v Sejarah Melayu ditulis oleh Tun Sri Lanang.
v Nama sebenar Tun Sri Lanang ialah Tun Muhammad.
v Tun Sri Lanang dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada tahun 1565.
v Beliau ialah pembesar istana berketurunan bendahara-bendahara kerajaan
Melayu Melaka dan Johor Lama.
v Beliau menjadi Bendahara Paduka Raja antara tahun 1580 dan 1615.
v Menurut Windstedt, Sejarah Melayu ditulis oleh Tun Sri Lanang mulai bulan Februari 1614 dan siap pada tahun
1615.
v Beliau ialah anak kepada Paduka Raja Tun Ahmad, Temenggung Johor dan
ibunya, Tun Ganggang.
v Beliau juga merupakan cucu kepada Bendahara Sri Maharaja Tun Mutahir
iaitu bendahara kerajaan Melayu Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah
dan cicit kepada Tun Kudu iaitu bekas permaisuri Sultan Muzaffar Syah.
v Beliau terlibat dalam perancangan menawan semula Melaka pada tahun
1586, 1587, dan tahun 1606.
v Beliau juga menyusun pertahanan Johor bagi menghadapi serangan Portugis
dan Acheh. Sebagai contoh, beliau telah
mengatur perjanjian dengan Admiral Matelief pada 23 September 1606 untuk
mempertahankan Johor daripada serangan Acheh.
v Sulalatus Salatin telah ditulis oleh Tun Sri Lanang atas arahan Yang
Dipertuan di Hilir, Sultan Abdullah Ma’ayah Shah.
v Tun Sri Lanang kemudiannya menulis karya yang diberi nama Sulalatus
Salatin iaitu Pertuturan Raja-raja.
v Sulalatus Salatin menceritakan jurai keturunan raja-raja Melayu yang
bermula daripada penaklukan Iskandar Zulkarnain hingga ke zaman Sultan Alauddin
Riayat Syah.
v Dalam Sulalatus Salatin banyak menceritakan kezaliman raja, cara hidup
masyarakat dahulu kala yang menganggap raja sebagai berkuasa mutlak.
v Di samping itu, terselit juga kisah-kisah rakyat yang boleh dijadikan
panduan kepada semua. Contohnya kisah Hang tuah, Singapura dilanggar todak,
kisah Badang memperoleh gagah dan sebagainya.
v Terdapat banyak nilai dan pengajaran yang boleh diambil daripada
kisah-kisah ini.
UNSUR
KARYA AGUNG DALAM SULALATUS SALATIN
v Antara unsur karya agung yang terdapat dalam Sulalatus Salatin ialah nilai estetika yang tinggi.
v Dalam Sulalatus Salatin, Tun Sri Lanang menggunakan gaya bahasa yang
indah untuk memerikan sesuatu hal.
v Selain itu, puisi-puisi lama turut diselitkan untuk menggambarkan
sesuatu cerita dan peristiwa.
v Penyisipan unsur-unsur dapat mengindahkan bahasa supaya kelihatan lebih
seni dan menarik.
v Sulalatus Salatin turut menggunakan bahasa Melayu klasik. Buktinya, ia
menggunakan ayat yang panjang, banyak menggunakan kata pangkal ayat dan
istilah-istilah klasik.
v Seterusnya ialah unsur
kesejagatan. Tindakan-tindakan
seseorang watak dianggap sebagai kemanusiaan sejagat.
v Dalam Sulalatus Salatin, unsur sejagat dapat dilihat menerusi peristiwa
Waad antara Demang Lebar Daun dengan
Seri Teri Buana.
v Perjanjian ini adalah untuk kepentingan semua pihak iaitu pihak raja
dan pihak rakyat.
v Raja tidak boleh menganiaya rakyat manakala rakyat pula tidak boleh
derhaka kepada raja. Hal ini akan membawa kepada keamanan seluruh rakyat dan
negeri.
v Unsur keadilan pula dapat dilihat menerusi kezaliman yang dilakukan oleh raja-raja
Melayu.
v Terdapat banyak contoh kezaliman yang dilakukan oleh watak-watak
tertentu sehingga menimbulkan kesan sampingan yang lain.
v Contoh pertama dapat dilihat pada kezaliman Sultan Mahmud yang
bertindak membunuh beberapa orang watak walaupun kesalahan yang dilakukak itu
tidak seberapa.
v Contohnya, Sultan Mahmud menitahkan agar Tun Isap membunuh Tun Ali
Sandang.
v Sultan Mahmud juga bertindak zalim atas keluarga Tun Mutahir dengan
membunuh keluarga itu.
v Kejatuhan Melaka berlaku pada zamannya. Hal ini kerana Sultan Mahmud
apabila dia membunuh keluarga Tun Mutahir, kekuatan Melaka menjadi lumpuh.
Walaupun
rakyat tidak dapat melawan kezaliman raja, tetapi keadilan telah terjadi dengan
sendirinya yang berpunca daripada sikap buasnya sendiri.
Terima kasih atas perkongsian maklumat tentang Tun Sri Lanang. Ia membantu saya untuk membuat nota dan menambah maklumat sedia ada.
BalasPadam