Kanon Melayu

Kanon Melayu ialah Sejarah Melayu. Dalam Blog ini, kami akan mengongsikan maklumat-maklumat berkaitan dengan Kanon Melayu. diharapkan perkongsian kami dapat membantu semua pembaca dalam mengetahui lebih dalam berkaitan dengan Sejarah Melayu. Terima Kasih.

Rabu, 30 Mei 2018

Tema Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

~ TEMA SEJARAH MELAYU ~
v  Tema Sejarah Melayu kalau dilihat dari awal hingga ke akhir ceritanya, Melakalah yang menjadi pusat perhatian pengarang. Ini kerana Melaka bukan sebuah Negara kota semata-mata tetapi merupakan sebuah kerajaan yang mempunyai pengaruh dan kekuatan pada satu masa yang panjang.

v  Sejarah Melayu lebih menumpukan pada istana dan raja-raja serta golongan aristocrat Melaka.

v  Oleh itu Sejarah Melayu adalah sebuah penulisan sastera sejarah yang bercorak istana. Kebanyakan cerita lebih menumpukan kepada kehidupan raja-raja dan juga para pembesar serta golongan istana.

v  Raja-raja digambar dengan istimewa sekali dengan asal usul, kebijaksanaan, kekuatan, dan sebagainya. Disebaliknya terdapat juga sindiran sinis yang dilemparkan kepada golongan ini.

v  Walaupun Sejarah Melayu mengambarkan kerajaan Melaka, terdapat juga gambarankerajaan lain seperti Pasai, Singapura, dan Majapahit.

v  Tema Sejarah Melayu yang dilahirkan oleh pengarang yang mempunyai kepentingan yang sama dengan raja penaungnya di dalam menegakkan kedudukan Melaka berdasarkan falsafah hormat dan penghambaan diri.

v  Di dalam mengetengahkan tema ini pengarang Sejarah Melayu menjadi begitu taksub terhadap pendangan pentingnya Melaka di dalam kewujudan daerah-daerah sekitar dan jauh dari Melaka.

v  Segala yang berlaku di daerah-daerah sekitar dan jauh dari Melaka adalah berkaitan dan banyak dipengaruhi oleh ketinggian dan kesucian raja-raja Melaka serta bijaksanaan bendahara-bendaharanya. Oleh itu, jelaslah Sejarah Melayu adalah karya yang mengambarkan kedaulatan dan kehidupan golongan raja dan golongan pembesarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan