apabila penulis atau
penghasil karya zaman dahulu amat kaya dengan perbendaharaan kata yang hebat
dan tinggi maksudnya.
v
Walaupun sesebuah karya tersebut
telah diubah atau versi barunya telah ditulis oleh orang lain, namun penulis
masih mengekalkan perbendaharaan kata yang terkandung dalam teks terawal.
v
Sebagai contohdalam karya agung
Sulaltus Salatin, perkataan Melayu asli kuno masih dapat dilihat berdasarkan
perkataan nyiah, lasa, semakuk, bubung dan sebagainya.
v
Bukan itu sahaja, karya Sulalatus
Salatin juga ditulis dengan memasukkan beberapa perkataan bahasa Arab yang
tidak melibatkan sebarang proses asimilasi. Antara perkataan bahasa Arab yang terdapat
dalam Sulalatus Salatin ialah kadhi, fikir dan khoja.
v
Selain itu, sesebuah karya agung
lazimnya mengandungi cerita yang sarat
dengan unsur agama, moral dan pedagogi.
v
Seperti yang kita sedia maklum,
masyarakat zaman dahulu menyampaikan nasihat dan pengajaran kepada orang lain
melalui pelbagai medium seperti nyanyian, syair, pantun serta secara bertulis
melalui karya agung.
v
Melalui karya Sulalatus Salatin
juga penulis dapat menyampaikan banyak pengajaran dan nasihat kepada masyarakat
terutamanya kepada anak muda masa ini.
v
Antara kisah yang terkandung dalam
karya Sulalatus Salatin ialah kisah kezaliman raja serta cara hidup masyarakat
Melayu terdahulu.
v
Pengajaran yang dapat disampaikan
melalui kisah ini ialah seseorang yang ingin menjadi pemimpin hendaklah adil
dan tidak menganiaya golongan bawahan.
v
Selain itu, rakyat atau golongan
bawahan juga hendaklah akur dengan perintah raja. Hal ini demikian kerana sekiranya rakyat taat
kepada pemerintah iaitu raja, negara kediaman mereka berada dalam keadaan aman
damai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan