PENERANGAN
MENGENAI SEJARAH MELAKA:
Melaka
diasaskan pada tahun 1400 oleh Parameswara yang merupakan seorang putera raja
berasal dari Palembang, Sumatera.Ketika itu, Palembang berada di bawah naungan
kerajaan Majapahit. Parameswara telah cuba untuk membebaskan Palembang daripada
Majapahit tetapi gagal. Setelah gagal, Parameswara telah melarikan diri ke
Temasik.,iaitu nama lama Singapura bersama kaum keluarga dan pengikutnya.
Pada waktu itu,
Singapura di perintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik
oleh Raja Siam.
Gabenor
tersebut telah memberikan layanan yang baik kepada Parameswara tetapi
Parameswara telah membunuh Gabenor itu beberapa hari kemudian dan
mengisytiharkan dirinya sebagai Pemerintah Temasik dan pulau-pulau di
sekelilingnya. Akibatnya, Siam telah mengatur rancangan untuk menyerang
Temasik. Parameswara telah bertindak melarikan diri ke Muar kerana merasakan
dirinya tidak selamat. Dari Muar, Parameswara telah meneruskan perjalanannya ke
utara melaui Sening Ujung dan Bertam.
Akhirnya
Parameswara telah sampai di sebuah perkampungan nelayan di Kuala Sungai Bertam
dan mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka. Melaka Mendapat Nama Menurut cerita sewaktu
Parameswara sedang memburu, tiba-tiba seekor pelanduk putih dengan gagahnya
menendang anjing baginda hingga jatuh ke laut.
Baginda terpegun dengan peristiwa ganjil itu lantas berpendapat bahawa
tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan tapak negeri. Mengikut kepercayaan
orang Melayu pada zaman itu, kejadian ganjil seumpama itu melambangkan
permulaan suatu pekerjaan yang akan menghasilkan kejayaan. Baginda
memerintahkan supaya sebuah negeri dibuka dan negeri itu dinamakan Melaka,
mengambil sempena nama pokok tempat baginda sedang berteduh ketika berlakunya
peristiwa ganjil itu.
PENTADBIRAN
MELAKA
Melaka
ditadbir secara sistematik berdasarkan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Ini
adalah untuk memastikan kelancaran pentadbiran di Melaka. Sultan menjadi ketua
kerajaan dan dibantu oleh Pembesar Empat Lipatan yang terdiri daripada
Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Pembesar Empat Lipatan
ini pula dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Berenam Belas dan Pembesar
Bertiga Puluh Dua.
KEISTIMEWAAN
MELAKA
Parameswara
telah mengambil keputusan untuk mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama
Melaka. Ini kerana Parameswara mendapati Melaka mempunyai banyak keistimewaan.
Antaranya ialah;
1. Muara sungai
Melaka yang dalam dan kedudukannya yang terlindung daripada tiupan angin monsun
amat sesuai untuk dijadikan pelabuhan dan persinggahan kapal.
2. Terdapat bukit
yang boleh menjadi petunjuk pelayaran. Bukit itu juga boleh digunakan untuk
mengawal kapal yang keluar dan masuk ke Melaka.
3. Terdapat banyak
pokok bakau di pantai dan muara sungai yang boleh dijadikan kayu api dan dibuat
tiang rumah. Pokok api-api pula dijadikan sebagai benteng pertahanan.
PERKEMBANGAN
MELAKA
Sultan Melakadan Tempoh memerintah
v (Raja Iskandar Shah) 1400 – 1414
v Sultan Megat Iskandar Shah 1414 – 1424
v Sultan Muhammad Shah 1424 – 1444
v Sultan Abu Syahid 1444 – 1446
v Sultan Muzaffar Shah 1446 – 1456
v Sultan Mansur Shah 1456 – 1477
v Sultan Alauddin Riayat Shah 1477 – 1488
v Sultan Mahmud Shah 1488 – 1511
Raja
Iskandar Shah (Parameswara) mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh
anaknya,Sultan Megat Iskandar Shah 1414-1424, Baginda kemudian digantikan
dengan putera baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran
"Sultan Muhammad Shah, Melaka" (1424-1444).
Pada
kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya dari
isteri kedua baginda Puteri Rokan, Raja Ibrahim. Disebabkan pemerintah
sebenarnya adalah oleh sepupu Puteri Rokan, orang-orang besar Melaka tidak
setuju dan telah membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran
"Sultan Abu Syahid".
Kekanda
Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta pada
tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456)
menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri.
Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu
seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada
ketika itu beragama Hindu.
Semasa
pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka. Serangan
pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445, tetapi telah
ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar.
Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan kedua pada 1456 yang diketuai oleh
Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan
mereka dan kali ini, dengan mudah. Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini,
Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu Melaka. Tun Perak telah
dijadikan Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau
berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada
perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.
ISLAM DI
MELAKA
Islam
telah mula bertapak di Melaka seawal abad ke-15. Megat Iskandar Shah yang juga
merupakan putera kepada Parameswara merupakan Sultan Melaka yang pertama
memeluk agama Islam. Sejak itu Melaka mula berkembang menjadi pusat penyebaran
agama Islam. Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456) Islam
telah dijadikan sebagai agama rasmi. Baginda juga turut memperkenalkan
undang-undang Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka. Terdapat beberapa
faktor yang menyebabkan agama Islam dapat berkembang di Melaka. Antaranya
adalah ;Peranan Pedagang dari Sumatera - Pulau Sumatera telah menerima Islam
seawal abad ke-13. Pedagang-pedagang dari Sumatera telah berdagang di Melaka sambil
menyebarkan agama Islam. Peranan Pedagang dari Arab dan India - Di samping
berdagang di Melaka, mereka turut menyebarkan agama Islam. Menurut Hikayat
Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah
Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri
Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka. Ada juga yang telah berkahwin dengan
penduduk tempatan dan ini menyebabkan Islam berkembang subur di Melaka. Peranan
Sultan - Apabila sultan memeluk agama Islam rakyat turut mengikut jejak langkah
dengan memeluk agama Islam. Peranan Ulama - Pedagang-pedagang Islam yang
berdagang di Melaka turut membawa ulama bersama mereka. Ulama-ulama ini telah
menjadi guru agama di Melaka dan mengajar di surau dan madrasah. Sifat agama
Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi semua aspek kehidupan
telah menarik minat golongan istana dan rakyat untuk mneganut agama Islam.
MELAKA SEBAGAI
PUSAT PENYEBARAN AGAMA ISLAM
Melaka
menjadi pusat penyebaran dan pengajian Islam serta tempat pertemuan ulama dan
pendakwah. Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar
pembesar ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal agama. Masjid, madrasah dan surau
diwujudkan untuk mempelajari agama dan membaca al-Quran. Melaka menjadi pusat
pengajian ilmu tasawuf. Ahli tasawauf yang terkenal ialah abdul Karim Al-Jali
yang mengarang kitab Insan Al-Kamil. Istana Melaka menjadi tempat menterjemah,
menyadur, dan menyimpan kitab agama Islam. Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat
Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Sultan Melaka menerapkan nilai
Islam seperti musyawarrah iaitu berbincang bersama pembesar dalam urusan
pentadbiran.
KEJAYAAN
MELAKA
Selepas
Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijayapada
Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan
daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul
sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar
lain seperti Siam dan Srivijaya.
Melaka
yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan
mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya.
Kejayaan menarik
tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke
tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja
yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya
menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden.
Keupayaan
Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah
kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada
kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor,
Sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat
daripada Melaka. Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan
agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka.
Bukti
kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua
kali berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan,
menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam. Hal
ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam
perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah. Kejayaan Melaka memainkan
peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu
bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara
menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak
sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain.
Walaupun
Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza
daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada
pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan
rakyatnya sehingga kini.
KEGEMILANGAN
MELAKA
Pada
tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan
kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting
bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja
China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk
dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan
Mansur Shah juga menghantarTun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke
negeri China untuk mengiringnya.
Hang
Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.Salah
satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok
kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina
dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba
dan Nyonya pada hari ini.Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka
mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia,
Singapura, dan sebahagian besar Sumatera.
Pesaing
utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit
kemudiannya tumbang setelah banyak kawasan jajahan telah dikuasai oleh Melaka
pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi
kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.
KEJATUHAN
MELAKA
Pada
tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak
kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun
Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang
Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih
kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang
mangsa keadaan. Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat pada usia yang
masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak.
Portugal
pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri. Pada tahun
1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja
Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di
Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat
kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping
perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya
orang-orang Portugis dihalau dari Melaka.
Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan. Pada 10 Ogos
1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso
de Albuquerque kembali ke Melaka. membuat beberapa permintaan membina markas
Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah.
Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24
Ogos.
Sultan
Mahmud Shah terpaksa melarikan diri kePahang di pantai timur di mana beliau
gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negara China.
Kemudiannya, Sultan
Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat
dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang
terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti
dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau
masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu
dan berkali-kali menyerang Melaka.
Pada
tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak
Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.
Pada 1526, pihak
Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro
Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan.
Sultan
Mahmud Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku
Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang
berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19.
Lagi seorang
anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang
utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak. Sultan
Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.
terima kasih untuk perkongsian ilmu, sangat menarik dan mudah difahami.
BalasPadam