Kanon Melayu

Kanon Melayu ialah Sejarah Melayu. Dalam Blog ini, kami akan mengongsikan maklumat-maklumat berkaitan dengan Kanon Melayu. diharapkan perkongsian kami dapat membantu semua pembaca dalam mengetahui lebih dalam berkaitan dengan Sejarah Melayu. Terima Kasih.

Khamis, 31 Mei 2018

Latar Belakang Tun Seri Lanang



LATAR BELAKANG TUN SERI LANANG
v  Tun Sri Lanang adalah nama timang-timangan yang diberikan kepada Tun Muhammad, anak Tun Ahmad Paduka Raja yang merupakan seorang Bendahara Kerajaan Johor pada kurun ke-17 Masihi. Beliau telah dilahirkan di Bukit Seluyut, Batu Sawar, Johor pada tahun 1565.
v  Beliau adalah Bendahara Johor pada ketika itu dan setelah Johor kalah dalam peperangan dengan Aceh yang pada ketika itu diperintah oleh Sultan Iskandar Muda Aceh.
v  Beliau kemudiannya telah dibawa ke Aceh pada tahun 1613 dan telah menetap di negeri Samalanga. Pada ketika itu, ramai bangsawan dan rakyat Johor yang mengikut beliau ke Aceh dan dikatakan seramai ribuan orang yang mengikut beliau ke sana.
v  Sultan Iskandar Muda telah melantik beliau sebagai penasihat utama Baginda dan diberi delaran ‘Orang Kaya Datuk Bendahara Seri Paduka Tun Seberang’. Beliau telah mendirikan pusat penyebaran agama Islam dan pendidikan terutamanya di negeri-negeri pesisir timur Aceh.
v  Beliau kemudiannya telah di angkat menjadi raja di negeri Samalanga pada tahun 1615. Beliau telah mangkat pada tahun 1659 di Lancok dan telah dimakamkan di sana.
v  Pada waktu itu, beliau telah berjaya menjadikan negeri Samalanga sebagai sebuah pusat penyebaran agama Islam di timur Aceh dan sehingga kini pun kawasan tersebut masih lagi menjadi tumpuan bagi sesiapa sahaja yang ingin mendalami ilmu agama.
v  Tun Sri Lanang sangat dikenali oleh kerana karyanya iaitu Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)yang merangkumi pelbagai sejarah masyarakat Melayu, Jawa, Brunei, Patani dan Campa.
v  Kebenaran tentang beliau sebagai penulis asal atau sekadar penyunting kitab tersebut tidak dapat dipastikan dengan tepat. Namun menurut Syeikh Nuruddin al-Raniri dalam susunan Suzana Othman, 2008 telah memperakukan Tun Sri Lanang sebagai pengarang dan penyusun Sulalatus Salatin kerana beliau kenal rapat dengan Tun Sri Lanang. Kitab tersebut telah dapat disiapkan penulisan dan penyuntingannya oleh Tun Sri Lanang dalam masa dua tahun iaitu pada tahun 1614 selepas tarikh penulisannya yang dimulai pada tahun 1612 Masihi.
v  Sulalatus Salatin adalah diperakui sebagai satu sumber terkaya dan lengkap yang menceritakan tentang sejarah bangsa-bangsa di Nusantara.


Mengarang Sejarah Melayu

v  Tun Sri Lanang mula mengarang karya Sulalatus Salatin bermula pada tahun 1612 dan lebih terkenal sebagai pengarang dan penyusun Sejarah Melayu di samping jawatannya sebagai Bendahara Kerajaan Johor.
v  Beliau disifatkan sebagai seorang yang kreatif, berpengetahuan luas dalam aspek penggunaan gaya bahasa dan penulisan, peraturan dan adat istiadat Melayu.
v  Karya terunggul beliau ini berkait rapat dengan Sejarah Kesultanan Melayu Melaka dan karya tersebut seringkali dijadikan rujukan sejarah bagi mengkaji peradaban Tamadun Islam Beraja.
v  Karya Sulalatus Salatin yang merangkumi pelbagai aspek penceritaan menjadikan ianya sebagai sumber rujukan utama tentang kebudayaan dan ketamadunan masyarakat Melayu awal.
v  Karya ini juga dianggap sebagai karya yang begitu indah dan menarik dari segi gaya bahasa dan persuratannya.
v  Kandungannya yang meliputi unsur kelucuan, kebijaksanaan, sindiran, perlambangan, peribahasa, bidalan, pantun seloka, dan gurindam yang dikarang dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu, Arab, Jawa dan lain-lain dengan begitu teliti dan kemas.
v  Namun, ia juga tidak terlepas daripada ‘Polemik Sejarah’ kerana naskhah tersebut didakwa bukan naskhah asal karangan Tun Sri Lanang tetapi kandungannya adalah daripada Hikayat Melayu yang diberikan oleh Tun Bambang Sri Narawangsa, anak Sri Askar Raja, Patani.
v  Hikayat itu dikatakan telah dikarang dan disusun semula oleh Tun Sri Lanang atas titah Raja Abdullah, iaitu adinda Sultan Alauddin Riayat Shah III yang akhirnya menjadi Sulalatus Salatin.
v  Sejarah penting berkaitan arahan dan galakan oleh Raja Abdullah kepada Tun Sri Lanang untuk menulis dan mengarang tentang Sejarah Melayu ada tercatat dalam kitab tersebut sebagai mukadimahnya.
v  Dengan titah Raja Abdullah tersebut, dapat disimpulkan bahawa penulisan kitab Sulalatus Salatin telah dimulakan pada 12 Rabiul Awal 1021 Hijrah bersamaan Mei 1612 ketika itu Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Pasir Raja.
v  Karya Sulalatus Salatin ini juga cuba dinafikan oleh sesetengah pihak tentang penulis sebenarnya termasuk seorang penulis barat iaitu R. O. Winstedt. Namun, pendapat beliau di bantah oleh ramai sarjana tempatan dan luar Negara.
v  Menurut Teuku Iskandar dalam bukunya Kesusasteraan Melayu Klasik Sepanjang Abad berkata bahawa Tun Sri Lanang bukan penulis asal Sulalatus Salatin.
v  Walaupun begitu, menurut beliau berdasarkan penyelidikan-penyelidikan yang dibuat menunjukkan bahawa penyalin naskhah Melayu itu bukanlah penyalin dalam erti kata yang sebenarnya seperti mana yang berlaku di Bali.
v  Penyalin juga boleh dianggap pengarang kerana banyak memperbaiki kesalahan dan menambah sebarang kekurangan dalam karya, mengurangkan apa yang dirasakan lebih, serta mengubah struktur dan gaya bahasa karya asal bersesuaian dengan keadaan pada zaman itu.
v  Jika dilihat semula pada mukadimah yang ditulis  oleh Tun Sri Lanang dalam kitab Sulalatus Salatin, Teuku Iskandar berpendapat bahawa Tun Sri Lanang bukan sekadar penyalin bahkan merupakan penulis asal karya tersebut.


Peranan Dan Sumbangan

v  Tun Seri Lanang telah mengarang sebuah karya yang menjadi rujukan dan peringatan bagi bangsa Melayu, iaitu Kitab Sejarah Melayu.
v  Pada tahun 1612, Raja Abdullah menitahkan Tun Seri Lanang menulis Sejarah Melayuadalah untuk memastikan masyarakat dapat memperolehi manfaat daripada penulisan beliau.
v  Berikut ialah bukti yang terdapat di dalam karya tersebut, iaitu Sulalatus Salatin;
           
“Bahawa hamba minta diperbuatkan hikayat pada hari pertuturan segala raja-raja Melayu dengan isti`adatnya supaya dedengar oleh anak cucu kita yang kemudian dari kita dan diketahuinyalah segala perkataan syahadan beroleh faedahlah mereka itu daripadanya”
(Sejarah Melayu, 1998: 65-66)

v  Kitab ini telah dikatakan sebagai Sejarah Melayu yang penting, dan telah menjadi sebagai sumber pensejarahan Melayu dan dokumen kebudayaan Melayu yang penting di Malaysia.
v  Sejarah Melayu penuh dengan pelbagai sejarah masyarakat Melayu, Jawa, Brunei, Patani dan Campa serta bangsa-bangsa di Nusantara.
v  Terdapat berbagai-bagai peristiwa yang telah tercatat dalam karya ini seperti salasilah raja-raja, kepahlwanan, kasih sayang dan sebagainya yang menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu pada zaman dahulu.
v  Sejarah Melayu menggambarkan sejarah Melaka daripada zaman pertumbuhannya, mengalami zaman keemasan dan akhirnya diruntuh oleh Portugis.
v  Isi ceritanya mengandungi pelbagai catatan raja dan undang-undang bernegeri dan berkerjaan, asal usul raja, asal-usul nama tempat dan adat istiadat. Sejarah Melayu juga menggambarkan kebesaran, ketinggian dan kegemilangan sebuah negara kota atau kerajaan Melayu seperti kerajaan Pasai dan Singapura.
v  Menurut Mohamad Daud Mohamad (1987: 123), Tun Seri Lanang juga seorang artis, seorang pemimpin. Perasaannya halus, jiwanya terbuka dan otaknya cepat menangkap segala kesan yang lihat dan dengar di sekitarnya.
v  Tun Seri Lanang telah dianggap sebagai “Bapa Kesusasteraan Melayu”, beliau telah menyalin dan menyusun semulaSejarah Melayu dan membuat banyak perubahan, menambah nama yang kurang, memperbaiki nama yang buruk sehingga buku itu dijadikan sebuah buku klasik yang amat indah baik dalam isi dan sususan kata-katanya


21 ulasan:

  1. Penulisan blog yg sangat ilmiah serta padat dan ringks

    BalasPadam
  2. Penulisan blog yang penuh dengan maklumat. Saya dapat mengetahui maklumat tokoh yang saya kagumi dengan mendalam melalui pembacaan blog ini. Tahniah teruskan usaha anda! 😍😍😍

    BalasPadam
  3. terima kasih untuk perkongsian ilmu, sangat menarik dan mudah difahami.

    BalasPadam
  4. terima kasih untuk perkongsian ilmu, sangat menarik dan mudah difahami.

    BalasPadam
  5. Sangat terbaik dan teruskan usaha untuk menghasilkan lebih banyak penulisan blog yang sangat baikπŸ‘πŸ‘

    BalasPadam
  6. Pengisian blog yang menarikπŸ˜πŸ‘

    BalasPadam
  7. Blog yang penuh dengan bahan rujukan. Syabas!

    BalasPadam
  8. Pengisian blog yang penuh dengan maklumat..tahniah

    BalasPadam
  9. Nota yg sgt bermanfaat. .sesuai utk dijadikan rujukan. .

    BalasPadam
  10. terima kasih untuk perkongsian ilmu, sangat menarik dan mudah difahami.

    BalasPadam
  11. Terima kasih atas perkongsian ilmu

    BalasPadam
  12. simple yet interesting..mudah faham

    BalasPadam
  13. simple yet interesting..mudah faham

    BalasPadam
  14. simple yet interesting..mudah faham

    BalasPadam
  15. memudahkan pelajar mendapatkan maklumat . terima kasih . :)

    BalasPadam
  16. Maklumat yg sangat baik. Terima kasih perkongsian.

    BalasPadam