Kanon Melayu

Kanon Melayu ialah Sejarah Melayu. Dalam Blog ini, kami akan mengongsikan maklumat-maklumat berkaitan dengan Kanon Melayu. diharapkan perkongsian kami dapat membantu semua pembaca dalam mengetahui lebih dalam berkaitan dengan Sejarah Melayu. Terima Kasih.

Rabu, 30 Mei 2018

ISI KANDUNGAN SULALATUS SALATIN


v  Sulalatus Salatin mengandungi peristiwa yang berasaskan fakta-fakta sejarah seperti kisah raja-raja memerintah Melaka. Contohnya peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman pemerinthan Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah, Sultan Mahmud Syah dan lain-lain.

v  Turut dimuatkan ialah kisah perhubungan luar Melaka dengan negara-negara jiran dan negara-negara luar seperti hubungan Melaka dengan Negeri Siam, Benua China, Benua Keling, Pasai, Pahang dan lain-lain.

v  Sulalatus Salatin juga memaparkan kisah-kisah peperangan dan penaklukan.Contohnya penaklukan Melaka ke atas Siak, Kampar, Pahang dan lain-lain, serta kedatangan Peringgi dan penguasaannya ke atas Melaka.

v  Selain itu Sulalatus Salatin turut  mengaitkan peristiwa-peristiwa yang bersifat fiksyen dan mitos. Contohnya seperti kisah Raja Suran turun ke negeri bawah laut yang bernama Dika; dan juga kisah-kisah di Bukit Si Guntang.

v  Selain itu terdapat juga kisah-kisah mitos seperti mitos pembukaan tempat dan negeri, seperti pembukaan Pasai, Singapura dan Melaka; mitos kemasukan Islam di Melaka, dan mitos peminangan Puteri Gunung Ledang. Sulalatus Salatin tidak ketinggalan memuatkan kisah tokoh-tokoh yang dianggap legenda seperti Badang, Hang Tuah, Tun Perak dan lain-lain.

1 ulasan: