Kanon Melayu

Kanon Melayu ialah Sejarah Melayu. Dalam Blog ini, kami akan mengongsikan maklumat-maklumat berkaitan dengan Kanon Melayu. diharapkan perkongsian kami dapat membantu semua pembaca dalam mengetahui lebih dalam berkaitan dengan Sejarah Melayu. Terima Kasih.

Rabu, 30 Mei 2018

ASPEK KETATANEGARAAN DALAM TEKS SULALATUS SALATIN





Takrif Ketatanegaraan:
  v  Ketatanegaraan berasal dari perkataan yang bermaksud “aturan dan susuna negara” (Zainul Abidin Safuwan, Kamus Bahasa Melayu Utusan, Utusan Pub. Dist hlm. 1383)

  v  Manakala Kamus Dewan memberi makana tatanegara itu sebagai “susunan dan bentuk pemerintahan negara dan ketatanegaraan pula bermakna, hal yang berkaitan dengan tatanegara seperti politik dan lain-lain lagi. “(Kamus Dewan, DBP, hlm 1383)

Konsep Raja
  v  Raja merupakan orang dan institusi terpenting dalam sebuah pemerintahan. Raja merupakan orang yang sangat mulia dan mempunyai pelbagai kelebihan.

  v  Pengarang teks Sulalatus Salatin meletakkan raja setaraf dengan nabi dan sebagai pengganti Allah SWT di muka bumi ( wasiat Bendahara Paduka Raja Tun Perak)
  
  v  Konsep raja berkait rapat dengan keagamaan. Hal ini adalah bertujuan untuk memperkuatkan lagi kepercayaan rakyat terhadap kebesaran dan kemuliaan raja. Teks Sulalatus Salatin mengaitkan jurai keturunan Iskandar Zulkarnain sebagai keturunan raja yang agung dalam sejarah dunia.

  v  Raja juga mempunyai sifat yang mulia dan luar biasa yang dikaitkan dengan cerita-cerita mitos. Sebagai contohnya, keturunan Raja Suran di Bukit Siguntang

  v  Raja memiliki “daulat” iaitu kebolehan luar biasa yang dikaitkan dengan daulat. Contohnya, daulat raja-raja Melayu dalam teks Sulalatus Salatin seperti Seri Teri Buana yang dapat menawarkan air masin.

  v  Raja Cina pula telah mendapat kedal setelah menerima suray sembah raja Sultan Mansur Syah dari Melaka. Penyakit kedal yang dialami Raja Cina itu hanya boleh diubati dengan cara Raja Cina mestilah meminum air basuhan kaki raja Melaka.

  v  Sang Rajuna Tapa yang telah didapati membelt kepada Raja Singapura telah mendapat tulah iaitu suami isteri telah menjadi batu.

Konsep Daulat dan Derhaka
  v  Konsep Daulat dan Derhaka ini berkait rapat dengan unsur keagamaan dan kepercayaan rakyat menyakini sesiapa derhaka kepada raja akan mendapat balasan di akhirat.

  v  Kewujudan konsep ‘daulat dan derhaka’ terhasil daripada waadat antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana.

  v  Peristiwa waadat ialah manifestasi pengakuan rakyat akan kedaulatan raja dan rakyat tidak boleh derhaka kepada raja walau dalam apa keadaan sekalipun.
   
  v  Contohnya, Bendahara Paduka Raja Tun Perak tidak membenarkan anak buahnyabertindak balas ke atas Raja Muhammad walaupun anaknya (Tun Besar) dibunuh.

  v  Bendahara Seri Maharaja pula tidak menentang hukuman bunuh yang dititahkan Sultan Mahmud Syah walaupun beliau tidak bersalah.

  v  Bendahara lebih rela dibunuh daripada menderhaka kepada rajanya.

  v  Kedudukan raja diperkukuhkan lagi dengan alat-alat kebesaran dan peraturan-peraturan, larangan-larangan yang dikenakan dalam hubungan raja-rakyat.


Konsep Kerajaan
  v  Konsep kerajaan dalam konteks Melayu merujuk kepada “satu organisasi besar yang dipimpin oleh raja dan pembesar-pembesar dalam menjalankan pemerintahan ke atas golongan rakyat bagi sesebuah negeri dan jajahan takluknya”. (Harun Daud, hlm 95)

  v  Kewujudan kerajaan disahkan lagi dengan adanya alat kebesaran kerajaan sebagai bukti kuasa raja yang memerintah. Ketiga-tiga putera Raja Suran yang turun di Bukit Siguntang yang turut membawa bersama alat kebesaran kerajaan seperti mahkota, pedang, curuk dan lembing serta cap kempa.

  v  Hal ini demikian kerana, setiap kerajaan Melayu memiliki alat-alat kebesaran diraja yang sendiri.


Konsep Negeri
  v  Menurut Harun Daud konsep negeri bagi Melaka ialah “ bukan sahaja terdiri dari Melaka malah semua negeri atau jajahan takluknya.

  v  Hubungan antara raja dan rakyat terjamin melalui undang-undang dan larangan. Fungsi undang-undang dan larangan untuk keamanan dan mengekalkan taat setia rakyat kepada pemerintah.

  v  Raja memerlukan negeri untuk membentuk kerajaan. Tempat-tempat yang dibuka dijadikan negeri biasanya tempat yang stategik dan mempunyai keistimewaan yang tertentu.

  v  Pembukaan sesebuah negeri dikaitkan dengan unsur mitos untuk menunjukkan bahawa tempat  yang dibuka itu membawa “tuah” atau kelebihan yang tersendiri.


Sistem  Pemerintahan
  v  Masyarakat Melayu tradisional khasnya Melaka mengamalkan sistem pemerintahan beraja secara mutlak.

  v  Secara umumnya, sistem pemerintahan beraja secara mutlak merupakan raja yang berkuasa sepenuhnya. Tambahan pula, Raja yang menduduki strata yang paling tinggi dan mempunyai kuasa autoriti, kuasa penuh ke atas rakyat dan berkuasa penuh dalam urusan kerajaan.

  v  Raja merupakan golongan yang memerintah dan rakyat pula ialah golongan yang diperintah. Persetujuan ini hasil daripada waadat antara Seri Teri Buana dengan Lemang Lebar Daun.

  v  Kedudukan Raja tidak boleh diganggu gugat. Raja boleh berbuat apa sahaja dan tidak boleh dibantah, misalnya dalam menjatuhkan hukuman mati.

  v  Pengganti raja ditentukan oleh raja pemerintah. Biasanya mengikut keturunan sebelah ayah. Selain itu, raja ditentukan pelantikannya melalui wasiat misalnya perlantikan Sultan Mahmud Syah sebagai ganti memerintah daripada wasiat ayahandanya iaitu Sultan Alau’din Riayat Syah

  v  Pemerintahan negeri dibantu oleh pembesar-pembesar negeri yang melaksanakan perintah raja. Hubungan raja dan pembesar sangat erat dan kadang-kadang wujud pertalian darah misalnya perlantikan Puteri Bendahara dikahwini oleh Sultan.

  v  Pembesar memainkan peranan utama dalam kerajaan Melayu Melaka seperti Bendahara, Temenggung, Penghulu Bendahari dan Syahbandar. Pembesar negeri dilantik oleh raja. Tugas dan kedudukan pembesar mengikut bidang tugas masing-masing.


KECEMERLANGAN DAN KEJATUHAN KUASA POLITIK
  v  Kuasa politik Melaka melalui empat tahap perkembangan. Tahap pertama meliputi tahap pembukaan Melaka semasa pemerintahan Raja Iskandar Syah, Raja Besar Muda dan Raja Tengah.

  v  Pada tahap kedua pula meliputi pengukuhan kerajaan Melaka yang berlangsung pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah dan Sultan Abu Syahid.

  v  Manakala tahap ketiga iaitu zaman kegemilangan Melaka yag berlangsung pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah dan Sultan Alau’d-Din Riayat Syah.

  v  Manakala pada tahap keempat pula merupakan zaman kejatuhan Melaka yang berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah.


Pembukaan Melaka
  v  Teks Sulalatus Salatin menceritakan Melaka dibuka oleh Raja Iskandar Syah yang lari dari Singapura.

  v  Pembukaan Melaka dikaitkan dengan mitos Raja Iskandar Syah melihat kejadian aneh iaitu seekor pelanduk putih menendang anjing perburuan lalu jatuh ke sungai.
  
  v  Ketika kejadian Raja Iskandar Syah menyandar di bawah sepohon pokok bernama Melaka.

  v  Melaka mula bertapak sebagai kuasa politik yang kuat dan disegani yang dilihat telah mencapai kejayaan sebagai sebuah negeri yang hebat pada ketika itu. Melaka juga telah mengatasi ancaman daripada Siam.


Tahap Kegemilangan
  v  Puncak kegemilangan kejayaan Melaka dicapai pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah dan Sultan Alau’d-Din Riayat Syah.

  v  Melaka juga berperanan sebagai empayar Melayu yang kuat dan besar.

  v  Melaka muncul sebagai pusat perdagangan, pusat persinggahan Timur dan Barat dan juga sebagai pusat pegembangan Islam serta hasil-hasil kesusasteraan Melayu dan Islam di Kepulauan Melayu

  v  Kegemiangan Melaka dikaitkan dengan kewibawaan  pembesar-pembesar negeri yang berjaya mentadbir Melaka dengan penuh kebijaksanaan.

  v  Pada ketika itu, Melaka melaksanakan dasar perluasan tanah jajahan dan berjaya menakluki Pahang.

  v  Keturunan raja Melaka memerintahkan Pahang sebagai contohnya, Raja Muhammad.

  v  Melaka juga menakluki Inderagiri, Jambi, Siantan, Kampar dan Siak, Haru, Manjong, Beruas, Kelantan dan Terengganu.  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan