·
Kemanusiaan bermaksud hal-hal mengenai manusia atau
sifat-sifat manusia. Sifat-sifat manusia itu meliputi hal-hal yang baik dan
murni iaitu sifat yang dituntut sebagai suatu yang seharusnya dimiliki oleh
seorang yang bernama manusia kerana kelebihan kejadian sifat manusia yang
dianugerah akal dan budi disamping nafsu.
·
Kemanusiaan juga dilihat dari
sudut sifat-sifat yang berlawanan atau bertentangan atau sesuatu yang jahat dan
buruk. Dalam konteks perbincangan ini, unsur kemanusiaan akan dilihat dari
kedua-dua sudut di atas.
Dengan lain perkataan, unsur kemanusiaan dilihat dari
sudut;
·
Sifat-sifat positif atau
nilai-nilai baik, murni yang mengutamakan nilai kemanusiaan. Termasuk dalam
sifat-sifat ini seperti adil, berbudi bahasa, berjasa, bertimbangrasa,nasihat menasihati atau pengajaran.
·
sifat-sifat negatif atau yang
jahat dan buruk yang mengenpikan nilai-nilai kemanusiaan. Termasuk dalam
sifat-sifat ini seperti sifat kejam dan gangs, perasaan dendam dan iri hati,
pemarah dan emosinal, curang (belot), tamak haloba, cemburu dan zalim.
Meneliti unsur-unsur kemanusiaan dalam Sejarah Melayu
dapat dilihat daripada sudut;
i. Perbuatan atau tingkah laku.
ii. Kata-kata atau dialog watak.
·
Kedua-dua sudut di atas biasanya
akan melibatkan golongan raja dan pembesar-pembesar kerana peristiwa atau
kisah dalam Sejarah Melayu adalah bersifat "istana-centrik". Jadi
penglibatan golongan raja dan pembesar jelas dalam urusan pentadbiran negeri
serta yang melibatkan peranan mereka dalam hubungan sesebuah kerajaan.
·
Dengan lain perkataan, penelitian
unsur-unsur kemanusiaan dalam konteks perbincangan di sini akan berkait secara
langsung dengan penglibatan dan peranan golongan istana (raja dan pembesar)
dengan pemerintahnya.
KEMANUSIAAN YANG POSITIF (MENGUTAMAKAN NILAI
KEMANUSIAAN)
1. Sejarah Melayu menyebut dengan jelas tentang
beberapa orang raja dan pembesar Melaka yang mentadbir Melaka dengan penuh
sifat-sifat adil dan bijaksana. Mereka mengutamakan tanggungjawab dan amanah
sebagai ketua negara bagi menjamin kehidupan rakyat dalam aman dan damai. Antara
Sultan Melaka yang memiliki sifat adil dan saksama ialah;
·
Sultan Mansur Syah. Sejarah Melayu
menyebut ten tang sifat baginda sebagai; "terlalu baik parasnya, serta
dengan adilnya lagi murah; seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada
sepertinya pads zaman itu."
·
Sultan Alauddin Riayat Syah juga
terkenal sebagai seorang Sultan yang adil dan bertanggungjawab. Baginda
sanggup menyamar sebagai rakyat biases bagi mengetahui sendiri tentang kawalan
keselamatan yang dilakukan oleh pembesar-pembesar negeri dengan tujuan
mengatasi masalah kecurian di Melaka.
·
Raja Kecil Besar juga seorang
pemerintah yang digambarkan sebagai "Terlalu adil baginda pada memelihara
segala rakyat lagi dengan murahnya". (SM, hal. 83)
"Sultan
Muhammad itu selama di atas kerajaan terlalu sekali adil baginda memeliharakan
segala manusia."
2. Sifat dan
kelakuan Berbudi Bahasa juga merupakan salah satu sifat yang amat mulia.
·
Bendahara Paduka Tun Perak
terkenal sebagai seorang yang berbudi bahasa tinggi. Walau pun ia mengetahui
Hang Tuah memburuk-burukkan peribadinya kerana enggan menolong Sultan Zainul
Abidin di Pasai bagi kali keduanya (kerana Sultan Pasai itu enggan mengirim
"sembah" pada Raja Melaka) tetapi apabila ditanya oleh Raja Melaka,
Bendahara tetap memuji-muji kebaikan peribadi Hang Tuah sewaktu berada di
Pasai.
·
Hang Tuah berasa amat malu dengan
kemuliaan budi Bendahara Paduka Raja. Selepas peristiwa itu Hang Tuah datang
memohon maaf dan sujud di kaki Bendahara. Sekali lagi Bendahara memaafkan Hang
Tuah;
·
"Maka Laksamana pun datang,
lalu meniarap pada kaki Bendahara. Sembah Laksamana kepada Bendahara,
"Sungguhlah Tuanku sedia asal orang besar-besar penghulu kepada saya
sekalian." .
3. Berjasa dan Berbakti :
·
Dalam konteks pemerintahan feudal
raja memilik kuasa mutlak.
·
Rakyat dan pembesar akan memberi
tumpuan dan menumpahkan sepenuh taat setia serta berbakti kepada raja.
·
Sebagai pembalasan dan rasa
penghargaan di atas jasa bakti yang di curahkan, Sultan akan memberi anugerah
atau kurnia sama ada dalam bentuk persalinan, barang-barang berharga seperti
emas, permata atau kurniaan pangkat kebesaran dan gelaran-gelaran tertentu.
3.1. Jasa bakti Tun
Perak sewaktu angkatan Siam menyerang Melaka.
·
Tun Perak memegang jawatan sebagai
penghulu orang-orang Kelang. Kejayaan Tun Perak menyekat kemaraan Siam serta
serangan Siam hingga menyelamatkan Melaka tanpa pertumpahan darah telah
mendapat pengiktirafan yang tinggi daripada Sultan Muzaffir Syah.
·
Tun Perak di lantik sebagai
Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja.
·
Jika mengikut adat dan peraturan
Melaka, Tun Peraklah yang sepatutnya menduduki jawatan sebagai Bendahara Melaka
setelah ayahandanya Bendahara Seri Wak Raja mati (minun racun) tetapi oleh
kerana Seri Nara Diraja sangat berpengaruh (jasanya menaikkan Sultan Muzaffir
Syah di atas takhta) maka jawatan Bendahara dipegang oleh Seri Nara Diraja Tun
Ali.
·
Tun Perak seolah-olah membawa diri
ke Kelang dan dilantik sebagai Penghulu Kelang. Sebagai seorang anak pembesar,
darah pembesar tetap mengalir dalam diri Tun Perak.
·
Kewibawaan beliau sebagai tokoh
pemimpin yang berkelibar tetap terserlah. Beliau tidak pernah
"merajuk" dalam melaksanakan tugas dan berbakti kepada Melaka
walaupun ia tersingkir daripada jawatan yang menjadi "haknya".
·
Ini jelas apabila raja mengerahkan seluruh
pahlawan daripada segenap pelusuk negeri berkumpul di Melaka bagi menghadapi
serangan Siam.
3.2. Jasa bakti
Hang Tuah setelah berjaya membunuh Hang Jebat.
·
Hang Tuah adalah seorang panglima
yang sangat bedasa. Jasa bakti yang pernah dicurahkan kepada rajanya tidak
pernah mengenal erti keperitan.
·
Sungguhpun beliau telah
diperlakukan secara tidak adil oleh Sultan Mansur, namun sebagai hamba Melayu
yang taat dan berpegang teguh pada konsep "pantang Melayu menderhaka pads
rajanya", Hang Tuah tetap berusaha dan melaksanakan segala titah raja.
·
Dia sanggup membunuh sahabat karib
yang telah dianggap sebagai saudara sendiri demi berbakti pads rajanya,
sungguhpun Hang Jebat menderhaka kerana membela kematiannya.
·
Jasa bakti Hang Tuah
mengembalikan maruah Sultan Mansur Syah telah mendapat penghargaan daripada
Sultan. Sejarah Melayu mencatatkan;
"Maka terlalu sukacita baginda. Maka segala pakaian
yang dipakai baginda itu semuanya dianugerahkan kepada Hang Tuah .... telah itu
Hang Tuah dilekatkanlah gelar "Laksamana" itu diarak keliling
negeri, seperti adat anak raja-raja, didudukkan tara Seri Nara Diraja. (Penghulu Bendahari)
3.3. Jasa bakti Tun
Telanai dan Menteri Jana Putra serta utusan Melaka yang pergi ke Siam kerana
berhasil menjalinkan hubungan baik antara Melaka dan Siam mendapat penghargaan
Sultan;
"Maka baginda pun terlalu sukacita, serta memberi
persalinan Tun Telanai dan Menteri Jana Putra, dan akan segala utusan Siam
itu."
4. Sifat
bertimbangrasa atau diplomasi
·
Sifat ini jugs sangat jelas dalam
beberapa tindakan yang dibuat terutamanya oleh pihak pemerintah yang
menentukan sesuatu dasar atau tindakan.
·
Dengan wujudnya sifat kemanusiaan
yang murnii ini, beberapa perkara buruk yang melibatkan kemusnahan dapat
dihindari.
4.1. Raja Iskandar
Zulkamain sewaktu menyerang Neged Kida Hindi telah bedaya menawan negeri
tersebut.
·
Raja Kida Hindi telah dilslamkan,
begitu juga dengan segala pembesar dan rakyatnya. Puteri Raja Kida Hindi telah
di Islamkan dan dijadikan isterinya. Tindakan Raja Iskandar jelas mengandungi
nilai-nilai kemanusiaan yang sangat mulia kerana pada kebiasaannya dalam
peperangan, negeri yang kalah bermakna rajanya terpaksa turun takhta. Tetapi
kerana kemanusiaan, Raja Iskandar terus "membenarkan" Raja Kida Hindi
memerintah dan membimbing baginda kepada agama yang diredhai.
4.2. Keputusan yang
dibuat oleh Sultan Muzaffir Syah menceraikan isteri kesayangannya Tun Kudu
adalah suatu tindakan yang amat diplomasi bagi menyelesaikan persengketaan dua
orang pembesar yang berpengaruh di Melaka waktu itu.
·
Sifat timbangrasa Sultan yang
sekaligus mengorbankan kepentingan diri demi untuk keutuhan kerajaan dibawah
pemerintahannya itu telah membawa suatu kejayaan yang amat besar dalam survival
politik Melaka seterusnya.
·
Kerana hasil daripada sifat
bagindalah telah mententeramkan pergolakan dalaman yang seterusnya memberi
kekuatan dan kesatuan di kalangan pembesar dan pengikut daripada kedua belah
pihak (pihak Tun Perak dan pihak Seri Nara Diraja). Malah dengan keputusan yang
penuh diplomasi itu juga telah memberi "laluan" kepada seorang tokoh
pembesar yang sangat berkelibar iaitu Tun Perak untuk menduduki tempat
Bendahara.
·
Dan ini jelas terbukti daripada
peranan yang disumbangkan oleh Bendahara Paduka Raja Tun Perak sewaktu
memegang jawatan tersebut.
4.3. Sultan
Alauddin Riayat Syah adalah terkenal dengan sifat-sifat adil dalam membuat
keputusan yang wajar demi untuk menjaga keamanan Melaka.
·
Dengan tindakan baginda, telah
memberi keselesaan kepada kehidupan rakyat. Tindakannya telah memberi kesedaran
kepada pembesar‑pembesar negeri yang
bertanggungjawab dalam soal-soal keselamatan untuk bekerja dengan lebih
bersungguhsungguh bagi mengembalikan keamanan dan menjamin keadaan aman
berpanjangan dengan menguatkuasakan undang-undang dan hukuman.
·
Tindakan yang tegas dan peraturan
yang sistematik telah dilaksanakan pada masa pemerintahan Sultan Alauddin
Riayat Syah bagi menjamin raja-raja di negeri jajahan Melaka tidak menggunakan
kuasa secara berleluasa serta bagi memastikan raja-raja itu melaksanakan
pemerintahan dengan penuh keadilan dan saksama.
4.4. Sultan Mahmud
Syah walaupun terkenal sebagai seorang raja yang kejam dan tidak
berperikemanusiaan, namun dalam usianya meningkat tua, dengan pengalaman yang
semakin bertambah luas, baginda boleh membuat pertimbangan yang lebih wajar.
·
Di waktu usianya semakin
bertambah, baginda telah insaf dan timbul kesedaran bahawa sesuatu tindakan
atau keputusan yang akan dibuat seharusnya mendapat persetujuan hasil daripada
muafakat dan perbincangan dengan pembesar-pembesar yang lebih tua, lebih
berpengalaman. Sebab itulah apabila mengetahui bahawa anakandanya Raja Ahmad
mengenepikan menteri-menteri yang tua, Sultan Mahmud bertindak membunuh
anakandanya. Baginda juga amat menyesal dengan keterlanjuran membunuh
Bendahara Seri Maharaja dan keluarga yang temyata tidak berdosa. Sebagai tanda
penyesalannya, baginda turun dari takhta clan menghabiskan sisa-sisa hidup
dengan berkhalwat di Hulu Melaka.
5. Memberi Nasihat
dan Pengajaran :
·
Nasihat menasihati antara satu
dengan yang lain amatlah dituntut dalam mengatur kehidupan agar tidak
tergelincir daripada landasan kemanusiaan yang mumi dan abadi.
·
Golongan tua biasanya bertindak
sebagai penunjuk ajar, memberi pengajaran kepada yang lebih muda dengan
harapan tindakan yang dilakukan tidak melampaui batas-batas kemanusiaan serta
dapat berlaku adil, tidak menimbulkan masalah atau beban kepada golongan
masyarakat di bawahnya.
·
Unsur nasihat dan pengajaran ke
arah kebaikan demi kesejahteraan hidup amat jelas melalui wasiat-wasiat. Malah
jenis wasiat amat kaya dengan unsur nasihat dan pengajaran.
5.1. Wasiat Sultan
Alauddin Riayat Syah
·
Wasiat padapembesarnegeri ;
Jikalau suatu khilap bebalnya, sangat-sangat maaf sekalian akan dia, dan tegur
ajar, kerana ia lagi budak."
·
Wasiat pada Raja Muhammad ;
hendaklah banyak‑banyak ampun mu akan
segala hamba sahayamu, dan baik‑baik peliharamu akan
dia,jikalau datang kepadamu dua pekerjaan, yakni pekerjaan Allah dengan
pekerjaan dunia, maka dahulukan olehmu pekerjaan Allah, tinggalkan pekerjaan
dunia, hendaklah engkau sangat-sangat menyerahkan dirimu ke hadrat Allah Taala.
·
Dan segala anak Melayu, bagaimana
besar dosanya, jangan kamu bunch, melainkan dosanya derhaka; kerana segala
Melayu itu tanahmu, Jikalau kaubunuh ia dengan tiada dosanya,
bahawa kerajaanmu
binasa."
6. Keimanan dan
Ketakwaan :
·
Sifat-sifat ini berkait dengan
amalan agama Islam. Dengan mengamalkan sifat ketakwaan manusia akan hidup
lebih sempuma. Dalam Sejarah Melayu, banyak peristiwa-peristiwa yang berkaitan
dengan soal-soal keimanan ini diceritakan terutama dalam episod-episod seperti
;
6.1. Raja dan
pembesar Melaka menuntut ilmu agama daripada guru-guru agama yang datang dari
Judah. Sultan Mahmud dan Bendahara Seri Maharaja pemah belajar agama pada
Makhdum Sadar Jehan.
6.2. Kerajaan
Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffir Syah telah, melaksanakan hukuman
mengikut Islam iaitu hukuman potong tangan kepada mereka yang melakukan
kesalahan mencuri.
6.3. Raja-raja
Melaka memerintah dengan penuh adil dan saksama sebagai suatu tuntutan
sifat-sifat yang mulia, terpuji di sisi agama Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan