1.
HIKAYAT Melayu (1998)
- Teks sastera Seajarah yang lahir pada abad ke-19
- Hikayat Melayu versi Tengku Said juga dikenali sebagai Sejarah Melayu (long version)
- Memperlihatkan gaya penulisan sastera di bahagian awal penceritaannya dan kemasukan unsur sastera seperti mitos dan lagenda
- Hikayat ini memperlihatkan bahawa masih ada unsur-unsur ini bergabung jalin dengan kehidupan reality sebenar masyarakat pada masa itu tetapi dilihat sudah berkurangan kerana lebih memaparkan keadaan sebenar zaman pemerintahan keturunan Raja Kecil Siak
- Hikayat Melayu ini dikarang pada tahun 1855, kira-kira 6 tahun setelah Raja Akil mangkat (1849) iaitu pada abad ke-19
- Hikayat Melayu ini ditulis atas perintah Tuan Fandarwola atau Von de Wall (Penolong Residen di Sukadana pada masa itu.
2. TUHFAT
Al-Nafis
- Dikarang oleh Raja Ali Haji bersama ayahnya Raja Ahmad
- Dikarang sekitar penghujung abad ke-18 sehingga pertengahan abad ke-19
- Salinan atau naskah teks ini terdiri daripada 6 salinan termasuk naskah yang ditemui di Terengganu dalam tulisan Jawi
- Tema Tuhfat Al-Nafis lebih cenderung kepada cerita-cerita raja dan masyarakat Bugis
3.
Hikayat Siak (1992)
- MENCERITAKAN kisah Raja Kecil (Tuan Bujang)
- Yang Dipertuan Raja Kecil telah mengembara dari satu tempat ke satu tempay bagi membuktikan bahawa baginda merupakna keturunan raja iaiti anakanda Marhum Mangkat Dijulang sehingga baginda ditabalkan menjadi Sultan Johor
- Lebih memfokuskan tentang suasana politik di Johor pada ketika itu
4. HIKAYAT
Merong Mahawangsa
- Ditulis bagi memenuhi suruhan Sultan Muadzam Syah (Sultan Kedah ke-2 daripada jurai keturunannya yang beragama Islam)
- Ditulis untuk memastikan agar anak cucu keturunan Sultan Kedah mengetahui asal-usul, peraturan segala raja-raja Melayu, dll)
- Tiada tarikh yang tepat tentang permulaan penulisan
- Tarikh akhir selesai disalin semula iaitu pada tahun 1816
5 HIKAYAT
RAJA PASAI
- Mengisahkan kisah raja-raja negara Islam pertama di Asia Tenggara ( Pasai)
- Hikayat Raja-Raja Pasai dianggap hasil kesusasteraan Melayu
- Mengisahkan masyarakat Melayu dan menggunakan bahasa Melayu (tulisan Jawi)
- Tarikh awal hikayat ini ditulis tidak dapat dipastikan
6.
HIKAYAT HANG TUAH
Hikayat Hang Tuah ialah epik kebanggaan
Melayu yang menggambarkan kehebatan dan kehandalan tokoh Hang Tuah sejak beliau
masih kecil lagi. Beliau dibantu oleh empat orang sahabatnya iaitu Hang Jebat,
Hang Kasturi, Hang Lekir, dan Hang Lekiu yang sentiasa setia disampingnya. Hang
Tuah dan sahabat-sahabatnya merupakan lambang kesetiaan bangsa Melayu terhadap
raja yang tidak berbelah bahagi terutama dalam masyarakat Melayu feudal.
Pelbagai watak protagonis dan antagonis
menarik yang terdapat di dalam karya agung ini yang dapat menarik minat pembaca
atau pelajar untuk terus menikmati karya epik ini. Watak utama di dalam Hikayat
ini ialah Hang Tuah manakala watak-watak lain seperti Patih Gajah Mada, Raja
Melaka, Tun Teja, Bendahara Paduka Raja dan lain-lain merupakan watak sampingan
untuk menghidupkan dan memperhebat lagi hikayat ini. Watak dan perwatakan ini boleh dijadikan
teladan atau pun falsafah hidup kepada pembaca kerana karya agung ini
menampilkan banyak unsur pengajaran dan nilai-nilai murni yang boleh diambil iktibar.
Contohnya ialah kesetiaan kepada raja dan negara, semangat setia kawan,
patriotisme, tidak mungkir janji, kekejaman pemerintah dan sebagainya.
Kepelbagaian watak yang terdapat dalam
Hikayat Hang Tuah ini telah dapat menarik minat untuk membacanya. Perwatakannya
juga memainkan peranan yang sangat penting untuk menghidupkan watak-watak yang
sedia ada untuk lebih menyerlah. Hikayat ini juga mempunyai watak yang
mempunyai perwatakan yang baik dan jahat, bukannya hanya beperwatakan jahat
sahaja dan sebaliknya. Tidak semua watak yang membawa peranan jahat akan
sentiasa jahat sahaja. Terdapat juga perwatakan baik dalam diri watak tersebut.
Sebagai kesimpulannya, Hikayat Hang
Tuah menampilkan banyak watak dan juga perwatakan yang boleh dijadikan falsafah
dalam hidup kepada para pembaca contohnya falsafah cinta akan raja dan negara,
falsafah cinta akan hubungan antara sahabat-handai, falsafah kepimpinan dan
sebagainya. Selain itu, pelbagai watak dan perwatakan protagonis dan antagonis
yang dipaparkan di dalam karya agung Hikayat Hang Tuah ini juga dapat memberi
kesedaran dan tauladan kepada semua lapisan pembaca tidak kira samada golongan
pemerintah ataupun rakyat biasa yang membaca karya epik ini. Sebagai contoh,
sekiranya golongan pemerintah yang membaca hikayat ini maka mereka akan cuba
bersikap lebih baik daripada raja Melaka dalam melayani atau mengurusi urusan
rakyat jelata. Mereka pasti akan cuba untuk bersikap adil dan tidak pilih kasih
dalam mengambil tahu urusan rakyat jelata. Manakala, sekiranya rakyat biasa
pula yang membaca hikayat ini, maka mereka pasti akan berusaha sedaya upaya
untuk menghormati golongan pemerintah terutama raja tanpa melanggar batas-batas
yang ditetapkan oleh agama (Islam) dalam mentaati perintah sang raja.
Akhir kata, Hikayat Hang Tuah
sememangnya banyak memberi pengajaran kepada si pembaca. Oleh itu, kita sebagai
rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu haruslah menjaga dan memelihara karya
agung kebanggaan Melayu ini supaya tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek
panas dan masih dapat dibaca atau dinikmati oleh generasi seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan