1.SEJARAH KEDATANGAN ISLAM DI PASAI DAN MELAKA
Penceritaan
mengenai kemasukan Islam ke Pasai dan Melaka telah dimetoskan Di Pasai, Merah
Silu diislamkan oleh Fakir Muhammad. Pada malamnya bermimpi berpandangan dengan
Rasulullah. Rasulullah meminta baginda menganga mulut. Diludahinya, pada
keesokannya badannya berbau narawastu Baginda dapat membaca al-Quran tanpa
diajar, kemudian menukar namanya kepada Sultan Malikut Salleh.
Di Melaka, Raja
Kecil Besar bermimpi berpandangan dengan keelokkan Rasulullah. Rasulullah
meminta baginda mengucap dua kalimah syahadat dan meminta Raja Kecil Besar
menukar namanya kepada Raja Muhammad. Keesokan harinya didapati badannya berbau
narawastu dan kalam sudah dikhatankan. Baginda dapat membaca al-Quran.Mimpi
baginda menjadi kenyataan dimana pada waktu asar kapal Syed Abdul Aziz turun ke
pantai Melaka dan beliau bersembahyang di situ.
Tujuan dimetoskan
kedatangan Islam iniadalah bertujuan mengagungkan Islam. Ia memberi gambaran
bahawa Islam benarbenar berkembang di Melaka, bermula di istana Melaka dan
terus berkembang di kalangan rakyat jelata. Raja Melaka pertama beragama Islam
ialah Sultan Muhammad Syah.Gelaran Sultan digunakan setelah Melaka memeluk
Islam.
2. PENYEBUTAN DAN PENONJOLAN TOKOH-TOKOH ISLAM
Tokoh Iskandar
Zulkarnain adalah pahlawan Islam yang terkenal gagah berani dalam menaikkan
martabat Islam di dunia. Tokoh ini dikaitkan dengan asal usul keturunan raja
Melaka bertujuan untuk menunjukkan keagungan raja. Tokoh-tokoh lain yang disebut
seperti tokoh pahlawan Islam yang terkenal Amir Hamzah Tokoh-tokoh pendakwah
Islam,ulama-ulama Islam dari Asia Barat datang ke Melaka bertujuan
mengembangkan agama Islam dan mengajar ilmu Islam berpusat di istana
Melaka.Tokoh-tokoh tersebut seperti : Syed Abdul Aziz Maulana Abu Bakar Kadi
Yusuf Maulana Sadar Jahan Tokoh-tokoh ini diberi penghormatan dan pengiktirafan
tinggi di istana Melaka. Mereka sangat berpengaruh terutama dalam soal-soal
berkaitan dengan hal-ehwal keagamaan.
3. ADAT ISTIADAT DAN PERUNDANGAN
Unsur-unsur Islam
terdapat dalam adat istiadat dan perundangan yang diamalkan kerajaan Melaka. Ia
meliputi : Upacara akad nikah kahwin Perayaan-perayaan hari kebesaran Islam
seperti menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Korban Adat-adat seperti
berkhatan.
Amalan wasiat
menjadi suatu amalan kepada raja-raja Melaka yang mangkat meninggalkan wasiat
kepada pembesar negeri dan putera mahkota. Misalnya, wasiat kepada Raja Ahmad.
Juga wasiat Sultan Alauddin Riayat Syah kepada Sultan Mahmud. Melalui wasiat
ini ia terselit serta kaya dengan unsur-unsur pengajaran dan nasihat yang
bersumberkan al-Quran dan hadis.
4. KARYA-KARYA KESUSASTERAAN ISLAM
Istana Melaka
meyimpan karya-karya sastera Islam seperti pahlawan Islam yang terkenal iaitu
Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah Hikayat-hikayat ini dibaca
oleh panglimapanglima Melaka untuk menaikkan semangat keperwiraan menentang
musuh/Peringgi. Penceritaan diselit dengan puisi Arab iaitu syair. Penggunaan
puisi atau bidlan Arab ini dalam menjelaskan sesuatu gambaran berkesan memberi
nilai estetika pada teks tersebut.
Contohnya
menggambarkan keadaan Sultan Mahmud Syah ketika melihat kecantikan Tun Fatimah.
5. PENDIDIKAN DAN PERKEMBANGAN ILMU KEISLAMAN
Istana digambarkan
sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu Islam. Contohnya : Pasai sebagai pusat
bermuzakarah mengenai ilmu fiqah menikut mazhab Shafie Istana merupakan pusat
pengajaran Islam di mana sultan dan pembesar turut belajar dan menuntut ilmu.
Ulama-ulama,guru-guru agama dan pendakwh berkumpl di istana. Contohnya Maulana
Sadar Jahan dari Jeddah mengajar di Melaka. Maulana Yusof mengajar tasawuf.
Kitab-kitab agama
seperti Kitab Darul Mazlum dibawa ke Melaka oleh Maulana Abu Bakar dan diajar
di istana Melaka. Sultan Mansur Syah turut belajar kitab itu. Utusan Melaka ke
Pasai menyelesaikan masalahmasalah berkait ilmu Islam kerana di Pasai ramai
ulama-ulamaberkumpulbermuzakarah tentang ilmu-ilmu keislaman.
6. TEKNIK PENULISAN SULALATUS SALATIN
Mukadimmah dimulai
dengan Bismillahirrahmanir-rahim. Dalam mukadimah juga disertakan ayat-ayat
alQuran dan diikuti pula dengan terjemahan dalam Bahasa Melayu. Bagi
menjelaskan sesuatu atau sebagai perbandingan,pengarang memasukkan syair dan
bidalan Arab dengan disertakan terjemahannya sekali. Struktur penulisan
menggunakan gaya khutbah. Ini jelas ketika memberi nasihat yang meleretleret
dalam wasiat. Penggunaan
kalimat-kalimat Arab-Parsi digunakan dalam ayat antaranya Syahbandar, alam,
bahara, sahibul hikayat dan lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan