LATAR BELAKANG TUN SERI LANANG
v Tun Sri Lanang adalah nama timang-timangan yang diberikan kepada Tun
Muhammad, anak Tun Ahmad Paduka Raja yang merupakan seorang Bendahara Kerajaan
Johor pada kurun ke-17 Masihi. Beliau telah dilahirkan di Bukit Seluyut, Batu
Sawar, Johor pada tahun 1565.
v Beliau adalah Bendahara Johor pada ketika itu dan setelah Johor kalah
dalam peperangan dengan Aceh yang pada ketika itu diperintah oleh Sultan
Iskandar Muda Aceh.
v Beliau kemudiannya telah dibawa ke Aceh pada tahun 1613 dan telah
menetap di negeri Samalanga. Pada ketika itu, ramai bangsawan dan rakyat Johor
yang mengikut beliau ke Aceh dan dikatakan seramai ribuan orang yang mengikut
beliau ke sana.
v Sultan Iskandar Muda telah melantik beliau sebagai penasihat utama
Baginda dan diberi delaran ‘Orang Kaya Datuk Bendahara Seri Paduka Tun
Seberang’. Beliau telah mendirikan pusat penyebaran agama Islam dan pendidikan
terutamanya di negeri-negeri pesisir timur Aceh.
v Beliau kemudiannya telah di angkat menjadi raja di negeri Samalanga
pada tahun 1615. Beliau telah mangkat pada tahun 1659 di Lancok dan telah
dimakamkan di sana.
v Pada waktu itu, beliau telah berjaya menjadikan negeri Samalanga
sebagai sebuah pusat penyebaran agama Islam di timur Aceh dan sehingga kini pun
kawasan tersebut masih lagi menjadi tumpuan bagi sesiapa sahaja yang ingin
mendalami ilmu agama.
v Tun Sri Lanang sangat dikenali oleh kerana karyanya iaitu Sulalatus
Salatin (Sejarah Melayu)yang merangkumi pelbagai sejarah masyarakat Melayu,
Jawa, Brunei, Patani dan Campa.
v Kebenaran tentang beliau sebagai penulis asal atau sekadar penyunting
kitab tersebut tidak dapat dipastikan dengan tepat. Namun menurut Syeikh
Nuruddin al-Raniri dalam susunan Suzana Othman, 2008 telah memperakukan Tun Sri
Lanang sebagai pengarang dan penyusun Sulalatus Salatin kerana beliau kenal
rapat dengan Tun Sri Lanang. Kitab tersebut telah dapat disiapkan penulisan dan
penyuntingannya oleh Tun Sri Lanang dalam masa dua tahun iaitu pada tahun 1614
selepas tarikh penulisannya yang dimulai pada tahun 1612 Masihi.
v Sulalatus Salatin adalah diperakui sebagai satu sumber terkaya dan
lengkap yang menceritakan tentang sejarah bangsa-bangsa di Nusantara.
Mengarang Sejarah Melayu
v Tun Sri Lanang mula mengarang karya Sulalatus Salatin bermula pada
tahun 1612 dan lebih terkenal sebagai pengarang dan penyusun Sejarah Melayu di
samping jawatannya sebagai Bendahara Kerajaan Johor.
v Beliau disifatkan sebagai seorang yang kreatif, berpengetahuan luas
dalam aspek penggunaan gaya bahasa dan penulisan, peraturan dan adat istiadat
Melayu.
v Karya terunggul beliau ini berkait rapat dengan Sejarah Kesultanan
Melayu Melaka dan karya tersebut seringkali dijadikan rujukan sejarah bagi
mengkaji peradaban Tamadun Islam Beraja.
v Karya Sulalatus Salatin yang merangkumi pelbagai aspek penceritaan
menjadikan ianya sebagai sumber rujukan utama tentang kebudayaan dan
ketamadunan masyarakat Melayu awal.
v Karya ini juga dianggap sebagai karya yang begitu indah dan menarik
dari segi gaya bahasa dan persuratannya.
v Kandungannya yang meliputi unsur kelucuan, kebijaksanaan, sindiran,
perlambangan, peribahasa, bidalan, pantun seloka, dan gurindam yang dikarang
dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu, Arab, Jawa dan lain-lain dengan
begitu teliti dan kemas.
v Namun, ia juga tidak terlepas daripada ‘Polemik Sejarah’ kerana naskhah
tersebut didakwa bukan naskhah asal karangan Tun Sri Lanang tetapi kandungannya
adalah daripada Hikayat Melayu yang diberikan oleh Tun Bambang Sri Narawangsa,
anak Sri Askar Raja, Patani.
v Hikayat itu dikatakan telah dikarang dan disusun semula oleh Tun Sri
Lanang atas titah Raja Abdullah, iaitu adinda Sultan Alauddin Riayat Shah III
yang akhirnya menjadi Sulalatus Salatin.
v Sejarah penting berkaitan arahan dan galakan oleh Raja Abdullah kepada
Tun Sri Lanang untuk menulis dan mengarang tentang Sejarah Melayu ada tercatat
dalam kitab tersebut sebagai mukadimahnya.
v Dengan titah Raja Abdullah tersebut, dapat disimpulkan bahawa penulisan
kitab Sulalatus Salatin telah dimulakan pada 12 Rabiul Awal 1021 Hijrah bersamaan
Mei 1612 ketika itu Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Pasir Raja.
v Karya Sulalatus Salatin ini juga cuba dinafikan oleh sesetengah pihak
tentang penulis sebenarnya termasuk seorang penulis barat iaitu R. O. Winstedt.
Namun, pendapat beliau di bantah oleh ramai sarjana tempatan dan luar Negara.
v Menurut Teuku Iskandar dalam bukunya Kesusasteraan Melayu Klasik
Sepanjang Abad berkata bahawa Tun Sri Lanang bukan penulis asal Sulalatus
Salatin.
v Walaupun begitu, menurut beliau berdasarkan penyelidikan-penyelidikan
yang dibuat menunjukkan bahawa penyalin naskhah Melayu itu bukanlah penyalin
dalam erti kata yang sebenarnya seperti mana yang berlaku di Bali.
v Penyalin juga boleh dianggap pengarang kerana banyak memperbaiki
kesalahan dan menambah sebarang kekurangan dalam karya, mengurangkan apa yang
dirasakan lebih, serta mengubah struktur dan gaya bahasa karya asal bersesuaian
dengan keadaan pada zaman itu.
v Jika dilihat semula pada mukadimah yang ditulis oleh Tun Sri Lanang dalam kitab Sulalatus Salatin,
Teuku Iskandar berpendapat bahawa Tun Sri Lanang bukan sekadar penyalin bahkan
merupakan penulis asal karya tersebut.
Peranan Dan Sumbangan
v Tun Seri Lanang telah mengarang sebuah karya yang menjadi rujukan dan
peringatan bagi bangsa Melayu, iaitu Kitab Sejarah Melayu.
v Pada tahun 1612, Raja Abdullah menitahkan Tun Seri Lanang menulis
Sejarah Melayuadalah untuk memastikan masyarakat dapat memperolehi manfaat
daripada penulisan beliau.
v Berikut ialah bukti yang terdapat di dalam karya tersebut, iaitu
Sulalatus Salatin;
“Bahawa hamba minta diperbuatkan hikayat pada hari
pertuturan segala raja-raja Melayu dengan isti`adatnya supaya dedengar oleh
anak cucu kita yang kemudian dari kita dan diketahuinyalah segala perkataan
syahadan beroleh faedahlah mereka itu daripadanya”
(Sejarah Melayu, 1998: 65-66)
v Kitab ini telah dikatakan sebagai Sejarah Melayu yang penting, dan
telah menjadi sebagai sumber pensejarahan Melayu dan dokumen kebudayaan Melayu
yang penting di Malaysia.
v Sejarah Melayu penuh dengan pelbagai sejarah masyarakat Melayu, Jawa,
Brunei, Patani dan Campa serta bangsa-bangsa di Nusantara.
v Terdapat berbagai-bagai peristiwa yang telah tercatat dalam karya ini
seperti salasilah raja-raja, kepahlwanan, kasih sayang dan sebagainya yang
menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu pada zaman dahulu.
v Sejarah Melayu menggambarkan sejarah Melaka daripada zaman
pertumbuhannya, mengalami zaman keemasan dan akhirnya diruntuh oleh Portugis.
v Isi ceritanya mengandungi pelbagai catatan raja dan undang-undang
bernegeri dan berkerjaan, asal usul raja, asal-usul nama tempat dan adat
istiadat. Sejarah Melayu juga menggambarkan kebesaran, ketinggian dan kegemilangan
sebuah negara kota atau kerajaan Melayu seperti kerajaan Pasai dan Singapura.
v Menurut Mohamad Daud Mohamad (1987: 123), Tun Seri Lanang juga seorang
artis, seorang pemimpin. Perasaannya halus, jiwanya terbuka dan otaknya cepat
menangkap segala kesan yang lihat dan dengar di sekitarnya.
v Tun Seri Lanang telah dianggap sebagai “Bapa Kesusasteraan Melayu”,
beliau telah menyalin dan menyusun semulaSejarah Melayu dan membuat banyak
perubahan, menambah nama yang kurang, memperbaiki nama yang buruk sehingga buku
itu dijadikan sebuah buku klasik yang amat indah baik dalam isi dan sususan
kata-katanya
Penulisan blog yg sangat ilmiah serta padat dan ringks
BalasPadamGood jobππ
BalasPadamTerbaik... sangat bermanfaat
BalasPadamPenulisan blog yang penuh dengan maklumat. Saya dapat mengetahui maklumat tokoh yang saya kagumi dengan mendalam melalui pembacaan blog ini. Tahniah teruskan usaha anda! πππ
BalasPadamterima kasih untuk perkongsian ilmu, sangat menarik dan mudah difahami.
BalasPadamterima kasih untuk perkongsian ilmu, sangat menarik dan mudah difahami.
BalasPadamSangat terbaik dan teruskan usaha untuk menghasilkan lebih banyak penulisan blog yang sangat baikππ
BalasPadamPengisian blog yang menarikππ
BalasPadamSangat menarik blog awak
BalasPadamBlog yang penuh dengan bahan rujukan. Syabas!
BalasPadamMaklumat ringkas dan padat.
BalasPadamPengisian blog yang penuh dengan maklumat..tahniah
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamNota yg sgt bermanfaat. .sesuai utk dijadikan rujukan. .
BalasPadamterima kasih untuk perkongsian ilmu, sangat menarik dan mudah difahami.
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian ilmu
BalasPadamsimple yet interesting..mudah faham
BalasPadamsimple yet interesting..mudah faham
BalasPadamsimple yet interesting..mudah faham
BalasPadammemudahkan pelajar mendapatkan maklumat . terima kasih . :)
BalasPadamMaklumat yg sangat baik. Terima kasih perkongsian.
BalasPadam