Kanon Melayu

Kanon Melayu ialah Sejarah Melayu. Dalam Blog ini, kami akan mengongsikan maklumat-maklumat berkaitan dengan Kanon Melayu. diharapkan perkongsian kami dapat membantu semua pembaca dalam mengetahui lebih dalam berkaitan dengan Sejarah Melayu. Terima Kasih.

Rabu, 30 Mei 2018

TUJUAN PENULISAN



v Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ditulis dengan tujuan untuk mengangkat kedudukan dan sejarah silam raja-raja Melaka.

v Selain itu ia dihasilkan untuk mengangungkan kebesaran dan kecemerlangan raja-raja dan kerajaan Melaka.

v Tujuan seterusnya ialah untuk menggambarkan kebesaran sebuah dinasti raja-raja Melayu yang bermula dari zaman Raja Iskandar Syah di awal abad ke-15 hinggalah zaman pemerintahan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah III di awal abad ke-17.

v Sulalatus Salatin juga dihasilkan untuk kegunaan istana (istana centric) dan kegunaan orang-orang bangsawan Melayu sebagai rujukan pada masa akan datang.

v Sulalatus Salatin juga dijadikan satu wadah merakamkan kebesaran, ketinggian dan kegemilangan sesebuah negara kota atau kerajaan Melayu seperti kerajaan Pasai, dan Singapura selain Melaka. Selain itu untuk  memperlihatkan kepada bangsa lain akan kebesaran bangsa Melayu itu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan