1. AGAMA
Penceritaan mengenai kemasukan Islam
ke Pasai dan Melaka telah dimitoskan dengan tujuan untuk mengagungkan Islam dan
menunjukkan keistimewaan raja itu sendiri. Penceritaannya memberi gambaran
bahawa Islam benar-benar berkembang di Melaka, bermula dari istana Melaka dan
terus berkembang di kalangan rakyat jelata. Raja Melaka pertama beragama Islam
ialah Raja Kecil Besar atau Sultan Muhammad Syah. Gelaran Sultan diguna pakai
setelah Raja Melaka memeluk Islam. Unsur Islam juga dapat dilihat daripada penyebutan
dan menonjolkan
tokoh-tokohulamadalamIslam.
Antaranya Iskandar Zul-Karnian, yang
merupakan tokoh pahlawan Islam yang terkenal gagah dan berani dalam menaikkan
martabat Islam di dunia. Tokoh ini
dikaitkan dengan asal usul keturunan raja Melaka yang bertujuan untuk
menunjukkan keagungan raja-raja Melaka.
Tokoh-tokoh lain yang disebut seperti
tokoh pahlawan Islam yang terkenal Amir Hamzah, tokoh-tokoh nabi seperti Nabi
Ibrahim dan Nabi Khidir. Sulalatus Salatin menceritakan pernikahan Raja Iskandar
Zul-Karnain dengan Puteri Syahrul-Bariyah disempurnakan oleh Nabi Khidir. Mas
kahwinnya sebanyak 300 ribu dinar emas (Cetera 1).
Tokoh-tokoh pendakwah Islam, iaitu
ulama-ulama Islam dari Asia Barat (TimurTengah) datang ke Melaka bertujuan
mengembangkan agama Islam dan mengajar ilmu Islam berpusat di istana Melaka.
Tokoh-tokoh tersebut seperti Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Kadi Yusuf,
dan Maulana Sadar Jahan.Tokoh-tokoh ini diberi penghormatan dan pengiktirafan
tinggi di istana Melaka. Mereka sangat berpengaruh terutama dalam soal-soal
berkaitan dengan hal-ehwalkeagamaan.
Unsur Islam dalam Sulalatus Salatin
juga terlihat dalam perjalanan adat-lstiadat dan perundangan yang diamalkan
kerajaan Melaka. la meliputi hal-hal seperti upacara akad nikah kahwin, dan
perayaan-perayaan hari kebesaran Islam seperti menyambut Hari Raya Aidil Fitri
dan Hari Raja Korban. Selain gambaran Islam juga dapat dilihat melalui adat berkhatan.
Menjadi suatu amalan kepada raja-raja
Melaka yang mangkat meninggalkan wasiat kepada pembesar negeri dan putera
mahkota. Misalnya wasiat kepada Raja Ahmad (timang-timangan Raja Hussain)
(Sulalatus Salatin, hlm. 171-172) dan wasia`t Sultan Alau'd-Din Riayat Syah
kepada Sultan Mahmud (Raja Mamad) (Sulalatus Salatin, hlm.186-187). Melalui
wasiat, banyak didapati unsur pengajaran dan nasihat yang bersumberkan al-Quran
dan hadis
Unsur Islalm dalam Sulalatus Salatin
juga ketara melalui penyebutan tentang kewujudan karya-karya Kesusasteraan
Islam di Melaka contohnya Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikyat Amir Hamzah.
Hikayat-hikayat ini dibaca oleh panglima-panglima Melaka untuk menaikkan
semangat keperwiraan menentang musuh seperti Peringgi. (Sulalatus Salatin, hlm.
268-269)
Penceritaan dalam Sulalatus Salatin diselitkan dengan puisi Arab iaitu syair. Pengggunaan puisi atau bidalan Arab ini dalam menjelaskan sesuatu gambaran berkesan memberi nilai estetika pada teks tersebut. Lebih jelas menunjukkan keupayaan orang-orang Melaka menguasai seni sastera ini dalam penulisan karya agung itu. Perkara ini jelas dipaparkan dalam peristiwa Sultan Mahmud yang melihat kecantikan Tun Fatimah. Sulalatus Salatin menceritakan hal tersebut melalui syair Arab; Ma yarji'u al-taffu 'ainnahu 'inda ru'yatihi, Hatta yu' ada i-laiya al-taffa musytaqu yakni tiada akan berkelip kelopak mata tatkala melihat dia, hingga berkelip kepadanya kelopak mata, makin bertambah dendam juga, adanya. (Sulalatus Salatin, hlm 251 ).
Penceritaan dalam Sulalatus Salatin diselitkan dengan puisi Arab iaitu syair. Pengggunaan puisi atau bidalan Arab ini dalam menjelaskan sesuatu gambaran berkesan memberi nilai estetika pada teks tersebut. Lebih jelas menunjukkan keupayaan orang-orang Melaka menguasai seni sastera ini dalam penulisan karya agung itu. Perkara ini jelas dipaparkan dalam peristiwa Sultan Mahmud yang melihat kecantikan Tun Fatimah. Sulalatus Salatin menceritakan hal tersebut melalui syair Arab; Ma yarji'u al-taffu 'ainnahu 'inda ru'yatihi, Hatta yu' ada i-laiya al-taffa musytaqu yakni tiada akan berkelip kelopak mata tatkala melihat dia, hingga berkelip kepadanya kelopak mata, makin bertambah dendam juga, adanya. (Sulalatus Salatin, hlm 251 ).
Sulalatus Salatin juga menyentuh
tentang corak pendidikan dan perkembangan ilmu keislaman. Istana igambarkan
sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu Islam. Pasai dikatakan menjadi sebagai pusat
bermuzakarah mengenai ilmu fiqah mengikut mazhab Shafie. Istana dijadikan pusat
pengajaran Islam dengan sultan dan pembesar turut belajar dan menuntut ilmu.
Ulama-ulama, guru-guru agama dan
pendakwah berkumpul di istana. Contohnya, Maulana Sadar Jahan dari Jeddah
mengajar di Melaka. Maulana Yusuf mengajar tasawuf. Sultan Mahmud turut belajar
ilmu agama
Kitab-kitab agama seperti Kitab
Duri'l-Mazlum dibawa ke Melaka oleh Maulana Abu Bakar dan diajar di istana
Melaka. Sultan Mansur Syah turut belajar kitab ini. Diceritakan juga tentang
utusan dari Melaka ke Pasai untuk menyelesaikan masalah-masalah berkait ilmu
Islam kerana di Pasai ramai ulama-ulama berkumpul bermuzakarah tentang
ilmu-ilmu keislaman.
Unsur Islam dalam Sulalatus Salatin
juga tergambar melalui teknik penulisannya. Mukadimah Sulalatus Salatin dimulai
dengan Bismillahir-rahmanir-rahim.
Dalam mukadimah disertakan ayat-ayat
al-Quran dan diikuti pula dengan terjemahan dalam bahasa Melayu. Struktur
penulisan seperti ini adalah teknik yang biasa dalam karya-karya Arab-Parsi.
Pada tiap-tiap akhir cetera, pengarang menutupnya dengan ayat "Wa'llahu
a'lamu bi's-sawab, wa illaihi 'Imarji'u wa 'l-ma'ab." .Hanya pada akhir
cetera ke XV sahaja diakhiri dengan ayat " Wa'llahu a'lam."
Terdapat juga struktur penulisan
menggunakan gaya khutbah. Ini jelas ketika memberi nasihat yang meleret-leret
dalam wasiat. Selain itu kalimat-kalimat Arab-Parsi digunakan dalam ayat
antaranya Syahbandar, alam, bahari, sahibul hikayat dan Iain-Iain.
2.SEJARAH
Sulalatus Salatin banyak
mencatatkan peristiwa-peristiwa yang benar-benar berlaku dan diketahui oleh
masyarakat umum cuma agak kabur kerana adanya unsur-unsur sastera di
samping tiada catatan tarikh bagi setiap peristiwa sejarah yang
dikemukakan. Tokoh-tokoh yang dipaparkan dalam Sulalatus
Salatin merupakan tokoh-tokoh Melayu Melaka yangmemperlihatkan
keunggulan pemerintahan seperti Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur
Syah,dan Sultan Alau'd-din Riayat Syah Turut digambarkan ialah
pembesar-pembesar Melaka seperti Tun Ali dan Tun Perak dan Tun
Mutahir
Sifat sejarah
dalam Sulalatus Salatin juga dapat dikesan melalui
peristiwa-peristiwa yang tercatat di dalamnya. Peristiwa seperti
pembukaan Melaka dan Singapura, kejatuhan Melaka, penyebaran Islam di
Melaka, hubungan diplomatik Melaka dengan kuasa-kuasa lain adalah catatan
sejarah yang jelas. Kelompok masyarakat yang didedahkan dalam Sulalatus
Salatin memperlihatkan satu kelompok yang tertulis di dalam sejarah.
Golongan yang diceritakan ialah golongan raja, pembesar, rakyat
dan hamba abdi.
Melaka yang terkenal sebagai
pusat perdagangan merupakan sifat sejarah yang dapat ditinjau melalui
karya Sulalatus Salatin. Ekonomi
Melaka begitu kukuh kerana Melaka menjadi tumpuan pedagang dan
saudagar-saudagar dari Arab, benua Keling, dan China. Antara
saudagar-saudagar yang disebutkan dalam Sulalatus
Salatin termasuklah Raja Mendaliar, Ali Manu Nayan, dan Nina Sura Dewana.
Dalam aspek
politik, jelas bahawa sejarah telah menunjukkan Melaka suatu ketika dahulu
merupakan kuasa besar dan berpengaruh. Dari segi penaklukan dan hubungan
diplomatik, Melaka dianggap sebagai kuasa yang berjaya menewaskan
negeri-negeri tertentu denganmudah. Melaka menjalin hubungan dengan
kuasa-kuasa besar seperti China, Majapahit, Pasai, Haru, dan Siam.
Kedatangan agama Islam di alam Melayu
seperti yang diperkatakan dalam Sulalatus Salatinmerupakan satu sifat
sejarah. Walaupun dalam Sulalatus Salatin tidak disebut tarikh-tarikh
penerimaan Islam di Pasai dan Melaka tetapi pada hakikatnya
kedatangan Islam ke tempat-tempat berkenaan adalah fakta yang
tidak boleh ditolak. Kedatangan Islam telah melahirkan tokoh-tokoh agama seperti
Kadi Menawar, Kadi Maulana Abu Bakar, dan beberapa lagi manakala, Sultan
Alau'd-Din pula mengenakan undang-undang Islam dalam pemerintahan
baginda di Melaka. Kedatangan Portugis atau Benggali Putih dalam Sulalatus
Salatin juga merupakan peristiwa sejarah sebenar. Pada saat kemerosotan Melaka,
pentadbiran menjadi lemah dan kucar-kacir,danlemah. Apabila Portugis menyerang
dengan mudah dapat mengalahkan dan menawan Melaka.
3. KEMANUSIAAN
Kemanusiaan bermaksud hal-hal mengenai
manusia atau sifat-sifat manusia. Sifat-sifat manusia
itu meliputi hal-hal yang baik dan
murni iaitu sifat yang dituntut sebagai suatu yang seharusnya
dimiliki oleh seorang yang bernama manusia kerana kelebihan kejadian sifat
manusia yang dianugerah akal dan budi disamping nafsu. Kemanusiaan
juga dilihat dari sudut
sifat-sifat yang berlawanan atau bertentangan atau sesuatu yang
jahat dan buruk. Dalam konteks perbincangan ini, unsur kemanusiaan
akan dilihat dari kedua-dua sudut di atas.
Dengan
lain perkataan, unsur kemanusiaan dilihat dari sudut;
1.
Sifat-sifat positif atau nilai-nilai baik, murni yang mengutamakan
nilai kemanusiaan. Termasuk dalam sifat-sifat ini seperti adil, berbudi
bahasa, berjasa, bertimbangrasa,nasihat menasihati atau pengajaran.
2.
sifat-sifat negatif atau yang jahat dan buruk yang mengenpikan nilai-nilai kemanusiaan. Termasuk dalam
sifat-sifat ini seperti sifat kejam dan gangs,
perasaan dendam dan iri hati, pemarah
dan emosinal, curang (belot), tamak haloba, cemburu dan zalim.
Meneliti unsur-unsur kemanusiaan dalam Sejarah
Melayu dapat dilihat
daripada sudut;
i. Perbuatan
atau tingkah laku.
ii. Kata-kata
atau dialog watak.
Kedua-dua
sudut di atas biasanya akan melibatkan golongan raja dan pembesar-pembesar
kerana peristiwa atau kisah dalam Sejarah Melayu adalah bersifat
"istana-centrik". Jadi penglibatan golongan raja dan pembesar jelas
dalam urusan pentadbiran negeri serta yang melibatkan peranan mereka dalam
hubungan sesebuah kerajaan. Dengan lain perkataan, penelitian unsur-unsur kemanusiaan
dalam konteks perbincangan di sini akan berkait secara langsung dengan penglibatan dan peranan golongan istana (raja dan
pembesar) dengan pemerintahnya.
KEMANUSIAAN YANG POSITIF
(MENGUTAMAKAN NILAI KEMANUSIAAN)
1.
Sejarah Melayu menyebut dengan jelas tentang beberapa orang raja dan pembesar
Melaka yang mentadbir Melaka dengan
penuh sifat-sifat adil dan bijaksana. Mereka mengutamakan tanggungjawab
dan amanah sebagai ketua negara bagi menjamin kehidupan rakyat dalam aman dan
damai. Sultan
Melaka yang memiliki sifat adil dan saksama ialah;
i.
Sultan Mansur Syah. Sejarah Melayu menyebut ten tang sifat baginda sebagai; "terlalu baik parasnya, serta
dengan adilnya lagi murah; seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada
sepertinya pads zaman itu."
ii.
Sultan Alauddin Riayat Syah juga terkenal sebagai seorang Sultan yang adil dan
bertanggungjawab. Baginda sanggup menyamar sebagai rakyat biases bagi
mengetahui sendiri tentang kawalan keselamatan yang dilakukan oleh pembesar-pembesar
negeri dengan tujuan mengatasi masalah kecurian di Melaka.
iii.
Raja Kecil Besar juga seorang pemerintah yang digambarkan sebagai "Terlalu
adil baginda pada memelihara segala rakyat lagi dengan murahnya". (SM,
hal. 83)
"Sultan
Muhammad itu selama di atas kerajaan terlalu sekali adil baginda memeliharakan
segala manusia."
2.
Sifat dan kelakuan Berbudi
Bahasa juga merupakan salah satu sifat yang amat mulia.
Bendahara
Paduka Tun Perak terkenal sebagai seorang yang berbudi bahasa tinggi. Walau pun
ia mengetahui Hang Tuah memburuk-burukkan peribadinya kerana enggan menolong
Sultan Zainul Abidin di Pasai bagi kali keduanya (kerana Sultan Pasai itu
enggan mengirim "sembah" pada Raja Melaka) tetapi apabila ditanya
oleh Raja Melaka, Bendahara tetap memuji-muji kebaikan peribadi Hang Tuah
sewaktu berada di Pasai. Hang Tuah berasa amat malu dengan kemuliaan budi Bendahara
Paduka Raja. Selepas peristiwa itu Hang Tuah datang memohon maaf dan sujud di
kaki Bendahara. Sekali lagi Bendahara memaafkan Hang Tuah;
"Maka
Laksamana pun datang, lalu meniarap pada kaki Bendahara. Sembah Laksamana
kepada Bendahara, "Sungguhlah Tuanku sedia asal orang besar-besar penghulu
kepada saya sekalian." .
3. Berjasa dan Berbakti
:
Dalam
konteks pemerintahan feudal raja memilik kuasa mutlak. Rakyat dan pembesar akan
memberi tumpuan dan menumpahkan sepenuh taat setia serta berbakti kepada raja.
Sebagai pembalasan dan rasa penghargaan di atas jasa bakti yang di curahkan,
Sultan akan memberi anugerah atau kurnia sama ada dalam bentuk persalinan,
barang-barang berharga seperti emas, permata atau kurniaan pangkat kebesaran
dan gelaran-gelaran tertentu.
3.1
Jasa bakti Tun Perak sewaktu angkatan Siam menyerang Melaka.
Tun Perak memegang jawatan sebagai penghulu orang-orang Kelang. Kejayaan Tun
Perak menyekat kemaraan Siam serta serangan Siam hingga menyelamatkan Melaka
tanpa pertumpahan darah telah mendapat pengiktirafan yang tinggi daripada
Sultan Muzaffir Syah. Tun Perak di lantik sebagai Perdana Menteri dengan
gelaran Paduka Raja. Jika mengikut adat dan peraturan Melaka, Tun Peraklah yang
sepatutnya menduduki jawatan sebagai Bendahara Melaka setelah ayahandanya
Bendahara Seri Wak Raja mati (minun racun) tetapi oleh kerana Seri Nara Diraja
sangat berpengaruh (jasanya menaikkan Sultan Muzaffir Syah di atas takhta) maka
jawatan Bendahara dipegang oleh Seri Nara Diraja Tun Ali.
Tun
Perak seolah-olah membawa diri ke Kelang dan dilantik sebagai Penghulu Kelang.
Sebagai seorang anak pembesar, darah pembesar tetap mengalir dalam diri Tun
Perak. Kewibawaan beliau sebagai tokoh pemimpin yang berkelibar tetap
terserlah. Beliau tidak pernah "merajuk" dalam melaksanakan tugas dan
berbakti kepada Melaka walaupun ia tersingkir daripada jawatan yang menjadi
"haknya". Ini jelas apabila raja mengerahkan seluruh pahlawan
daripada segenap pelusuk negeri berkumpul di Melaka bagi menghadapi serangan
Siam.
3.2
Jasa bakti Hang Tuah setelah berjaya membunuh Hang Jebat. Hang Tuah
adalah seorang panglima yang sangat bedasa. Jasa bakti yang pernah dicurahkan
kepada rajanya tidak pernah mengenal erti keperitan. Sungguhpun beliau telah
diperlakukan secara tidak adil oleh Sultan Mansur, namun sebagai hamba Melayu
yang taat dan berpegang teguh pada konsep "pantang Melayu
menderhaka pads rajanya", Hang Tuah tetap berusaha dan melaksanakan
segala titah raja. Dia sanggup membunuh sahabat karib yang telah dianggap
sebagai saudara sendiri demi berbakti pads rajanya, sungguhpun Hang Jebat
menderhaka kerana membela kematiannya. Jasa bakti Hang Tuah mengembalikan
maruah Sultan Mansur Syah telah mendapat penghargaan daripada Sultan. Sejarah
Melayu mencatatkan;
"Maka
terlalu sukacita baginda. Maka segala pakaian yang dipakai baginda itu semuanya
dianugerahkan kepada Hang Tuah .... telah itu Hang Tuah dilekatkanlah gelar
"Laksamana" itu diarak keliling negeri, seperti adat anak raja-raja,
didudukkan tara Seri Nara Diraja. (Penghulu
Bendahari)
3.3
Jasa bakti Tun Telanai dan Menteri Jana Putra serta utusan Melaka
yang pergi ke Siam kerana berhasil menjalinkan hubungan baik antara Melaka dan
Siam mendapat penghargaan Sultan;
"Maka
baginda pun terlalu sukacita, serta memberi persalinan Tun Telanai dan Menteri
Jana Putra, dan akan segala utusan Siam itu."
4. Sifat bertimbangrasa
atau diplomasi
Sifat
ini jugs sangat jelas dalam beberapa tindakan yang dibuat terutamanya oleh
pihak pemerintah yang menentukan sesuatu dasar atau tindakan. Dengan wujudnya
sifat kemanusiaan yang murnii ini, beberapa perkara buruk yang melibatkan
kemusnahan dapat dihindari.
4.1.
Raja Iskandar Zulkamain sewaktu menyerang Neged Kida Hindi
telah bedaya menawan negeri tersebut. Raja Kida Hindi telah dilslamkan, begitu
juga dengan segala pembesar dan rakyatnya. Puteri Raja Kida Hindi telah di
Islamkan dan dijadikan isterinya. Tindakan Raja Iskandar jelas mengandungi
nilai-nilai kemanusiaan yang sangat mulia kerana pada kebiasaannya dalam
peperangan, negeri yang kalah bermakna rajanya terpaksa turun takhta. Tetapi
kerana kemanusiaan, Raja Iskandar terus "membenarkan" Raja Kida Hindi
memerintah dan membimbing baginda kepada agama yang diredhai.
4.2.
Keputusan yang dibuat oleh Sultan Muzaffir Syah menceraikan isteri
kesayangannya Tun Kudu adalah suatu tindakan yang amat diplomasi bagi
menyelesaikan persengketaan dua orang pembesar yang berpengaruh di Melaka
waktu itu. Sifat timbangrasa Sultan yang sekaligus mengorbankan kepentingan
diri demi untuk keutuhan kerajaan dibawah pemerintahannya itu telah membawa
suatu kejayaan yang amat besar dalam survival politik Melaka
seterusnya. Kerana hasil daripada sifat bagindalah telah mententeramkan
pergolakan dalaman yang seterusnya memberi kekuatan dan kesatuan di kalangan
pembesar dan pengikut daripada kedua belah pihak (pihak Tun Perak dan pihak
Seri Nara Diraja). Malah dengan keputusan yang penuh diplomasi itu juga telah
memberi "laluan" kepada seorang tokoh pembesar yang sangat berkelibar
iaitu Tun Perak untuk menduduki tempat Bendahara. Dan ini jelas terbukti
daripada peranan yang disumbangkan oleh Bendahara Paduka Raja Tun Perak
sewaktu memegang jawatan tersebut.
4.3.
Sultan Alauddin Riayat Syah adalah terkenal dengan sifat-sifat adil dalam
membuat keputusan yang wajar demi untuk menjaga keamanan Melaka. Dengan
tindakan baginda, telah memberi keselesaan kepada kehidupan rakyat.
Tindakannya telah memberi kesedaran kepada pembesar‑pembesar negeri yang
bertanggungjawab dalam soal-soal keselamatan untuk bekerja dengan lebih
bersungguhsungguh bagi mengembalikan keamanan dan menjamin keadaan aman
berpanjangan dengan menguatkuasakan undang-undang dan hukuman. Tindakan yang tegas
dan peraturan yang sistematik telah dilaksanakan pada masa pemerintahan Sultan
Alauddin Riayat Syah bagi menjamin raja-raja di negeri jajahan Melaka tidak
menggunakan kuasa secara berleluasa serta bagi memastikan raja-raja itu
melaksanakan pemerintahan dengan penuh keadilan dan saksama.
4.4.
Sultan Mahmud Syah walaupun terkenal sebagai seorang raja yang kejam dan tidak
berperikemanusiaan, namun dalam usianya meningkat tua, dengan pengalaman yang
semakin bertambah luas, baginda boleh membuat pertimbangan yang lebih wajar.
Di waktu usianya semakin bertambah, baginda telah insaf dan
timbul kesedaran bahawa sesuatu tindakan atau keputusan yang akan dibuat
seharusnya mendapat persetujuan hasil daripada muafakat dan perbincangan
dengan pembesar-pembesar yang lebih tua, lebih berpengalaman. Sebab itulah
apabila mengetahui bahawa anakandanya Raja Ahmad mengenepikan menteri-menteri
yang tua, Sultan Mahmud bertindak membunuh anakandanya. Baginda juga amat
menyesal dengan keterlanjuran membunuh Bendahara Seri Maharaja dan keluarga
yang temyata tidak berdosa. Sebagai tanda penyesalannya, baginda turun dari
takhta clan menghabiskan sisa-sisa hidup dengan berkhalwat di Hulu Melaka.
5. Memberi Nasihat dan
Pengajaran :
Nasihat
menasihati antara satu dengan yang lain amatlah dituntut dalam mengatur
kehidupan agar tidak tergelincir daripada landasan kemanusiaan yang mumi dan
abadi. Golongan tua biasanya bertindak sebagai penunjuk ajar, memberi
pengajaran kepada yang lebih muda dengan harapan tindakan yang dilakukan tidak
melampaui batas-batas kemanusiaan serta dapat berlaku adil, tidak menimbulkan
masalah atau beban kepada golongan masyarakat di bawahnya. Unsur nasihat dan
pengajaran ke arah kebaikan demi kesejahteraan hidup amat jelas melalui
wasiat-wasiat. Malah jenis wasiat amat kaya dengan unsur nasihat dan
pengajaran.
5.1. Wasiat
Sultan Alauddin Riayat Syah
Wasiat
padapembesarnegeri ; Jikalau suatu khilap bebalnya, sangat-sangat maaf
sekalian akan dia, dan tegur ajar, kerana ia lagi budak."
Wasiat
pada Raja Muhammad ; hendaklah banyak‑banyak ampun mu akan segala hamba
sahayamu, dan baik‑baik peliharamu akan dia,jikalau datang kepadamu dua
pekerjaan, yakni pekerjaan Allah dengan pekerjaan dunia, maka dahulukan olehmu
pekerjaan Allah, tinggalkan pekerjaan dunia, hendaklah engkau sangat-sangat
menyerahkan dirimu ke hadrat Allah Taala. Dan segala anak Melayu, bagaimana
besar dosanya, jangan kamu bunch, melainkan dosanya derhaka; kerana segala
Melayu itu tanahmu, Jikalau kaubunuh ia dengan tiada
dosanya,
bahawa kerajaanmu binasa."
bahawa kerajaanmu binasa."
6. Keimanan dan
Ketakwaan :
Sifat-sifat
ini berkait dengan amalan agama Islam. Dengan mengamalkan sifat ketakwaan
manusia akan hidup lebih sempuma. Dalam Sejarah Melayu, banyak
peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan soal-soal keimanan ini diceritakan
terutama dalam episod-episod seperti ;
6.1.
Raja dan pembesar Melaka menuntut ilmu agama daripada guru-guru agama yang
datang dari Judah. Sultan Mahmud dan Bendahara Seri Maharaja pemah belajar
agama pada Makhdum Sadar Jehan.
6.2.
Kerajaan Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffir Syah telah, melaksanakan
hukuman mengikut Islam iaitu hukuman potong tangan kepada mereka yang melakukan
kesalahan mencuri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan